Anyway, kalau dah lebih 10 kali jumpa, setahun dua tiga kali, takkan la tak kenal2 muka lagi kan? Mungkin org itu belum jadi kawan kita, tapi muka dia sepatutnya dah terlekat dlm kepala kita.
So, harini aku nak cerita pasal orang yg berkali2 dah diperkenalkan kat kita, dah jumpa di pelbagai lokasi.. open house la, gathering la, outing la, dan dah jugak add kat facebook(!!) tapi.. masih tak kenal bila berjumpa dgn kita! Nak kata amnesia, tak pernah la pulak dengar cerita dia masuk sepital. Kengkadang ada insiden yg lagi best tu, dia pernah borak2 mesree dgn kita time jumpa yg setahun sekali tu, pernah jugak chat kat fb, maupun berbalas comment.. tapi.. ehh.. masih gak tak kenal.
Aku pernah kena dgn sorg budak ni. Pernah satu group dlm one of the courses yg aku amik dulu. Baik dgn kawan2 baik aku. Pernah je buat kerja kumpulan bersama2. Tapi bila jumpa balik.. eh.. kemain buat muka freshie. Tanya soalan macam langsung tak pernah jumpa, seperti... "U ni siapa?" sedangkan dah 3 kali jumpa member aku tu, dgn muka aku tercangak sama, lagi mau lupa! Dasar kacang takde kulit!
Ok lah.. kalau nk dipikir dari sudut positifnya, sekiranya kamu, kamu dan kamu boleh ingat dgn org yg pernah diterjumpai beberapa kali sahaja, maka bersyukurlah kerana daya ingatan anda masih kuat. Kalau tak.. jaga2 la.. akan ada org yg mengata kamu, seperti aku.
Dan utk berfikir positif jugak, mungkin org2 camni jadi pelupa (atau saje tamau nk ingat) sebab...
- Kita tak sama 'kasta' dgn dia. Almaklumlah, dia org keturunan Kapoor, sedangkan aku hanya anak jawa yg makan steamed cassava.
- Dia sudah 'insaf' dan menjadi 'bahekk'. Haha.. Ni releven utk kaum2 senget je la. Mungkin kawan kita tu dah nak kawen. Dan dah buang dan hapuskan semua ingatan terhadap geng2 senget ni. Tamau kawan dah! (er.. tapi kalau dah buang.. cari kawan lain boleh.. tolongla jgn terjumpa lagi!)
- Dia pernah buat perkara yg memalukan depan kita, yg dia tamau nk ingat sudah! Contohnya, terkentut yg power dr segi bau warna dan rasa. Well.. korg ingat ke pernah kentut depan sapa? haha
- As simple as... dia byk makan semut. Enough said...
Kesimpulannya, kena ke kita paham org2 Melayu yg mudah lupa ni, dan berlagak seperti 'si bangang i never know you' dgn mereka? Sesungguhnya, aku tamau nk paham. Tapi kalau aku pun ada buat dgn korg, maafkan aku ye.. mungkin aku adalah seperti golongan nomor tiga!
No comments:
Post a Comment