September 27, 2013

Kitkat oh kitkat

Td tergatal tgk website pasal kitkat dgn perisa2 pelik dari Jepun. Masa aku gi jepun dulu, mmg itu la keje aku... Cari kitkat perisa pelik. Memula tu adik aku la kenalkan, dia bwk blk melesia perisa matcha (green tea). Aku pun terus sangkut. So bila gi sana, asek cari perisa green tea sahaja! Eskrem, kitkat, dan segala mala cekelat yg berwarna ijau, sume ai suke! 

Anyway, berbalik kepada kitkat, setakat ni perisa yg pernah aku makan ialah...

1. Matcha - ni kat melesia pun dh byk, cold storage pun ado



2. Matcha sakura - katanya ada bunga sakura dlm teh tu? Tp rasa cam xde la pelik sgttt..



3. Ais krim - mmg rasa mcm eskrem vanilla, siap dgn kon dia sekalik yg dh hancor2.


4. Buah Pear - buah pun jadik... 


5. Puding Labu - ini time halloween je yg ada. So, pegi la bulan october yea..




6. Dark coklat - x pelik punnn...?


Ok, so ni yg aku pernah terjumpa. Sbb kitkat ni seasonal kat sana, so, kena la dok bertahun2 utk mkn semua perisa yg ado.. Oh, klu x pun, gi la cari kat shojikiya. Untung sabut timbul...

Dan aku baru tau ada jugak kitkat perisa wasabi, cili dan... Wait for it... KICAP!
Haha.. Tah apa la rasanya ek. Tapi, kalau dia gunakan kicap jalen, mesti bebudak plkn bawak gi kem. Hahaha!

September 18, 2013

Peace.of.mind.

Tetiba nak tercerita pasal ketenangan diri. Dan secara spesifiknya, ketenangan diri dalam relationship aku. Dengan penuh rasa syukur aku rasa sekarang relationship aku adalah dalam keadaan tenang. Peaceful. Harap2, akan terus begini sampai bila-bila...

Kenapa aku kata tenang? Adakah aku langsung tak bergaduh? Atau boo dgn aku sangat happy go lucky sehingga pun muka macam org hisap ganja? Oh no.. pergaduhan, perselisihan faham, tergigit lidah (ehem) itu adalah lumrah dalam domestic partnership. Bila dah duduk serumah tu, apa je yg tak nak gaduh. Ni bukan setakat serumah, satu opis jugak. lagi la kan.. haha..

Yg aku maksudkan ketenangan ini adalah, alhamdulillah, setakat ini aku tidak dibebani dgn perkara2 yg membuatkan macam ada buah durian dalam dada.

Pernah tak korg rasa macam ada benda tersekat kat dada? Rasa macam sesak napas. Rasa macam nak kena cakap, tp takleh nak cakap. Nak diluah, tp taktau nak luah kat sapa. (untong skang ni ada fb, maka boleh la meroyan kat situ... haha). Perasaan ni jadi sakit sbb kita sendiri tak tau apa sebabnya. Ataupun, kita tau, tapi tak mau nak mengaku sbb mengaku membuatkan hati jadi lagi gila. Maka utk mengelakkan kegilaan, bertahan sahaja la.

Aku juga tenang sekarang sbb aku pasti dan yakin kami saling sayang menyayangi. Jadi kalau berselisih faham ke, apa ke... penyelesaian yang utama bukanlah perpisahan. Sakit kan sebenarnya kalau bila setiap kali kita bergaduh je, kita rasa nak clash. Gaduh je terus dibebani rasa macam..
"Alamak, matila. Abisla aku kena tinggal lepas ni." ataupun jenis yg sentiasa rasa tak pueh hati akan cakap...
"Dets it la. 3 hari lagi aku tuntut cerai!!."
Tapi bila sampai masanya, lembek lutut jugak. haha..

Dan ketenangan aku juga ada disebabkan oleh si dia yang tak pernah mengugut atau memaksa aku berbuat apa2 yg melampaui kehendak dan kemahuan aku yg terhad ni. Tak sakit ke jiwa korg kalau ada partner yg jenis...

"Kalau u tak naik pangkat sampai tahun depan, kita clash!" ataupun, jenis yg cakap camni...
"Sekali lagi i nampak u mandi tak tutup pintu, i tinggalkan u." ataupun yg ckp lembut sket...
"Saya ni kalau dah jumpa lelaki yg sesuai, kita.. ermmm.. paham2 la ye.."

Adeh... pedih. Setiap hari dibebani rasa yang macam.. anytime we're over! Hidup dalam ketakutan, dikejar bayang2 sendiri. (cewahh).

