February 28, 2009

Ini entry terlambat apdet... baca je la...

Huh... skrg ni aku kat opis. Macam banyak gile benda nak kena buat. Tapi dlm masa yg sama, macam banyak malas gile aku nak buat. Sape keja hari Sabtu malam???!! Aku la tuh.. huhu.. Takpe, time meeting kol 3 pagi nnt aku nak tido. Macam la boleh.

Siang tadi aku tido takde la sesedikit mana, kalau nak dibandingkan dgn semalam. Semalam, aku tido kol 6 petang, sampai kol 830. 930 dah tcangak kat opis.

Harini, kol 4 aku dah leh tido. Dan gerak gi opis kol 10. Kira ngam lagi la tu kan. hehe..

Apa aku buat harini... ini hari aku gi ikut boo gi sepital. Ini semua follow-up pasal sakit belakang dia tu yg tak reti2 nak baik lepas insiden dia mempolish kereta bulan lepas.

Bermula dua minggu lepas... dia dah gi sepital dah. Bila buat lumbar x-ray (x-ray utk tgk tulang belakang di bahagian pinggang), doktor tak nampak apa2 anomalies kat tulang. So, maksudnya takde masalah reput tulang dan sebagainye. Syukur alhamdulillah...

Tapi sbb tak jumpa masalah, doktor sajes buat MRI.. memula cam oke je. Pastu bila nurse cakap rega MRI... terkedu dedua org. haha.. Yg bestnye, kampeni kitorg mmg tak kaver outpatient treatment kat specialist. Sumenye pay and claim later. Dah la claim pun ada limit.. sedeh..

So, sbb poket kureng tebal, kena la pospon. Boo siap ada angan2 takmo pegi MRI, sbb takut bazir duit je.. tapi takde pun masalah bebeso. Tapi dlm mggu lepas, keadaan makin teruk. Sakit dia pun dah melarat2 sampai ke punggung.. kena la jugak kitorg korek tabung dari "Dana anak muda di rantauan" utk MRI tu. Dan akhirnya cukup la jugak. Naseb baik... heh..


Dan harini, pegi je la kitorg walk in. Nurse tu nampak je muka boo, dia terus tanya.. nak buat MRI ke? Boo kata la ye. Dia cam marah2 sket la.. nape tak bgtau awal2. sbb MRI kena booking la.. blablabla... Tapi sambil dia membebel tu, sambil la dia check tgk kalau2 ada kekosongan. Kebetulan, rezeki Boo.. ada org yg ponteng MRI pagi tadi (claustrophobic gamaknye!). So, dapat la dia masuk...


Pasal Mesin MRI

Lepas tukar2 baju bagai.. Kitorg pun di bawa masuk ke bilik MRI dan terlihatlah mesin MRI yg ada. Nasib baik la sepital tu ada Open MRI Scanner. So, takde la teruk sgt utk org2 yg claustrophobia..

Camni la rupa mesinnye, tapi takde la plak radiographer kendu. yg handle dia mamat ala2 muda. Nasib baik dia cambaik dan tak gatals.. haha..


So, memula je masuk.. boo risau sbb dia kata dia sesak napas. Tapi lepas dua tiga minit borak2, dia rasa ok. Dan scanning pun bermula. Masa scan... badan takleh bgerak. Sbb bendalah ni sensitif, takut tak dpt capture the accurate image plak. Setelah dlm 30 minit berbaring kejung kat dlm mesin ni.. Scanning pun selesai. Pastu tunggu result pun dlm 30 minit. Lama gile.



Pasal Result MRI

Sampai je result, aku curi2 baca dulu. Dan mmg ada anomalies. yg aku terbaca... alignment tulang belakang ok.. tapi ada disc di antara vertebra (tetulang belakang) tu dah terbengkak, dan tekan kat saraf tunjang. Itu yg sebabkan sakit. Itu dr report yg aku baca la...

Pastu, jumpa lak dgn dokter. Doktor pun tunjuk la result MRI tu, dan tunjukkan dlm image vertebrae L4 dgn L5 (yg posisinye kat bahagian pinggang...), disc dah gelap. menunjukkan, disc tu dah ilang sponginess nye. Yg normal ada putih2 la sket. Dan mmg nampak bulging tu dah tekan saraf tunjang. Itu yg sakit tu...

