Lama2 dengar Glee soundtrack, dok bekali2 jugak terputar lagu 'Crush'. Yg mana di antara ayat yg tersebut olehnya ialah...
"Its just a little crush, not like I faint everytime we touch."
Kiranya maksudnye macam, aku suka je kat kau. Takde la sampai pengsan kalau tersentuh ngkau kan. haha... Tapi sebenarnya, ye ke??? Agak2 kalau Lea Michele yg ko tegile2kan tu pegang kau Kapal... tak pengsan ke kau? ngahaha.. konfem pengsan! Mungkin jugak masuk ICU sbb pernapasan terhenti. Dem sgt!
Ye la, itu artis yg kita minat yg mmg takde can la nk jumpa kan. Camne dgn crush2 yg berlaku di persekitaran kawasan perumahan dan pejabat, maupun sekolah.
Mmg penipu la kan kalau takde sorg pun di antara korg pompuan2 senget ni yg tak pernah ada crush. Tak pernah ada crush tu sama la cam kentut tak pernah busuk. Nmpak sangat penipunye.
Ada juga di antara kita yg dah pun berkapel dgn crush kita tu kan. Dan sesungguhnya org tu bukan aku la. Sbb dulu2 aku takde la crush sgt pun dgn si kebun. Dia je yg crush kat aku.. ahaha.. tetibe. Mampuih kena ligan dgn kebun kang.
Anyway, aku mmg pernah crush. Berkali2 okay. Dan mmg masa crush tu aku dah pun ada gelpren. Tapi.. ala... crush je. Bukannya aku nak sangat berkapel dgn dia pun. So, aku takde la pursue dan buat aktiviti2 mengorat terlebih2. Takde pun nak jadikan gelpren pun. Dan sbb aku tak reti one nite stand, maka aku pun takde la sampai nak mengajak dia ke katil kan. Kalau la ai pemprektis one nite stand.. ish... tak kuasa teman memikior.
Ok.. cerita pasal crush. Masa aku kat matriks dulu aku ada crush kat sorg pompuan ni. Gile2 crush ok. Mmg macam bila dia dekat dgn aku, start la macam sesak2 napas sket, muka merah2, pastu try nak terkontrol2 cool. watdehel sangat time tu. Kenapa aku suka kat dia, sbb aku masa tu tgh minat Ziana Zain, dan kebetulan muka dia mmg la cam kak Ziana. So, dgn gediknya aku crush kat dia.
Bila lepas matriks, masuk uni, kitorg lain fakulti, tapi duduk kat kolej asrama yg sama. So, mmg selalu la jumpa. Lagi berjodohnya aku dgn dia, kitorg duduk kat wing yg sama kat kolej. So, dah wing sama, satu matriks plak tu, jadi la kawan kan... Masa tu tak terhingga la ailaiknye, ada rasa nk melompat2 pun ada. At least aku leh buat dia bercakap dgn aku!!!! Org yg aku crush, jadi kawan aku. Kalau korg pun, tak hepi?
So.. dipanjangkan cerita, kitorg pun berkawan, dan rapat la pulok. Jadi dia one of the geng kitorg, 5 org yg selalu ke mana2 bersama, makan bersama, pegi Sogo dan The Mall bersama. Dan yg lagi bestnye.. bila dah makin rapat macamtu... perasaan sesak2 napas tu macam sudah hilang, dan aku realize aku dah tak lagi crush kat dia. Kalau dia dok terpegang2 tangan aku time lintas jalan pun, dah takde rasa pape dah. Amazing oke! Sampai satu tahap aku siap boleh cakap kat dia lagi ayat camni...
"Ko ni kan, kalau tak kenal kau, mmg nmpk kau cam kemain vogue lagi... bila dah kenal....!"
haha.. minah tu pun hanya mampu gelak je. Sbb bila dah kenal, sabo je la. hehe..
Dan skrg ni pun, aku sikit2 ada la contact dia. Lepas dia kawen, dia dok kat Malaysia Timur. Pastu bila dia sambung belajar balik kat semenanjung, kitorg berjumpa la balik. Ada la jugak aku teman dia dgn anak2 dia gi jenjalan kat midveli time husband dia takde. Ada la jugak aku pernah amik2 dia kat LRT utk kuar jenjalan. Tapi mmg dah takde rasa crush lagik.
So, perkara yg aku nk sampaikan kat sini... mungkin crush ni sebenarnya, membuatkan kita angau dan termimpi2, sbb kita tak dapat lagi mengenali dia. Sekali dah kenal... takde la bedebor sgt pun.
Tapi itu utk aku la kan.. korg punya kes aku tatau. Ada sesapa crush dan kawen dgn crush korg? Cer citer.
eh, aku pernah jugak ada crush kat opis... gila2 jugak. Nenanti la aku story mory. Seronok plak teringat zaman2 gatal dulu. Agak2 skang ni aku ada skill mengorat bebudak stret lagi ke ek? ngahahaha
4 comments:
crush...i had mine after 10 years with my partner..she was my best friend/colleague's partner..now we are together after i left my partner and she left hers...hahaha..gila kan..and my all-the-time crush, of course la to my boss..she extremely awesomely smart..and COOL..mcm nak gugur jantung kalau die duk dekat2...hehe..cant wait for our team's vacation..nak menggedik dgn boss...haha
Klau crush dengan ex sendiri kira crush ke tuh?
Ke tuh kira meroyan?
ok, xyah jawab.
I tahu, kompom meroyan. Ngee~~
Broken, crush u tu leh tuka lagu lain... "lucky i'm in love with my best friend.." hehe.
HaiaD, boleh la kalau nak namakan crush u tu crush meroyan. hehehe.. jgn mare aa..
haha...kene tukar sket.."lucky i'm in love with my best friend's gurl"...hahaha
Post a Comment