June 25, 2010

pa wau ya wau - pi oo wai ooo -- poyo

Kalau menurut penyumbang di Urban dictionary, dia bagi beberapa maksud poyo...

Yang pertama: Tidak matang. Ini berasal dr video game Kirby yg comel itu. Poyo!Poyo!Poyo!! haha

Yang kedua: slang bagi org kaki kelentong, ataupun yg ntah apa2 (i.e. takde substance) dan macam bagus

Persoalannye sekarang, adakah anda poyo? Atau kawan2 anda poyo? Bagaimana mengesan org yg poyo.

Aku pernah sekali terserempak dgn sorang mamat ni. And selfishly I said he is poyo from top to bottom. Kenapa? Sebab...

  1. Dia pakai baju polo yg kolar terangkat
  2. Kuda kat baju Polo tu mak bapak punye besar, sampaikan gajah pun malu
  3. Jeans levi's style yg kocek londeh bayek punye. yg cam dua lapis tu. Aku nak terang pun tak reti
  4. Lepas tu kat bhgn kaki jeans tu dia lipat ke luar, menampakkan garisan merah yg kat tpt penyambung jeans tu. Tah apa tah istilah utk benda tu, aku mmg taktau, sbb aku mmg naif sket pasal jeans2 nih
  5. Oh.. belt. Kepala belt tu punye besar tulisan 'Timberland' yg memang boleh nampak dari Cyberjaya. Lagi besaaa dari belt Timberland yg aku beli kat Petaling Street dulu, yg dah koyak rabak skang
  6. Kasut... this is interesting... dgn gaya sebegituan rupa, mamat ni pakai Crocs yg berupa seperti selipar jepun, yg design tu cam aku tak pernah nmpk kat mana2 website Crocs sebelum ni. And I thought I know everything abt Crocs... liar!

Bila aku ckp kat Boo findings aku ni... dia cuma kata cam kata, "Laaa.. awk tau ke semua design Crocs?" Tapi bila aku cakap pasal saiz KUDA! dia gelak aje.

Memang bukan hak aku utk judge org tu, yg aku cuma jumpa masa aku beratur nak kuarkan duit kat bank. Ntah2 dia memang masuk pertandingan pakaian beragam, ataupun ada kawan dia 'dare' dia utk pakai acamtu. Ataupun dia cam tak berada sangat, tapi teringin nak pakai pakaian branded.

Tapi apa yg aku katakan kat sini, adalah first impression. Pertama kali nmpk terus rasa cam.. poyonye! Pastu kalau kenal, mungkin dia tak poyo kan.. mana lah tau.

First impression memang tak selalu betul. Tapi ada masanye betul. Dan siapalah aku nak kata org tu poyo, kalau aku sendiri tak konfem yg aku tak poyo, dan aku sndiri tak pasti makna perkataan poyo itu... kan.

Apa2pun, walaupun kehidupan kita dipenuhi manusia poyo, yg terasa cambest walaupun hakikatnye dia diketawakan oleh orang lain... yang penting, kita sendiri, sebagai manusia (tak kira la poyo atau tak), terima orang itu seadanya. Poyo atau tidak, hebat atau tidak.

Memang kita suka org yg ikhlas, tapi keikhlasan selalu disalaherti jugak. dan ramai je org yg tak ikhlas.

Akhir kata, apa pun yg aku cakap kat sini, bila aku pandang cermin, aku tetap nampak muka aku sendiri.

Dan, dengarkan lah... poyo!poyo!poyo!poyo!poyo! hahaha



June 24, 2010

Bersempena FIFA World Cup 2010


Terus rambang mata. Nak, tanak, nak, tanak, nak, nak, nak... Ada sesapa nak sponsor. ahaha (mintak sponsor sajok!)

June 17, 2010

oh oh bee

...start with me...come with me...end with me...

3 years in the making... almost... and will be more

June 15, 2010

Hari ini aku puas.

Hari ini aku puas. Dia yang selama ini payah untuk berada di atas. Dia yang sentiasa gusar dan takut, telah bangun hari ini. Dia dan usahanya selama ini, ternyata tidak sia-sia. Penat lelah, perit jerih, airmata yang tumpah, pengorbanan yang tak berbelah bagi telah dapat dihargai.