Selepas Ini...

Selepas ini... dia takleh dah nak eksesais yg ada terhentak2. Boleh brisk walk dgn swimming aje. Nasib baik la member pandai berenang2 ayam. Kalau macam aku yg berenang2 tenggelam nih. Harus la baring saje apabila sakit pinggang. huhu...

Dan utk memprepare dgn proses2 perawatan, kena la jugak beli talipinggang lumbar support, yg betulkan posture, buat eksesais2 yg dah dicadangkan oleh doktor dan yg penting sekali. Kurangkan berat badan dan kurangkan buat kerja2 yg berat.

So... itu lah dia ceritanya. Aku cuma harap dia cepat sembuh dan jugak semoga kesihatannya semakin baik. Selagi mampu, dan selagi dikehendaki, aku akan ada untuk dia, InsyaAllah....

February 26, 2009

Tetiba aku tensen dgn templat baru yg takde komen tu. Pigidah!!

February 20, 2009

apa bestnye keja aku nih!

Skrg ni dah kol 9 lebih. Aku cam biasa masih lagi kat opis. Kelmarin lagi haru. Tolong dak boo punye produk, kol 3 petang baru balik, pastu kol 5.30 petang dah tercangak balik kat opis. Kol 5 pagi baru balik. Hadoi. Lepas balik tu, hape lagi. Tido le. Dan sah2 la kol 5 petang baru tjaga. haha.. itu pun sbb dia dah bising perut lapo. Harini, taktau la apa nasib. Tah kol brapa la baru leh balik. hehe..

Keja banyak pun, aku tahan gak keja kat sini kan? Dah la keja malam. Terpaksa berkorban waktu tido. Tapi aku suka gak. haha... Kenapa aku suka? kerana.... erm.. kena cerita sket. keh keh.

Korg semua yang pernah keja kan.. pernah tak korg mengalami pengalaman pekerja baru yg masuk bekerja kat tpt korang? Sapa tak pernah tu, fefeeling la cam pernah ek.

Biasanya lah, kalau ada ura2 yg org baru nak masuk. Bagi aku la... memula mesti ala2 tertanya2.. lelaki ke pompuan? Kalau lelaki... case close. Makasih.. aku terus sambung buat keja. Kalau pompuan, biji mata mula membesar, kening pun terangkat sikit. Dan soalan yang terkeluar... "Pompuan?" dan soalan seterusnya pun keluar... "Muda ke?" Kalau jawapannya "ala.. makcik2, dah ada anak lima..." kening pun mula terturun. Kepala terangguk2.. dan bagi la respons tah pape supaya tak nampak macam nak abruptly end the conversation.. Tapi kalau jawapannya.. "muda lagi.. baru grad..." musti macam.. wah! ada can cuci mato nih! ailaik!! Pastu start la tanya, soklan2 org berminat.

oke.. itu preliminary FAQ sblm budak baru yg muda itu masuk keja di opis yg sama. Kalau budak tu dah masuk.. lain la plak ceritanya. Masa tu mata la plak nak mainkan peranan. Kendu ke idok? Belagak ke orgnya? Ataupun manis semanis gulabatu?!!

Pendekkan cerita, kata lah org tu manis pastu kendu... pastu taste yaamat lah pulak... Camno? Mesti la ada rasa gatal2 di hati ni nak berkenalan lebih lanjut. Bekerja bersama. Beramah mesra. I know u, u know me. Mana tau.. kot2 leh terrrmelekat. Kalau tak lekat pun, dapat can dia dok gosok2 tangan kita pun jaaaadilah.. pergh.. spesis gatei jugak aku nih. haha...

Tapi, peluang berkenalan tu, akan jadi mudah utk org yg peramah, yg berani nak approach. Org yg malu2 gary cam aku nih? Sah2 la takde peluang. Telan je la air liur dr jauh... dok la tatap muka dia dari sebalik monitor.

Baeklah.. apa kaitan lak cerita ni dgn tpt keja aku skrg ni??? Ada.. kaitannya ialah...

