August 22, 2014

Gaduh takbest, tapi kalau tak gaduh tak selesai. how?

Dah lama aku tak menjenguk ke'obses'an aku. Ntah apa yg ditensenkan pun tatau. Ataupun bz mengecop pasport ke luar negara (India), menyebabkan aku cam malas nak pikir pasal benda lain selain keje. Sementelah apabila bulan doblas ni macam kena keluar daripada zon selesa yg dah sekian lama ni. It's time, I guess..

Anyway, harini tetiba teringat kat lagu Battlefield dr album sulung Lea Michele; Louder.
Dengar banyak2 kali, baca beberapa kali, tenung sikit... memang la lagu ni sangat sesuai dijadikan lagu tema utk perpisahan yg tak boleh dielakkan. Jom tengok beberapa bait yang membuatkan aku terhangguk2 seorang diri...

It's easy to fall in love
But it's so hard to break somebody's heart
What seemed like a good idea has turned into a battlefield

Susah kan nak meninggalkan satu perhubungan? Walaupun sebenarnya mempertahankan benda yang dah tak berapa ada tu mengundang pergaduhan je.. kan kan?

We both know it's coming
Does illusion count for something we hide?
The surface tension's gotta break, one drop is all it takes to flood out this lie

Sebenarnya apabila satu hubungan dah mula retak, dedua orang dah ada rasa. Dan akan terjadilah persembunyian perasaan.. Mungkin yg tersembunyi tu adalah rasa sedih yang takleh nak cerita, sbb kurang kasih sayang. Tapi kang bila dibentangkan di meja perbincangan, gaduh lagi. Maka, daripada gaduh... simpan sahaja la. Tapi sampai bila leh simpan... retak menunggu belah la katakan.. wuu wuuu.. sedey!
Mungkin juga yg tersembunyi tu adalah orang ketiga... tunggu masa kantoi aje. hehe

Peace will come when one of us puts down the gun
Be strong for both of us
No please, don't run, don't run
Eye to eye, we face our fears unarmed on the battlefield

Lagi tamau berpisah? Kena ada sorg yang berani mulakan dan berani mengaku untuk tinggalkan. Masuk dalam 'battlefield' dan berdepan. Walaupun sebenarnya keberanian utk bersemuka ni tak mudah ye kengkawan. Apa2pun, jangan la lari. Sbb tu nnt macam ada benda tak habis. Dan itu tak bagus, kerana ia seperti buang air tak basuh (kot..).

Akhir kata...

You and I
We have to let each other go
We keep holding on but we both know
What seemed like a good idea has turned into a battlefield

Kesimpulannya... tak senang nak bertahan.. tapi tolong jangan berperang ok. Sakit memang sakit, tapi hakikatnya, semua orang berhak untuk bahagia. Bukan sahaja yg ada orang ketiga, malah yg diduatigakan tu pun boleh berbahagia di samping orang yang lebih sesuai (dan best!).


Sekarang aku nk cite pasal Lea dgn Dianna. Sapa tak suka baca pasal diorg leh berenti kat sini...

Anyway, aku suka nak ckp lagu ni sesuai dgn hubungan Lea dgn Dianna. Sbb diorg cam gila rapat oke, pastu macam gado sampai tak rapat langsung... Macam, gile berubah perubahan korang. Adakah mereka takut diketahui ramai sebagai pasangan senget dan memusnahkan karier masing2?

oh oh.. ada satu ayat dlm lagu ni...

Feelings are shifting like the tide
And I think too much about the future

Perasaan berubah sebab terlalu memikirkan masa depan? Maksudnya, karier? huhu...

Seronoknye berspeku di pagi2 hari... ngeh ngeh.
Lagi seronok kalau korg pi dengar lagu ni kat sini...
(saje je kan, bagi link yg ada gegambo Achele. ahaha)

Sekian...

August 19, 2014

How come you don't know me? How wow you!

