January 8, 2014

Anna dan Permaisuri Salji tu adik beradik ke?

Smlm aku tgk berita internasional rata cerita pasal bahagian Midwest US yg sedang dilanda kebekuan melampau. Alkisah sampai negatif40 darjah selsius gamaknya. Kita kat malaysia ni mesti cam rasa seronoknya main salji kan? Tapi kalau dah sampai tahap camtu, salji tu mmg dah tabest lagi la kot. Mana taknya, kalau campak air, percikan air sempat jadi beku sebelum jatuh ke tanah. Kenderaan pun semua mengamuk, boikot tamau jalan. yg mana kena paksa berjalan tu, terus mengamuk sampai terjun longkang atau mati di tengah jalan. Bersyukur lah Malaysia takde salji! haha... Tapi sesapa yg nak merasa salji tu, sila la pergi ke mana2 obersi. Seeloknya sblm bulan doblas, time salji semua manja2 je. hehe.

Fenomena sejuk melampau ni katanya ada kaitan dgn angin sejuk dari kutub yang terbebas secara besar2an sehingga menyebabkan kesejukan melampau. Tapi, mungkin juga ada kaitan dgn Queen Elsa yang mengamuk dan membebaskan salji di mana2. Bak katanya... "Let the storm rage on. The cold never bothers me anyway!"

Haha... sebenarnya, aku skarang tgh  obses dgn movie Disney terbaru, Frozen, yg rasanya dah abis kot kat pawagam Malaysia. Boo pun kagum dgn betapa persistentnye semangat aku utk tgk cerita ni. huahaha... Dlm bulan doblas haritu, hampir setiap hari keje aku tgk movie punya website, pastu check keadaan panggung. Tapi sedihnya.. kebanyakan masa sokmo hampir penuh. Setakat lima baris depan je yg kosong, tak koser la plak kan. Pastu bila ada je panggung yg agak2 kosong, semangat ni.. pergi panggung pepagi balik keje hari Sabtu. Sampai2 je, kalau line panjang, aku terus down. Pastu kalau tetiba tgk Frozen dah kaler kuning, pun terus down. Ada la jugak dua tiga kali lawatan ke panggung yg tak membuahkan apa2 hasil, selain drpd hasil shoppingan.

Akhirnya pada suatu pagi ahad yg hening, berjaya la jugak tgk kat Sunway. Lepas tgk, terus ai obses ok. Tak sesia semangat menonton wayang berminggu2. haha. Sblm korg lebih kompius lagi, meh aku bg sinopsis terlebih ringkas... Cerita ni pasal dua beradik anak raja, Elsa dan adiknya Anna. yg mana, Elsa ada power sejuk. jadikan benda beku, jadikan salji. Sampai satu hari, Elsa mencetuskan musim sejuk berpanjangan kat negara dia dan cabut lari keluar negara. Anna ni la yg pi cari Elsa ni, utk perbetulkan semuanya masalah kesejukan melampau. So, sepanjang cerita ni mostly pasal Anna yg mencari kakaknya, ditemani oleh watak2 lain. tu je.

OK, kenapa aku suka cerita ni. Obviously disney animation mmg best la kan, tapi ada byk faktor dlm cerita ni yg membuat aku lebih suka...

Satu, sbb Frozen ni muzikal. alalala... Boo mmg kureng la muzikal, tapi aiverylaikkk! Tambahan plak, lagu2 dlm frozen berbaur Broadway sbb ia ditulis oleh pencipta lagu broadway yg pernah la jugak menang Tony award. Tambah broadway lagi sbb watak Elsa disuarakan oleh Idina Menzel. Terus topap faktor ke atas! kui kui.

Dua, sebab... cerita ni takde macam typical disney princess yg lain, yg mana true love tu, mesti dgn lelaki. Nak kena ceom baru leh selamat. oh no...dlm cerita ni, true love adalah di antara keluarga ok. Alamak.. spoiler! haha.. nasib korg le.