Aku skrg ni keja aku, memerlukan aku utk berkurung dalam bilik sejuk selama seminggu bersama dgn bebudak yang baru join kampeni ni. So, itu bermaksud, aku ada access utk berkenalan dgn bebudak yg baru2 ni. dan sekali diorg amik staff baru.. sampai tiga pat org. Dan dlm setiap batch tu, musti ada lah yg berjantina pompuan. So mmg aku boleh la beramah mesra dan berkenal2an dgn bebudak pompuan itu. Yg mana yg kendu.. lagi la boleh aku buat teramah terlebih.. haha.. Kiranya, aku tak perlu reason utk berkenalan dgn bebudak baru, sbb mmg diorg mesti kenal dengan aku. huhu.. best.

Dan apabila dah abis tempoh seminggu tu... bila sume diorg pun dah masuk production floor.. kiranya, aku masih la ada jugak sisa2 perkenalan yg masih memekar dalam jiwa diorg. So, sesapa yg aku rasa aku suka.. akan la aku melebih2kan keramahan aku, so, mmg cambest la kan. Tu tak kira lagi bebudak baru (dan jugak yg dah lama) yg bermanja2 dgn aku sbb nak tetanya soklan tah pape kat aku. Ada peluang aku beramah musra lagi. haha... Sesapa yg aku tak suka sgt tu, maka, tak perlu la aku layan2 terlebih, maupun bertanya khabor. Ai biarkan je la senior2 depa yg take care. Bias la pulak. Tapi setakat ni, bebudak pompuan yg aku tak berapa layan tu, ada dlm duorg je. yg lain tu ai layannnnn..

So, kenapa aku suka keja aku? Sbb aku boleh dptkan access kat bebudak baru, dan yg mana kendu, kiranya, boleh le aku beramah mesra tanpa perlu ada rasa sesegan yg tersangat. huhuhu...

Tapi bila ada sorg kawan aku tanya.. "so kapal.. u rasa bbaloi lah u tukar keja malam....?"

Tetiba aku kelu jugak. hahaha.. lawak lawak

February 13, 2009

Masuk memoli len yg takde jual kad

Heh... harini ami tak dtg opis. Gile bosan sbb takde sapa aku nak kacau. balik2 kacau boo je. haha... Kesian aku tgk dia. dah la bz. Dan sbb ami takde jugak, harini aku takde geng menidurkan diri lepas subuh kat surau opis ni. Ni apsal tetiba cite pasal ami ni? haha... sapa ami? Dia la osmet aku masa kat us dulu.

Ntah kenapa tetiba aku terpikir pasal ni, sbb aku dgr cerita batch yg baru2 ni pegi, ada yg komplen tak best sbb depa buat plan, tak gitau kengkawan. So mmg la terasa. Dah la kat tpt org. macam takde geng la plak.

Tapi masa batch aku pegi limorang dulu, mmg kitorg rapat. masak jemput yg lain makan sama. kuar jenjalan, kalau tak sesama pun, at least infom2 la kawan2 yg lain. Sapa takmo ikut... takpe. Nak ikot.. jom. Anugerah kaki chiting takmo ikut biasanya aku atau ami. kitorg satu rumah mmg gile sket. rindu lauk melesia la. masak la. emo la. malas nak gi hard rock cafe la.

Come to think of it... sebenonya aku tak sangka akan rapat dgn diorg yg sesama pegi dgn aku tu. Masa kat melesia, sblm pegi.. nak betego pun susah. Byk sgt judgment yg blaku. Sampaikan nak tego2 pun takut. Aku ingat bebudak comei ni cam takmo la geng dgn org biasa cam aku. Pastu ada sorg tu penah buat hal dgn aku kat opis. Sorg lagi plak budak lelakis... mmg la aku tak rapat. haha.. Diorg plak ingat, mementang aku ni dah ala2 veteren dan designation aku kat kampeni ni lain drpd diorg, maka aku ala2 serius dan sombong la. hahhaha.. bley?

