September 22, 2011

Out at work/home. Betulke lebih baik daripada buruk?

Sebagaimana ramai gak la yg kenal aku, tahu bahawasanya aku dgn Boo keja di opis yg sama, team yg lebih kurang sama. Cuma dia line2 jaga org, aku plak line mengajar dan membuli org. Dan di opis aku ni, depa takleh discriminate berdasarkan orientasi seks. So, kalau kau kutuk org gay, lembut, bapuk, mmg kalau ada yg mengadu kat higher management, boleh dikenakan tindakan gitu.

Anyway, partner aku mmg tak berapa kisah utk dia mengaku yg kitorg ni kapel. Tapi aku mmg gile2 closeted, dan yg meng'out'kan aku ialah partner aku sendiri.

Cuma, mmg dia yg outkan aku, tapi berdasarkan perbualan kami dgn kengkawan yg dah tau hubungan kitorg, depa kata, mmg depa dah leh saspek kitorg kapel, even before partner aku bgtau lagi. Semuanya disebab 'cara' dan 'style' aku. Tapi tang mana yang diorg leh detect tu aku pun tatau. Nak kata sbb dressing aku butch, please... aku sangat2 tak macho kekar, malahan gedik lagi ada. haha.. So, camne diorg leh detect? aku sendiri malas nak amik tau. Terer betul la bebudak tu 'put 2 and 2 together'.


So skang ni, aku akhirnya menerima yg aku ni 'surely suspected' sebagai seorang yg senget dan sukakan perempuan.


Satu perkara bagus bila kita boleh menjadi diri sendiri, ialah kita boleh menjadi diri sendiri lah. Takyah nak tercontrol2 terlebih, dan terkaver2 sana dan sini. Macam org pakai baju sendat kain ketat. Angkat tangan, nmpk pusat, tonggeng sket, nmpk bonts.

Tapi satu perkara yg cam kurang best apabila kita senget, dan diketahui ramai yg kita senget, ialah apabila ada perempuan2 yg kengkonon kat depan boleh terima orientasi kita, tapi dalam hati, dok pikir kita ni cam celungap bernapsu sangat kat dia tu. Bila diorg ada rasa camtu, kang kalau terserampak kat dalam toilet kang, mula la diorg pandang kita semacamm je. Macam la kita ni nak terkam diorg. Ish.. kalau ye pun nak sangka buruk kat aku, agak2 la kan. Cermin la diri kome tu dulu. Kalau kau macam Dianna Agron ka, Fauziah Latiff ka, gigih la jugak aku nak main terkam2.

Eh, tapi sebenarnya, takkan la kita nak main terkam2 kat opis plak kan. Ko nak kena buang keje? Kang sapa nk baya bil astro dan 6% cukai kerajaan??

So, itulah dilema yg mungkin dialami oleh org2 yg surely suspected, atau yg memang2 la sah2 berperwatakan seperti lelaki. Ada segelintir perempuan, yg macam menerima, tapi hakikatnya diorg memandang serong kepada org2 senget ni.

Dan sebagai org yg senget ni, bila org pandang kita lain macam je, dan reaksi dia pun cam acuh tak acuh sampai menjejaskan profesionalism, sedikit sebanyak kita akan ada rasa cam... eh... ok ke dia ni nk keja dgn aku? Kang dia tak rasa janggal ke, tak rasa rimas ke?
Secara tak langsung, kang profesionalism kita yang terjejas.

Dan kenapa aku terpikir macam ni, sbb skarang ni, kat opis, aku ada rasa cam, takut sket nak rapat2 dgn budak pompuan yg cam set2 stret2 ni. Takut kang dia kata aku nak ngorat dia plak.. eei. Takkan setiap kali lesbian tego pompuan, dia nak tunggang pompuan tu? Ke.. korg yg nak merasa ditunggang? Ha hamek! Tapape. Lagipun, kan gelpren aku ada kat opis yg sama. Nak kena lepuk? Bisu terus kang.

Jadi kalau terserempak kat toilet ke, kat surau ke, aku rasa cam lebih selesa jadi org berlagak pemalu lagi sombong. Mata pandang bawah, dan tangan simpan dalam poket. Lama2 bila diorg cam dah selesa2 ke, baru la leh tegur2. Kalau tak, mmg skang ni aku cam rasa sedikit risau2. Gedik kan, bebenda camtu pun nak kisah. hehe. Tapi sukati ai la, ini kisah ai.

So, utk org2 hetero di luar sana, kami2 ni bergelut dengan masalah untuk menerima diri sendiri sejak kecik lagi. Dan sesungguhnya tak ramai yg survive pun. Ada yg tumbang di tengah jalan dan tunduk di atas kehendak majoriti. Jadi, kalau boleh, kalau korg tau orientasi seks kitorg, kalau pun taknak terima, jangan lah sampai menghina dan memandang buruk kat kami yang sama2 menumpang bernafas oksigen yang sama.

10 comments:

broken said...

my situation consider sgt ok...dari big boss sampai la anak buah,sumer tahu and boleh accept..just diorang takleh terima why chose to be gay wlupun terlebih cukup fizikal as pompuan sejati..lol..

sekapal said...

ckp je dgn diorg, being gay is not a choice, gitu... hehe

broken said...

i always answered, it's just happened that the one i love is a gurl..haha

broken said...

gitu..gitu..best ape di luar almari ni..tak yah cover2..senang nk bg alasan..ie, sorry, my partner suh balik dinner sama, bos, i el, my partner demam, boss, i nk balik awl,my partner's bday..senang kannnnn...

Mm said...

hey. im new here. br je bace. quite interesting.huhu.. bes nye kwn2 da taw. i'm still scare. tkot org jaohkan dr. nta la.. not ready yet kot..

broken said...

ermm...so far i takdela sape nak jauhkan diri..sumer my close friends,accept me who i am..kalau tak bleh accept, so i pedulik hape..dah namanye kawan kene la terima baik buruk kita, kalau tak,bukannye kawan la namanye...

sekapal said...

Mm,

takpe, bebenda ni take time. Ramai je lagi kengkawan aku yg taktau aku senget.

kiranya, Broken, ko mmg best sbb ada keberanian. tabik tabik!! hehe

broken said...

ermm..asal kita tau kita tak buat salah kat orang jadi la...so berani la dgn pilihan hidup kita..i think our partner would be very glad and happy if ade such recognition..ye la..if terjumpa anyone from our work or sape je and we introduce our partner as "this is my partner" instead of this is my friend/sister/or whatever it is u put it..gurls like these kind of recognition...tak gitu?...

Anonymous said...

Aku syukur dah bnyk company aku kerja setakat ni kawan2 dan bos aku tahu yg aku suka dan couple dgn gurl.Mereka tetap layan aku dgn baik x pernahlah kutuk2 aku.Kalau ada awek cun dia org siap ajak aku cuci mata sama.Aku gembira lalui hidup aku kerana aku dapat jadi diri aku yg sebenar sama ada kat tmpt keje,dgn family atau diluar itulah diri aku.

Anonymous said...

kosah aku dulu sebelum insaf, kengkawan aku semua accept aku as lesbian tp keluarga aku je takleh terima walaupun diaorang sgt2 tahu-kuat agama sama dan alhamdulillah sekarang aku sedar dengan hidayahNYA.Thanks Allah