Tiga, sbb aku rasa Elsa seksi. hahaha... Lepas dia jadi queen, dan dah tuka baju dgn kain berbelah tu.. wahhhh.. seksi kak! Dan aku suka rasa dia ni adalah senget. Wanita senget ala2 type Alpha yg seksi dan powerful. hehe.. Kalau sblm ni ada dikatakan Princess Merida (dr cerita Brave) yg ala2 senget sbb cuba mengelak dr dikahwinkan, tapi gay vibe yg aku dpt dr Elsa lebih kuat oke! Ada jugak fan yg kapelkan Elsa dgn Merida.. tapi.. hmm.. mcm tak masuk je, tapi boleh la..

Cerita ni jugak ada dialih suara dalam bahasa Melayu. Marsha Milan jadi Elsa, dan Liyana Jasmay jadi Anna. Dan bila Marsha nyanyikan lagu tema 'Let it Go', mmg tak  memalukan la. kira best jugak. haha.. (walaupun tak setanding Idina.. well.. sapa je boleh kan? huhu)

Dalam bahasa melayu, tajuknya jadi Anna dan Permaisuri Salji. Sekali baca, tak rasa macam anna dgn permaisuri salji tu  adik beradik. Pastu boo pun cakap, kalau tgk cerita ni mmg tak nmpk la mcm Anna dgn Elsa ni adik beradik. Kasih sayang yg ditunjukan tu macam.. lebih2 je. Macam.. aku sayang akak/adik aku macam tu sekali ke? haha.. Mungkin disebabkan oleh itu lah.. ramai jugak fan yg mengOTP kan Elsa dan Anna.. tapi aku macam.. eww.. incest kot. hahah.. tapi tapi.. diorg kiut bersama2. camne? dilema terus! cer tgk gambo diorg berdua ni. macam comel jer, macam kapel jer.. eh. haha



So, itu sahaja rapuan aku di tahun baharu ini. Moral of the story, sayangilah kakak/adik anda, dan Idina Menzel rawks!!


3 comments:

Anonymous said...

Hahahaa! This post rocks!!

Well first of all, musim salji kali ni memang lagi teruk la berbanding tahun2 sebelum ni.. Even my place pun cecah -42 + gust wind hari tu.. Tak sangka keluar berita kat Malaysia.. Mungkin betul kuasa Elsa hebat sangat sampai ke tempat kami pun kena tempiasnya.. Hahaha

Also, saya pun peminat Disney jugak!! And the latest movie, Frozen, just made me fall in love with the pair sangat2! Can't agree more about Elsa being sexy, even before dia berubah tu pun aura hot dia kuat kot!

Elsa and Anna adik-beradik, tapi macam tak percaya kan? You can see more of it in Elsa's eyes.. Even dari masa yang dia tunjuk time diorang kecik lagi, time Elsa nak buat magic kat adik dia, gosh, you can see the sparks of love in her eyes! Hahaa, Elsanna is obviously my OTP now, walaupun ianya incest! Hahaha! well, it's just fictional characters je pun, right? ;)

And lastly, yes, Idina menzel rocks!! Gosh, her voice is just so damn sexy! Fell in love with her especially lepas lagu 'let it go' tu.. And Marsha, well, so-so la.. xdela tak sedap pun dia nyanyi translation lagu tu, but i love idina's version more.. even demi punya version pun kurang suka jgk.. hehee

p/s : sorry randomly comment here.. it's my first time commenting.. and i'm just like you, in a sense of you-know-what..

Unknown said...

yay yay.. ade juga yang sefikiran dengan saya.
:D

sekapal said...

Hullo anon... tpt u -42? humang aih! sejuk bekuss tuh. Kalau bebila jumpa Idina Menzel leh tlg kem slm x? haha.. Starting March 2014 ni dia star in broadway show If/Then... kalau lah boleh tgk... *berangan*