But it turns out to be, semuanya boleh ngam. itulah padahnya bila terkontang kanting kat negara org, takde sedara mara, takde sos cili, tak byk ayam halal, tak byk daging semelih, dan takde org cakap melayu. Masa tu keluar true color masing2. dan kaler2 tu takde la kelihatan burok di mata aku. kalau ada pun tpaksa la diabaikan je

I think... The same joke that we share, the similar stories... bagi aku, semua tu bukan sbb aku nak belagak ke, atau aku dah jatuh chenta dgn depa ke... hapa ke... but its just that.. the loneliness masa tu, dikaver oleh mereka sahaja.

then I guess, it's also fair that some people cannot leave their memoli len behind. Because of that thing. 'That thing' that brushed away the loneliness. 'That thing' that we cannot help but to keep on remembering. And 'that thing' tidak semestinya berunsurkan keromantikan maupun keromenitaan...

jadi, kalau aku ada rasa 'that thing' kenapa tidak org lain boleh rasa. Dan kenapa tidak boleh aku terima. belajar la terima...


Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala kesangsian
Cinta walau pun berjauhan
Kan ku kenang senyuman
Kerinduan ku masih
Kepada mu kekasih

February 10, 2009

tetiba cerita cirber

I got a very terribly bad cirber this weekend. Di mana tahap keterukannya sampai takleh bawak keta pi klinik blkg umah hatta mengeluarkan duit dari bank di belakang umah org lain. Teruk yg mencecah tahapterduduk memeluk mangkuk tandas akibat kelembikan gitu.. haha.. gross gile.

Pikir punya pikir. Mmg aku taktau makanan penyebab kecirberan itu. Tapi mungkin sebab terlalu banyak makan.

apa aku makan:

  • Muffin sebesar anak angsa yg boo bawak balik dr opis tghari
  • Singgah sebentar di van tepi jalan makan rojak mamak
  • Sambil minum cendol
  • Sampai2 opis makan sandwich tuna, yg boo kata cam dah taksedap je rasa tuna itu
  • Pastu makan nasik goreng kampung. yg peliknya nasik ni di sendatkan dgn daun sop?
  • Tala nescafe bagai nak rak sambil makan
  • Pagi tu sblm balik bedal lagi sandwich tuna. kali ni bukak tin yg baru sket. tepek tgn meynes jepun

Takyah lama.. lima minit lepas mknn terakhir.. perut aku macam washing machine. Boo paksa gi klinik. Sampai klinik, leh aku terus cari toilet. Doktor kata food poisoning. Aku kata nasib le, aku nak ubat aje. dan MC.. itu penting!

Makan ubat, tido... tak jugak reda. Suhu badan naik. Ptg tu aku dapat air badak, 100 plus, kulfiver. Bguling2 la aku atas katil tuh sensorangan.

Masa tu macam tobat dah taknak makan banyak...

Siangnye, aku makan sikittttt je bubo mekdi... sampai la ke malam. Dasat semangat takmo makan nih.

The next day,

  • Sanggup pi PJ seksyen 14 sbb nak makan bubo ikan. Aku makan tiga suku.. lagi suku org lain abiskan. yeay...
  • Malam... makan ketiau sup
  • dan jugak pizza berkeping2

hmm.. mana niat nak kurangkan makan....?

Tghari semalam, dah normal balik dah. Reti je bawak keta carik nasik ayam esso blkg umah. Gi opis pandai gak cari beger dgn neslo. Baru sat2ni bfast mkn migoreng dng ayam goreng, dgn cekodok dan samosa dan sirap ais.

cheh... takde maknenye tobat akibat cirber. Kalau dah dasar kuat makan tuh...

February 3, 2009

Hantu rambut ekotikuih

Letihnyer. Ntah kol brapa la plak agak2nya aku nak balik harini.. haih haih.. Memula tadi gegeh buat documentation, tapi pastu cam... tetiba muncul satu e-mail yg membuatkan aku terpaksa mengambil masa sampai 2 jam utk balas.. ha.. 2 jam! Gile detail aku tulis.. haha...

Ini nak cerita sket pasal ada satu DVD yg aku baru dapat pulun ujung mggu ni. Ye.. walaupun dvd player aku kehilangan remot... dan kami tgk macam bengong, sbb takleh nak forward, rewind, slowmo bagai... tapi at least berjaya la jugak tgk satu dvd yg bertajuk 'She Likes Girls 3'. Kekdahnya dah nombo 3. Masa beli tu boo tanya gak, ada ke yg nomo 1 dan 2. Tapi brader tu macam bengong taktau pape. Agaknye dia tak paham bahasa omputeh kot.. huahaha... tipu la tu kan.

