February 3, 2009

Hantu rambut ekotikuih

Letihnyer. Ntah kol brapa la plak agak2nya aku nak balik harini.. haih haih.. Memula tadi gegeh buat documentation, tapi pastu cam... tetiba muncul satu e-mail yg membuatkan aku terpaksa mengambil masa sampai 2 jam utk balas.. ha.. 2 jam! Gile detail aku tulis.. haha...

Ini nak cerita sket pasal ada satu DVD yg aku baru dapat pulun ujung mggu ni. Ye.. walaupun dvd player aku kehilangan remot... dan kami tgk macam bengong, sbb takleh nak forward, rewind, slowmo bagai... tapi at least berjaya la jugak tgk satu dvd yg bertajuk 'She Likes Girls 3'. Kekdahnya dah nombo 3. Masa beli tu boo tanya gak, ada ke yg nomo 1 dan 2. Tapi brader tu macam bengong taktau pape. Agaknye dia tak paham bahasa omputeh kot.. huahaha... tipu la tu kan.

Anyway, (kepada sesapa yg tak tonton lagi la...) dlm dvd ni ada beberapa cerita pendek (berapa banyak tu, aku tak ingat..) . Mmg kontot2 je ceritanya. Ada yg 5 minit, ada jugak yg sampai dlm dekat2 20 minit.

Cerita yg first tu pasal vampire. Yang langsung tak real. Poyo je. Nasib baik part kissu2 cam real. haha..

Cerita yg kedua tak macam cerita pun. Sbb dia lebih kepada macam video clip. Dinyanyikan oleh Julie Goldman, yang bertajuk 'Commitment Ceremony'. Lawak mmg lawak. Berdekah2 aku gelak dgn boo. Tetiba terasa kena perli pun ada gak. hehe

Cerita yg ketiga... bertajuk Happy Birthday. Ini paling best! Feveret! Cerita pasal... pasangan senget. Yg mmg typical butch/femme punya kapel lah. Sang femme nak selebret besday. Dan hadiah besdaynya, dia nak mrasa jadi 'on-top'. hahaha.. punye la terkedu minah butch ni bila aweknya nak jadi 'atas'. Yg tak tahan tu, siap prektis2 meregangkan kaki lagik. huhuhuh... Tapi bila tiba harinya... heheh... takmo la bgtau ending kan. Tak thrill la pulok!

Cerita yg ke berapa-berapa... Pasal pasangan tua. Sedih dan mengharukan. Sbb salah seorang daripada mereka, diserang penyakit nyanyuk. Dan jugak destructive. Dan betapa bersabarnya sang pasangan menjaga. Dan cerita ini diakhiri dgn bunyi ledakan senapang. Sapa mati? Itu depa tak tunjuk. Mungkin yg tak tahan menjaga bunuh diri, ataupun bunuh pasangan sendiri.

Pastu cerita nombor berapa tah... yg ni mengesankan, bagi aku la. Cerita pasal sorang bartender hot!hot!hot!.. tapi masalahnya, dia ada bela rambut ekor tikuih (rattail hair) yg panjang sampai mencicah pinggang... (sapa tak tau apa itu rattail hair.. gi sini... http://en.wikipedia.org/wiki/Rattail_(haircut)

Alkisah, rambut tu merupakan belaan dia bersama 'ex' nye. Dan sbb dia ni hot. pastu jadik bartender, ramai la yg nak mengayat. Tapi bila depa ternampak je rambut ekortikuih ni.. semua terus ilang selera. haha... mmg kesian la jugak. Siap ada yg gelakkan lagi... hai la nasib.

So, setelah dipaksa2, oleh kengkawan dan jugak didorong oleh rasa malu, dia pun potong la rambut tu. Tapi lepas potong, bila bangun pagi, rambut tu ada balik. (hantu kah??!)
Esok malamnya, dia potong lagik.. Pastu tumbuh balik. Mmg ajaib!
Kemudia hari seterusnya, dia potong rambut tu, dan jugak dia potong sekali gambo kenangan dia bersama dgn 'ex' nya ketika sama2 menggayakan rambut tersebut. Lepas buat aksi potong gambo ni, baru la rambut tu bebetul terpotong. takde la muncul2 balik...
Dan selepas itu, dia pun diayat oleh sokrang awek kat kedai kopi... Dan dapat la awek.

Aku suka moral cerita nih... Moralnya ialah... Selagi tak buang kenangan itu sepenuhnya, selagi itu lah akan ada hantu rambut ekotikuih mengikut korg. Dan bila dan gunting semua kenangan masuk tong sampah... maka.. esok tu, boleh la dapat awek baru. heheh... So, selagi tak gunting, maka, susah la nak bergunting (yes yes.. mmg dabelmining)

Cerita yg seterus seterusnya.... aku tak ingat sgt. tak mengesankan, ataupun aku tak berapa paham. hahaha... Anyway, sesapa yg berminat, boleh pegi cari kat kedai dvd. Tapi sapa yg suka tgk aksi itu itu dan itu itu, mintak mahap le, tak dapek nak bagi yg berlebih2. Mmg tak banyak.

Bulan depan, aku nak tgk cerita Vicky Christina Barcelona plak. Penelope Cruz and Scarlett Johansson anyone? heheheh...

Sehingga ketemu lagi di lain cerita.