Harap kamu tak leka. Harap kamu tak lalai. Harap kamu akan terus maju, dan buktikan diri kamu unggul.

Sesungguhnya, aku adalah insan yang paling berbangga dengan kamu.

Baby Boo... this proves that nothing goes to waste. Congratulations!

June 9, 2010

Bila nak buat benda tapape, sentiasa ada alasan...

Hmmm... bukan kebetulan, tapi kenyataan. Ada aku penah terdengar2 bahawasanya, ada manusia yg mengaku dirinya senget, merasa lebih selesa menjadi senget atas alasan, tak perlu ada komitmen dengan manusia lain. Dalam kata lain, dgn tiket sebagai lesbian/gay, maka org tu boleh melakukan hubungan rambang dengan lebih ramai manusia, tanpa memikirkan sebarang consequences hasil tindakan diorg tu.

Best kan kalau boleh pikir macam tu? Tak perlu pikir tanggungjawab dengan manusia lain. Yang penting, wa happy. Wa ley wat ape wa sukee!!

hehehe. jiwa kacau.

Yang paling bestest sekali tu, tiket yg digunakan utk berhubungan rambang tu yg aku cam tertarik utk kopek kat sini. Kenapa tiket senget? Apabila ada manusia2 macamtu. Yg dengan loud and proud mengaku diorg suka 'f' around. Yang berbangga apabila ramai pompuan boleh jatuh dalam ranjang diorg (ataupun diorg yg jatuh kat ranjang pompuan tu sbb diorg takde rumah yg decent pun... )

Dan sebab mereka ni loud and proud.. atau org utara kata 'hingaqq!', maka masyarakat umum akan nampak, golongan lesbian ni, memang jenis org takde tanggungjawab, dan jenis manusia yg tak pikir sangat pasal benda lain, selain daripada... berapa banyak gambar yg boleh di letak di wall of fame depa. Secara tak langsung, org2 camni, membuatkan ramai kengkawan senget aku, yg memang serius nak comitted dengan seorang perempuan sahaja, akan turut sama mendapat bahananye. Bak kata org tetua, seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit. Mmg hampeh betul kerbau2 itu.

Kalau nak pikir logik, memang la kaum2 senget ni akan di pandang takbest di mata masyarakat. Tapi harus ke menambahburukkan lagi keadaan?

The thing is, kalau memang korg jenis suka pasang banyak, berbilang pasangan, melakukan seks rambang, jangan gunakan tiket senget utk buat bebenda tu. Buat je.

Tapi maybe ada jugak yg jenis ingat macam nak berkomitmen, tapi effort tu sangat minimal. Masa nak cari gelpren, mau yg itu, mau yg ini, tamau yg gitu2, tamau yg gini2... sudahnye... tak sampai tiga bulan, abis. Sebabpe, atas sebab2 yg tidak diketahui umum, dan sebab2 yang tidak mahu diterimapakai oleh sang empunye badan...

Pastu... selang seminggu, eh.. ada yg baru la plak kan. haha...

Baca status fesbuk je dah boleh tahu.

Harini... 'Bibah is in a relationship with Munah'
Tiga bulan berikutnye...'Bibah is single'
Selang 5 hari selepas itu... 'Its Complicated'
Tambah lagi 2 hari... 'Bibah is in a relationship with Ropeah'
Selang sebulan... 'Bibah is married to Ropeah'
Selepas 2 bulan... 'Bibah is single'

begitulah seterusnye Bibah mengapdet status relationship di fesbuknye...

Rasanya aku nak suggest kat fesbuk lah... suruh tambah satu relationship lagi... iaitu, 'F*buddy'
So, selalu la boleh tuka2 status.

Harini... 'Bibah's F*buddy is Sepiah'
Tiga hari kemudian... 'Bibah's F*buddy is Maria Mariana'
dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.

Sure seronok bibah leh selalu2 update status di fesbuknye!

Oh, kalau tetiba apa yg aku tulis ni tetiba menjadi karma dan balik kepada aku semula. ye, korg boleh ketawakan aku. Tapi macam la kita semua tak biasa meludah ke langit... kan?