Anyway, (kepada sesapa yg tak tonton lagi la...) dlm dvd ni ada beberapa cerita pendek (berapa banyak tu, aku tak ingat..) . Mmg kontot2 je ceritanya. Ada yg 5 minit, ada jugak yg sampai dlm dekat2 20 minit.

Cerita yg first tu pasal vampire. Yang langsung tak real. Poyo je. Nasib baik part kissu2 cam real. haha..

Cerita yg kedua tak macam cerita pun. Sbb dia lebih kepada macam video clip. Dinyanyikan oleh Julie Goldman, yang bertajuk 'Commitment Ceremony'. Lawak mmg lawak. Berdekah2 aku gelak dgn boo. Tetiba terasa kena perli pun ada gak. hehe

Cerita yg ketiga... bertajuk Happy Birthday. Ini paling best! Feveret! Cerita pasal... pasangan senget. Yg mmg typical butch/femme punya kapel lah. Sang femme nak selebret besday. Dan hadiah besdaynya, dia nak mrasa jadi 'on-top'. hahaha.. punye la terkedu minah butch ni bila aweknya nak jadi 'atas'. Yg tak tahan tu, siap prektis2 meregangkan kaki lagik. huhuhuh... Tapi bila tiba harinya... heheh... takmo la bgtau ending kan. Tak thrill la pulok!

Cerita yg ke berapa-berapa... Pasal pasangan tua. Sedih dan mengharukan. Sbb salah seorang daripada mereka, diserang penyakit nyanyuk. Dan jugak destructive. Dan betapa bersabarnya sang pasangan menjaga. Dan cerita ini diakhiri dgn bunyi ledakan senapang. Sapa mati? Itu depa tak tunjuk. Mungkin yg tak tahan menjaga bunuh diri, ataupun bunuh pasangan sendiri.

Pastu cerita nombor berapa tah... yg ni mengesankan, bagi aku la. Cerita pasal sorang bartender hot!hot!hot!.. tapi masalahnya, dia ada bela rambut ekor tikuih (rattail hair) yg panjang sampai mencicah pinggang... (sapa tak tau apa itu rattail hair.. gi sini... http://en.wikipedia.org/wiki/Rattail_(haircut)

Alkisah, rambut tu merupakan belaan dia bersama 'ex' nye. Dan sbb dia ni hot. pastu jadik bartender, ramai la yg nak mengayat. Tapi bila depa ternampak je rambut ekortikuih ni.. semua terus ilang selera. haha... mmg kesian la jugak. Siap ada yg gelakkan lagi... hai la nasib.

So, setelah dipaksa2, oleh kengkawan dan jugak didorong oleh rasa malu, dia pun potong la rambut tu. Tapi lepas potong, bila bangun pagi, rambut tu ada balik. (hantu kah??!)
Esok malamnya, dia potong lagik.. Pastu tumbuh balik. Mmg ajaib!
Kemudia hari seterusnya, dia potong rambut tu, dan jugak dia potong sekali gambo kenangan dia bersama dgn 'ex' nya ketika sama2 menggayakan rambut tersebut. Lepas buat aksi potong gambo ni, baru la rambut tu bebetul terpotong. takde la muncul2 balik...
Dan selepas itu, dia pun diayat oleh sokrang awek kat kedai kopi... Dan dapat la awek.

Aku suka moral cerita nih... Moralnya ialah... Selagi tak buang kenangan itu sepenuhnya, selagi itu lah akan ada hantu rambut ekotikuih mengikut korg. Dan bila dan gunting semua kenangan masuk tong sampah... maka.. esok tu, boleh la dapat awek baru. heheh... So, selagi tak gunting, maka, susah la nak bergunting (yes yes.. mmg dabelmining)

Cerita yg seterus seterusnya.... aku tak ingat sgt. tak mengesankan, ataupun aku tak berapa paham. hahaha... Anyway, sesapa yg berminat, boleh pegi cari kat kedai dvd. Tapi sapa yg suka tgk aksi itu itu dan itu itu, mintak mahap le, tak dapek nak bagi yg berlebih2. Mmg tak banyak.

Bulan depan, aku nak tgk cerita Vicky Christina Barcelona plak. Penelope Cruz and Scarlett Johansson anyone? heheheh...

Sehingga ketemu lagi di lain cerita.