September 4, 2011

peranan mak bapak dalam kehidupan. sapa tak kata tak senang?

Selamat malam semua. Selamat bertemu kembali dari percutian dan hiruk pikuk kota. Dan apabila memikirkan yang aku akan masuk kerja pada malam-malam yang akan datang secara tiba2 perut menggelodak, kepala pusing, rambut mengerinting, hidung kembang kuncup dan seperti tak keruan adanya. Ini semua simptom2 malas nak kembali masuk kerja. Oh, sesungguhnya bukan aku sorang je yg ada perasaan ini. Sapa2 yg takde rasa sebegini, ialah mereka yang dah tak sabar nak berjumpa dengan boss atau awek comel lote kat opis yang dah berhari2 tidak dapat dilihat kelibat mereka. nyahaha..

Ah, satu perkara yang aku dapat iktibar di time raya2 ni ialah tentang peraturan2 di dalam kehidupan yang tidak terungkapkan, ataupun sebenarnya telah diungkapkan oleh mak abah kita semua dalam keadaan kita separa sedar. Tapi separa sedar tu bukan lah masa apabila kita baru sahaja lepas menghisap marijuana, lebih kepada separa sedar selepas menghisap susu (susu botol la sbb time tu korg masih kecik lagi). Peranan mak bapak dalam membentuk anak2 ni sebenarnya perlu ada dari masa budak tu tak berapa sedar diri adanya.

Sbb aku takde anak, maka aku cerita la perkara2 yg aku dah diajar masa aku kecik2 dulu di zaman menghisap susu, yg sampai la ni aku masih ingat.

Di antaranya ialah, mak aku pesan, jangan amik kusyen jadi bantal. Kalau nak baring gak depan tv, sila ambik bantal kat dalam bilik. So skang ni, bila anak sedara aku sesuka hati amek bantal buat baring isap susu, aku akan pandang dia semacam je. Padahal budak tu umo tak sampai pun 2 tahun lagi. haha.. sbb aku rasa rule dia ialah kalau nak baring, amik bantal, bukan kusyen. Tapi dah mak bapak dia sendiri tak ajar, takkan aku yg pangkat makcik tak kawen2 ni  plak yang nak tegur2 kan. So, tengok je la dan pasang mode tak amik pusing.

Ada satu lagi rule ni. Ni yg biasanya semua org tahu la kot. Kalau org tgh sembahyang, jangan lalu lalang depan diorg. Ko lalu la kalau nk kene pelepuk dgn abah. Tapi haritu, ada kazen aku yg tahap umor dah takyah pakai pampers sesuka hati lalu lalang depan org yg tgh bediri atas sejadah. Kalau setakat lalu je takpe, ni lalu, lalang, lalu dan lalang lagi. Mak dia pun tengok je dari jauh. takde la kisah nak tarik ke budak tu, tego ke hapa ke. Takkan la org yg tengah sembahyang tu yg nak bergerak macam robocop sambil solat?  Ish... sedih.

Itule dia kalau nak jadi mak bapak ek. Kena terapkan bebenda yg nak dijadikan peraturan sejak awal2 umo lagi. Dan kena plak pastikan peraturan tu tidak bercanggah dengan nilai2 murni kehidupan dan agama. Contohnya macam kalau nak ajar anak puasa, mmg la awal2 tu ada parents yg bagi duit, bikin upah. Tapi jangan lak sampai mengajar budak tu berpuasa kerana duit. Kena diterangkan konsep di sebalik hadiah itu.

Dan kalau diikutkan, byk byk byk lagi bebenda yang kena dipikiorkan utk anak2 ni. Kita nak bentuk dia jadi apa? Bentuk jadik beger, atau jadi model, atau jadi artis, atau jadi imam muda, atau nak biarkan je dia menjadi dirinya. konsep born this way kekdahnya.

pokok pangkalnya, susah nak jaga anak, let alone jadi role model utk anak2 kita. Tapi jgn la plak menganggap anak2 ni semua jenis nak salahkan mak bapak je kalau buat bebenda tak elok. Ramai je anak zaman skarang ni yg baik dan sedar diri sendiri utk mengatur kehidupan sendiri.

Sbb tu aku emo bila drama raya tahun ni semua cerita pasal anak tak balik kampung. Mmg ramai yg camtu ek?


1 comment:

Anonymous said...

hok aloh kita melayu ni, selalu saja fikir time raya mesti nak emo lebih, sebenarnya anak2 harus pulang tak kira time raya atau tak :D