September 29, 2009

8 hari di hari raya...

Adeh... raya ke 8... dah masuk keja. Malas tak terkira nak membukak mata di memalam buta ni. Cik boo pun sedap je tido kat umah mlm ni. Isk. jelesnye dgn org yg leh tido memalam.

Ho... apdet pasal raya. Tahun ni first time aku beraya kat umah mak/abah, dan bukan kat umah atok. Raya tahun lepas atok kembali ke Rahmatullah, maka kali ni, semua org beraya dgn kelorge nukleus memasing aje.

Anyway, sbb beraya kat umah sendrik, maka dapat la buat aktiviti sendrik. Raya ke 1, semayang raya, makan2 aidilfitri, dan pastu, melangak depan tv tunggu muzikal raya yg tak muncul2. So, sbb kebosanan, maka baik la tidur sahaja. Org beraya pun tak ramai, so, mak takde la marah kalau tido kan. hahaha... Dah time petang tu, kami sekelorga beraya kat keluarga belah Abah, yg memang selalu terabaii kalau berkumpul kat umah atok pada raya2 sebelumnye. hihi...
Raya ke 2, mak tambah menu, sbb ada ramai adik badiknye nak dtg umah. Kitorg buat beryani gamm, yg mmg almaklum licin sesudah tamatnya hari raya kedua itu.

Raya ke 3, balik la ke umah atok, pegi melawat pusara arwah atok dan tok ayah. Pagi raya keempat tu pulak ada la tahlil kecil2an, lepas tu kitorg pun terus bercuti2 raya ke Melaka. So, gambo raya tahun ni, mmg kat depan kota A-famosa.. bley? Cam rasa kelako pun ada gak. Tapi yg penting hapy. Aku pun taktau, skang ni suka gile pi Melaka. Sampaikan smlm bila aku mencadangkan utk berjenjalan ke melaka, cik J berkata, dan aku quote..."U ni, asyik melaka je"..
Macam la dia join time kitorg lepak kat Melaka haritu kan?
Betul ke tidak? (ulang 3 kali macam Datin Wan Abe...)

Kat melaka jugak, aku ajak boo dtg. Maka 'beraya' la kami bersama. hehe.. Sungguh pedih rasanya jauh dgn dia. Aku balik ke kg one day before raya, hari raya ke 4 dah jumpa balik dah. Raya ke 5 aku dah balik kl dgn dia.

Raya ke 6... nak cari kayu... nak cari kayu... hehehe... jumpa kayu. Rumahnye je lom siap lagik. Semangat2!! Tah bila la ada masa nak membuat reban kucingku...

Raya ke 7, aku dah buat makan2 raya kecil2an. Tetiba rasa ilang stress bila dah ajak kengkawan makan raya. Takde sapa nak tanya, rumah kau bila lagi. hehe. Kan best tu.
Macam tahun lepas, takde sape nak tanya. The year before that mmg sangat sedikit kekdahnye org yg aku jemput. Boleh dikira dgn jari tangan sahaja. Dan timekasih kepada catering percuma yg mensedekahkan makanan pada mlm itu. Licin nampaknye ek. hehehehe... Another one of your successful projects gitu.

Korg yg tido kat umah mlm tadi. Mahap sesangat sbb tuan rumah bantai tido sampai tak tejaga nak bukak pintu. Nnt kita panaskan umah org lain plak ek...

All in all... (lack of moral sungguh penulisan aku ni), mmg Raya tahun ni tak sama sungguh dengan yg sebelum2nye. (err.. except for raya tahun lepas yg mmg so takmau experience lagik). Tak join marhaban beramai2, tak payah bagi duit raya banyak, tak byk sgt drama sedih kat tv. Tapi... bersyukur sebab masih mampu diraikan dgn org2 yg penting dlm hidup kita. Masih mampu merasai kasih sayang yang ada. Hari raya tidak semestinye hyped (terlebih sedih/meriah/makan/eventful) macam kat dlm tv.

Yang penting ikhlas! Pada diri, keluarga, dan persekitaran.


Trivia bulan raya...
"Kalau katanya Ramadhan bulan mulia, mengapakah bermaafan di bulan Syawal?"

.... itulah aku, 8 hari di hari raya.

5 comments:

[-AnR-] said...

makasih kerana menjemput ke rumah kamu itu......

walaupun kami sesat sampai sejam....tapi berjaya jugak ketemu rumahnyaa......

sedap sungguh itu satay...heheheeeeeeeeeeeeeeeeee

pssstttt ingat nak culek satu anak tucen tu...ahahahahh

uLat said...

betul betul betul. tapi nok, aku kat dapur pun meroyan bila dengar nama melaka disebut2. hahah

Fanta Giro said...

Terima kasih kerana menjemput open house tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan (rujuk blog I kalau sudi) maka I sangat tak dapat menghadirkan diri.

Anonymous said...

betulll...mengaku cik.ok la, len kali kita pi melaka. i like... Mari kita serbu rumah yang akan panas ituuu :)

-J-

Alia Arissa said...

Tumpang lalu.. nak tanya mcm mana nak menjadi ahli 'sengetian' ekkk? Dah register but still xleh masuk... Thanks....

p/s: Nice blog...