Aku plak pose tahun ni mmg takde acara bukak2 rumah. Cuma aku mengamalkan acara kalau kena ketuk, rumah boleh bukak. hahaha.. Tapi jangan lak ketuk seprais2, karang ada yg.. Surprise!! aku kat midveli.. hehehe.. dahh kena pegi midveli plak. Apa2pun, time pose ni kalau buka pose reramai mmg seronok. Bila dah reramai tu macam2 cerita la keluar. Tak cukup dengan cerita, siap leh buat kuiz lagi sebelum tido. Contoh soalan kuiz.."Epal merah dgn epal ijau yg mana lagi sedap?" huahaha..
Bercerita beramai2 ni byk topik yg boleh dibincangkan. Salah satu topik yg lately ni jadik kegemaran ialah pasal bebenda nakal dan jahat dan poyo yang dilakukan ketika masih belum akil baligh. Aku suka dgr cerita kengkawan aku sbb kebanyakannya cerita pasal aktiviti2 luar rumah yg melibatkan penggodakan parit, pembenaman anak ayam, penanaman gelang kaki yg mak bagi, perkhemahan di luar rumah dan macam2 lagi la.
Tapi bila part aku plak kena cerita pasal aktiviti masa kecik, mmg aku rasa tak payah la aku cerita. Sbb aku masa kecik mmg tak minat sangat main kat luar rumah, cam tak berapa thrill je la plak.
- Pernah kazen aku ajak main masak2, aku bosan. Sbb macam tah pape tah.
- Kalau aku main teksi2 guna mesin rumput tolak, aku terjatuh sampai berdarah kepala. Pastu takut la plak nak main.
- Kalau nak petik buah jambu/belimbing blkg umah, aku suruh je geng baik aku dulu (nama dia Faizal) tolong panjat pokok dan petikkan.
- Bila nak main pondok2 (org skrg kata role-play) pun aku bosan, sbb aku suka jadik cikgu, tapi yg jadik anak murid semua toya2 belaka, tak bagi kerjasama langsung!
- Paling kuat pun aku main ting2 la. Sbb aku suka melenting2. Tapi karang lenting jejauh koyak seluar la plak.. adeh..
- Nak main getah? Jgn harepss la.. kaki pun pendek.
Kesimpulannya aku mmg tak berapa seswai melaksanakan aktiviti2 luar rumah. Abih tu apa aktiviti aku masa kecik2 dulu?
haha... masa kecik2 dulu aku lebih gembira dan ceria mengurung diri dalam bilik baca majalah2 yg my father belikan. Zaman tu yg glamer punya majalah kekanak cam Bujal, Bambino, Dewan Pelajar, Kuntum, pastu ada satu lagi majalah poyo yg aku lupa plak nama dia.
Bila tghari aku keluar bilik, makan. Lepas makan aku masuk balik. Tak cukup dgn majalah aku, segala mala majalah mak aku cam majalah wanita, jelita, dan keluarga pun aku baca jugak. Tapi baca majalah mak aku bukan menambah ilmu pun, tujuan utamanya ialah utk menonton muka model2 yg comei2 begambo utk iklan syampu new and trendy dan jugak ubat ketiak rexona. Sapa kata membaca tak cuci mata.. cucian lebih hebat dan memuaskan.. hahaha!
Kalau cam byk je majalah yg aku dah baca, aku akan tgk tv. Mak abah aku mmg takde sekatan utk kitorg tgk tv. Tgk la sampai kol doblas pun, cuma kena pastikan kalau peksa kena score. Kalu tak score, padan muka, semua kena sekat. Itu pasal la kena belajar rerajin. Kalau malas2 belajar, nanti tak dapat tgk TV. Ha.. sesiapa yg mengatakan bahawasanya menonton TV tu tak berfaedah, pikirkan la semula. Tapi aku tak score pun abah kasi tgk tv gak. Asalkan jgn fail udah ler.
Itu la padahnya bila besar aku tak berapa pandai bersosial. Kalau makwe aku takde, aku mmg lebih rela mengurung diri dalam bilik sambil baca buku, tgk tv atau tido. Sbb mmg itu la yg dah aku buat sejak aku kecik lagi.
Aku mmg seorang yang antisosial, nerd, segitiga itam. Sbb tu aku boleh jadi lampau-obses dgn watak2 dalam cerita yg aku tgk. Aku mmg suka mengobseskan diriku dan melakukan speku-analisa yang tak menentu yang rasanya tak patut pun dilakukan. Fuh...
Jadi kalau sesapa yg nakal dan sungguh physical-oriented masa kecik2 dulu, mmg aku jaki. Sbb aku takde benda yg menarik utk diceritakan..
cis cis..