Aku rasa masih ramai lagi manusia sekarang yg bersosial di luar rumah secara fizikal, dan bukan secara virtual sahaja. Dan bila bersosial di luar rumah, ada la kita diperkenalkan dengan kawan atas kawan, atas kawan. Dan byk juga masanya, yg kita dah jumpa berkali2 dgn org tersebut, tapi org tu masih tak jadi kawan kita, sebab dia cuma kawan kepada kawan kita. Haha.. mateila berbelit. Tapi, aku rasa korg paham la kan? hehe

Anyway, kalau dah lebih 10 kali jumpa, setahun dua tiga kali, takkan la tak kenal2 muka lagi kan? Mungkin org itu belum jadi kawan kita, tapi muka dia sepatutnya dah terlekat dlm kepala kita.

So, harini aku nak cerita pasal orang yg berkali2 dah diperkenalkan kat kita, dah jumpa di pelbagai lokasi.. open house la, gathering la, outing la, dan dah jugak add kat facebook(!!) tapi.. masih tak kenal bila berjumpa dgn kita! Nak kata amnesia, tak pernah la pulak dengar cerita dia masuk sepital. Kengkadang ada insiden yg lagi best tu, dia pernah borak2 mesree dgn kita time jumpa yg setahun sekali tu, pernah jugak chat kat fb, maupun berbalas comment.. tapi.. ehh.. masih gak tak kenal.

Aku pernah kena dgn sorg budak ni. Pernah satu group dlm one of the courses yg aku amik dulu. Baik dgn kawan2 baik aku. Pernah je buat kerja kumpulan bersama2. Tapi bila jumpa balik.. eh.. kemain buat muka freshie. Tanya soalan macam langsung tak pernah jumpa, seperti... "U ni siapa?" sedangkan dah 3 kali jumpa member aku tu, dgn muka aku tercangak sama, lagi mau lupa! Dasar kacang takde kulit!

Ok lah.. kalau nk dipikir dari sudut positifnya, sekiranya kamu, kamu dan kamu boleh ingat dgn org yg pernah diterjumpai beberapa kali sahaja, maka bersyukurlah kerana daya ingatan anda masih kuat. Kalau tak.. jaga2 la.. akan ada org yg mengata kamu, seperti aku.

Dan utk berfikir positif jugak, mungkin org2 camni jadi pelupa (atau saje tamau nk ingat) sebab...

  1. Kita tak sama 'kasta' dgn dia. Almaklumlah, dia org keturunan Kapoor, sedangkan aku hanya anak jawa yg makan steamed cassava.
  2. Dia sudah 'insaf' dan menjadi 'bahekk'. Haha.. Ni releven utk kaum2 senget je la. Mungkin kawan kita tu dah nak kawen. Dan dah buang dan hapuskan semua ingatan terhadap geng2 senget ni. Tamau kawan dah! (er.. tapi kalau dah buang.. cari kawan lain boleh.. tolongla jgn terjumpa lagi!)
  3. Dia pernah buat perkara yg memalukan depan kita, yg dia tamau nk ingat sudah! Contohnya, terkentut yg power dr segi bau warna dan rasa. Well.. korg ingat ke pernah kentut depan sapa? haha
  4. As simple as... dia byk makan semut. Enough said...
Kesimpulannya, kena ke kita paham org2 Melayu yg mudah lupa ni, dan berlagak seperti 'si bangang i never know you' dgn mereka? Sesungguhnya, aku tamau nk paham. Tapi kalau aku  pun ada buat dgn korg, maafkan aku ye.. mungkin aku adalah seperti golongan nomor tiga!

August 13, 2014

Happy Anniversary!

Happy anniversary BooBoo!
Saya tak cukup hebat untuk mengingati dan menyambut ulangbulan. Maka ulangtahun pun kira ok la kan.

Terima kasih di atas 7 tahun yang penuh bermakna.

Some say life begins at 40 (which was not long for me now anyway!).
But rest assured, my life restarted with your presence.