June 3, 2010

Orang tamak selalu untung, dan kadang2 rugi.

Sekali lagi perbualan poyo aku dengan boo...

Aku: Camna kalau orang tu, dah ada partner, tapi masih tegila2kan ex dia?

Dia: Ermm (kena pikir plak?) Tu maksudnye dia masih sayangkan dedua la.

Aku: (sedikit bengkek) Aik? As simple as that? Maksudnye org tu boleh berlaku curang dgn perasaan dia, atas alasan... masih sayangkan dedua. Tak adil!

Dia: Ler, kalau pun masih sayangkan dedua, tapi org tu kena la tau yg dia dah ditinggalkan. Kalau masih tegila2kan ex dia tu, sama la cam menjilat ludah sendiri.

Aku: (pun bengkek) Ohooo! Maksudnye, org yg kena tinggal ni sama la macam kena ludah? Gitu?

Dia: (sama bengkek) Awak ni mmg saiko! (dah taktau nak ckp apa la tu kan? haha)

---

I rest my case.

Anywhoo... aku rasa, bukan senang nak memulakan satu relationship, dan mengekalkan keharmonian dlm hubungan. Dan bukan senang juga nak keluar dari satu hubungan yang tak menjadi.

Ada orang bertahan sbb komuniti dah asek nmpk korg bekepit ke mana2, dan takmau nmpk bad di mata masyarakat (i.e. tarnished by divorce and separation). Tambahan pula dengan komitmen yang dah terlanjur dibuat bersama. Dah beli rumah sama2 la, ada supplement kredit kad la, utang itu, utang ini...

Ada yg bertahan atas alasan tak mampu tinggal sorang, dan lebih baik stay dlm mulut harimau, daripada keluar, dan takmau take chance utk masuk pulak dlm mulut naga (ye, mulut naga lebih haru sbb ada api2 bagai... kot).

The thing is, sometimes we need to be selfish, in order not to be selfish. Camna tu? Kalau dah tak suka, tinggalkan. Jgn dera org tu, jangan tutup peluang dia utk disayangi dengan lebih baik oleh insan lain.

Berpisah memang susah (ceh, cam pantun plak!)
Tapi mungkin ada banyak hikmah (pantun lagik!!)

Tapi lain pulak kisahnye si tamak. Dia nak sayang yg itu, dan sayang yg ini, dan sayang yang masih di awang2an.

Org tetua kata, org tamak selalu rugi, tapi in certain cases, rasanya org tamak memang selalu beruntung. Sbb dia dapat banyak dan maybe dapat semua yg dia nak.

Rugi tu mungkin la ada, tapi maybe di hujung2 kehidupannya, yg mungkin berlaku dalam hanya 2-3 tahun. So, kalau umur si tamak menjangkau 70 tahun... 18 tahun hidup dlm celibacy (sbb takde gelpren), 2 tahun terakhir kehidupan, dia ada rugi... bakinya... 50 tahun, hidup dlm keuntungan.

Jadi patut ke kita tamak, untuk mendapatkan apa yg kita nak?
Ni sama cam konsep 'maafkanlah kerna aku cinta kau dan dia' (dan dia, dan dia, dan monyet)

Will shiny car gets you far? w00t!

Entah kenapa kalau Rachel Berry yg nyanyi, banyak lagu yg aku cam tak suka dengar, jadik best di dengar. hihih.... mungkin sebab, time dia nyanyi, semua pekataan dlm lagu tu didengar setiap butir dengan jelas. Bukan cam penyanyi2 yg mumbling sambil menyanyi. yg mana bila penyanyi tu ckp baby baby, aku dengar macam dia sebut nama dia sendiri...

aanyway... walaupun paling utama ai laik Santana yg hottie de mottie itu, nyanyian Rachel Berry tetap menjadi pojaan hatiku. haha.. (dan boo plak suka Miss Corcoran, mak rachel berry. I think she got a thing for older ladies la.. ahahaha)

When you see my face
I hope it gives you hell, I hope it gives you hell
When you walk my way
I hope it gives you hell, I hope it gives you hell
If you find a man thats worth the damn and treats you well
Then he's a fool you're just as well hope it gives you hell