January 17, 2014

Terbang atau berenang, berjalan tetap menyeronokkan...

Masa umur aku 30 tahun, time tu aku keje siang. Keje aku byk deal dgn talent yg takde nk talented sangat pun. haha.. Time tu buat CD utk belajar bahasa arab, so, obviously talent tu org arab la kan. Kisahnya, si budak lelaki sorg ni, tetiba tanya beberapa orang kat dlm bilik yg sama..
"How many countries have you been to?"

Nasib la ada org lain dlm bilik tu kan. So, boss aku ni cerita la yg dia pernah pegi Mekah dengan pergi UK. Kalau aku sorg je kat bilik tu, mmg krik2 terusss. Sbb masa tu, passport pun takdok. Mmg aku tak pernah berada di negara lain selain Malaysia, hatta Singapura yg sekangkang baboon dari Johor tu pun aku tak pernah pergi. paling dekat dgn luar negara ialah berdiri memandang imigresen Rantau Panjang, sempadan Malaysia-Thailand. haha... Masa tu macam rasa, aahh.. mmg takde can la aku nak ke luar negara kan. Nak naik palterbang pun takde hasil.. apatah lagi naik beberapa kapal, dan sewa hotel, dan makan, dan bayar tax/tips dan shopping. Time tu lembaga hasil pun takdenye nmpk btg idung aku dlm rekod diorg. haha..

Tapi tu la.. org kata, tuah ayam nampak di kaki, jalan hangtuah ada di kelumpo... tuah aku ada kat org lain. Dlm tahun yg sama aku dapat peluang utk ke luar negara dgn kos penerbangan, pembuatan visa dan penginapan yg ditanggung beres oleh kampeni. Cuma bab makan dgn beli souvenir tu la kena topap sendrik2. Maka, itulah kali pertama aku mengeluarkan diri dari sempadan Malaysia secara rasminya. Dan untungnya flight jejauh ni, leh dapat 2 negara. Satu negara transit, satu lagi negara destinasi. Walaupun transit tu sejam dua je.. kira boleh la, menjejakkan kaki. haha.. nak jugakkk

Sejujurnya aku takde la suka melancong cam suka gile2 tetiap tahun ada list nak ke sana dan ke sini. Tapi aku sebenarnya lebih suka bercuti (i.e. tak masuk opis dan takyah buat keje). Dan bercuti tu, nak buat apa selain dari keluar dari rumah kan? Dan takkan la tetiap kali bercuti asek nak pegi sunway pyramid, atau jalan TAR... harus la nk jln jejauh kononnya.

Dan kalau ada org tanya, apa yg aku cari bila keluar dari Malaysia.. jawapan aku ialah Makanan! Aku tak reti nak amik gambo cecantik, pusing tempat pelik2 di cecelah mana hala yg takde kedai makan semata2 utk amik gambo. Thats not me. Sbb aku takde talent. Kalau aku berbakat dan berkamera sanggeh mungkin lain ceriteranye. (well.. maybe sbb skang Boo dah suka amik gambo, aku kena la ikut.. tapi aku akan bawak snek utk bekal makan.. huahaha)

Pada aku, apa artinya pergi ke Indonesia kalau yg kita cari adalah kedai malaysia yg ada jual nasik lemak, mi mamak atau laksa penang. Kamon.. itu semua di Malaysia lagi sedap. Pegi Indon at least bantai la nasik padang, ayam penyet, bebek betutu, babi guling.. eh. haha..
Lain lah kalau dah pegi sampai beberapa bulan ke, mmg la logik nk mkn mknn malaysia.. tapi setakat 2 minggu tak jumpa nasik lemak/maggi.. takpe kot.. ataupun, itu aku je. haha..

Oleh itulah, perkara yg menyakitkan bila ke luar Malaysia ialah apabila tak dpt mkn mknn local di sana, akibat tidak halal. oh.. wpun aku suka mkn, tapi aku masih memikiorkan halal jugak. Kiranya, aku tak la mkn babs atau haiwan pepelik dan tak berapa pelik yg tidak disembelih. Tapi kalau yg aku tak tau tu.. wallahu'alam. boleh gitu? haha.. Konsep ignorance is bliss kekdahnye..

Anyway, tahun ni insyaAllah bulan depan boleh la aku pegi ke negara Siam. Eksaited gak ni first time nk masuk negara tu. Padahal org Kelantan dgn Perlis lalu lalang takde hal je kat sana kan. haha.. Dan list pertama yg aku buat ialah.. apa yg nak di makan di sana. OMG gile suke makan!

So, kesimpulannya.. kita mungkin tak berpeluang utk travel ke luar negara atas sebab2 kewangan, ataupun sebab2 kena blacklist dgn ptptn. Tapi tak perlu la nk rasa down ke hapa je, just because sume org cerita diorg pegi sana sini dlm blog. Tampal gambar merata ke.. Sbb dlm negara pun byk gak pe tpt yg best2, yg mana org luar negara berterumba nak datang. Kita je eksen tamau pi sbb, ala.. dlm Malaysia kot. gedix sgt kan. Cuma, kalau ada peluang berjalan2 tu, sila la pergi. Boleh mengeratkan silaturrahim bersama kengkawan, dan juga ahli keluarga. Dan mana la tau.. kot dpt jodoh ke.. kan? huhuhui



No comments: