September 18, 2013

Peace.of.mind.

Tetiba nak tercerita pasal ketenangan diri. Dan secara spesifiknya, ketenangan diri dalam relationship aku. Dengan penuh rasa syukur aku rasa sekarang relationship aku adalah dalam keadaan tenang. Peaceful. Harap2, akan terus begini sampai bila-bila...

Kenapa aku kata tenang? Adakah aku langsung tak bergaduh? Atau boo dgn aku sangat happy go lucky sehingga pun muka macam org hisap ganja? Oh no.. pergaduhan, perselisihan faham, tergigit lidah (ehem) itu adalah lumrah dalam domestic partnership. Bila dah duduk serumah tu, apa je yg tak nak gaduh. Ni bukan setakat serumah, satu opis jugak. lagi la kan.. haha..

Yg aku maksudkan ketenangan ini adalah, alhamdulillah, setakat ini aku tidak dibebani dgn perkara2 yg membuatkan macam ada buah durian dalam dada.

Pernah tak korg rasa macam ada benda tersekat kat dada? Rasa macam sesak napas. Rasa macam nak kena cakap, tp takleh nak cakap. Nak diluah, tp taktau nak luah kat sapa. (untong skang ni ada fb, maka boleh la meroyan kat situ... haha). Perasaan ni jadi sakit sbb kita sendiri tak tau apa sebabnya. Ataupun, kita tau, tapi tak mau nak mengaku sbb mengaku membuatkan hati jadi lagi gila. Maka utk mengelakkan kegilaan, bertahan sahaja la.

Aku juga tenang sekarang sbb aku pasti dan yakin kami saling sayang menyayangi. Jadi kalau berselisih faham ke, apa ke... penyelesaian yang utama bukanlah perpisahan. Sakit kan sebenarnya kalau bila setiap kali kita bergaduh je, kita rasa nak clash. Gaduh je terus dibebani rasa macam..
"Alamak, matila. Abisla aku kena tinggal lepas ni." ataupun jenis yg sentiasa rasa tak pueh hati akan cakap...
"Dets it la. 3 hari lagi aku tuntut cerai!!."
Tapi bila sampai masanya, lembek lutut jugak. haha..

Dan ketenangan aku juga ada disebabkan oleh si dia yang tak pernah mengugut atau memaksa aku berbuat apa2 yg melampaui kehendak dan kemahuan aku yg terhad ni. Tak sakit ke jiwa korg kalau ada partner yg jenis...

"Kalau u tak naik pangkat sampai tahun depan, kita clash!" ataupun, jenis yg cakap camni...
"Sekali lagi i nampak u mandi tak tutup pintu, i tinggalkan u." ataupun yg ckp lembut sket...
"Saya ni kalau dah jumpa lelaki yg sesuai, kita.. ermmm.. paham2 la ye.."

Adeh... pedih. Setiap hari dibebani rasa yang macam.. anytime we're over! Hidup dalam ketakutan, dikejar bayang2 sendiri. (cewahh).

Ye, memang la kan.. hubungan macam kita ni tak kekal lama. Tapi, kasi can la utk org2 macam aku ni rasa tenang. Aku ni jenis org yg rasa, ye.. memang benda tu pasti datang, tapi tak perlu la setiap saat setiap masa semua org nk ingatkan aku. Kalau korg rasa, cara untuk mencari keyakinan diri dgn cara bercakap tentang kekurangan orang lain, aku cadangkan sila meroyan kat fb. Ataupun tulis blog macam aku. haha.

Anyway, pokok pangkalnya, kalau orang lain gembira, kita pun boleh gembira. Kalau orang lain meroyan, motif kau nak ikut meroyan jugak? Semua orang dah dewasa akil baligh dan pandai beli pantyliner sendiri, bertanggungjawablah atas keputusan dan kehidupan masing2. Jgn susahkan hidup orang lain, dan jangan cari pasal nak susahkan hidup sendiri.

Dan.. akhir kata (mcm surat daa), aku nk ucapkan jutaan terima kasih kepada boo yang selama ni sanggup terima aku seadanya dan tak pernah nak ugut aku dengan perkara2 yang takbest. Ugut kecil2kan macam tamau gosokkan baju tu, tak kisah la kan.. dia kalau ugut nak tinggalkan tu yg pedihhhh rasanya.

Thank you baby boo. I hope we will continue to complete each other. May all your dreams come true and for better or worse, I wanna be the wind beneath your wings, till death do us part...

Ku ulangi...
Kau yakini hati ini kerna aku cinta kamu.
Hari hari aku kan menjadi hari kamu.

Happy birthday, Boo...

2 comments:

Pencari Hati said...

tak tenang hidup klo asyik diugut je kan. tapi lagi payah dpt partner yang sikit-sikit nak bunuh diri..psiko..

hehe btw selamat hari jadi bini bosh :)

Safi said...

U nie kelakarlah sekapal.haha....