Ye, memang la kan.. hubungan macam kita ni tak kekal lama. Tapi, kasi can la utk org2 macam aku ni rasa tenang. Aku ni jenis org yg rasa, ye.. memang benda tu pasti datang, tapi tak perlu la setiap saat setiap masa semua org nk ingatkan aku. Kalau korg rasa, cara untuk mencari keyakinan diri dgn cara bercakap tentang kekurangan orang lain, aku cadangkan sila meroyan kat fb. Ataupun tulis blog macam aku. haha.

Anyway, pokok pangkalnya, kalau orang lain gembira, kita pun boleh gembira. Kalau orang lain meroyan, motif kau nak ikut meroyan jugak? Semua orang dah dewasa akil baligh dan pandai beli pantyliner sendiri, bertanggungjawablah atas keputusan dan kehidupan masing2. Jgn susahkan hidup orang lain, dan jangan cari pasal nak susahkan hidup sendiri.

Dan.. akhir kata (mcm surat daa), aku nk ucapkan jutaan terima kasih kepada boo yang selama ni sanggup terima aku seadanya dan tak pernah nak ugut aku dengan perkara2 yang takbest. Ugut kecil2kan macam tamau gosokkan baju tu, tak kisah la kan.. dia kalau ugut nak tinggalkan tu yg pedihhhh rasanya.

Thank you baby boo. I hope we will continue to complete each other. May all your dreams come true and for better or worse, I wanna be the wind beneath your wings, till death do us part...

Ku ulangi...
Kau yakini hati ini kerna aku cinta kamu.
Hari hari aku kan menjadi hari kamu.

Happy birthday, Boo...

September 11, 2013

Pembaca buku dan elektronik katanya

Sapa je x suka membaca? Kan. Kalau x baca buku, baca papan tanda jalan, iklan kat notice board depan lif, maupun sms org lain. Haha..

Anyway, sbb aku makin lama makin gile suka baca fanfic, maka terus terasa teruja cari device e-reader.

Setakat ni pengalaman aku adalah menggunakan ipad. Apps ibook dlm ipad mmg sangat best, dgn built in dictionary yg easily accessible. Ipad membolehkan korg baca ebook dlm version epub dan pdf. Lepastu rak buku dia membolehkan korg simpan dan akses mana2 pdf yg pernah korg bukak. Contohnya, kalau ada yg pernah cari doa awal/akhir tahun, simpan je kat sini. Tahun depan bukak je balik. Xyah kecoh2 nk google semula. Almaklum baca pun setahun sekali. Haha..

Pastu kalau ada download buku dlm format epub, sync la guna itunes, nnt pandai la buku tu masuk. Kalau malas nak sync macam aku, aku email kat diri sendiri, pastu bukak email tu kat ipad. Nnt pandai la buku tu masuk sendiri.

Kalau ada yg berminat nak beli buku dr ibooks library, ini ada masalah sket. Tapi aku so far dpt lawan masalah tersebut, sbb aku punya apple id registered guna alamat US. Korg amik je la alamat mana2 kedai kasut kat US, harap2 diorg x check. Asalkan kita leh download. dan lepas tu sila la gunakan US store, jgn dok kat Malaysian store.

Kalau buku tu berbayar, leh la guna credit card. Tapi aku kedekut. Forex rate bank berubah2, so aku lebih prefer beli itunes gift card utk US store, pastu purchase je tanpa perlu guna ccard. Gift card ni mcm debit card la. Tapi macamana nk beli itunes gift card? Setakat ni dah few times aku beli kat http://www.sk2stall.com . Servis pantas, rege pun ok la, utk usd50, bayar rm170 je.

Dengan adanya kad ini, Dah byk buku2 senget yg aku berjaya donlod. Bukan senang nk dpt buku senget kat Malaysia deknon! Nnt la satu hr yg hening, aku uar2kan koleksi ebook senget aku, dan sesapa nk beli, ai boleh jual! Ada yg berminat ke? Hehe

Tapi problem ipad ni ialah, ia besar! So, mungkin ipad mini adalah device yg lebih sesuai utk avid reader. Portable dan bila terhentak hidung, xde la sampai lebamm.

Selain ipad, skang ni byk je org baca ebook kat tipon, dan tablet2. Cuma, aku x rasa android ada apps yg best utk ebook. Kak kebun baca pakai moon reader. Personally aku x rasa itu best. Haha.. Ai mmg x berapa reti android. Sesapa tau apps yg best, sila la share ye.

Device lain seperti kindle (yg dikeluarkan oleh Amazon), mcm lebih menyusahkan utk manusia di Malaysia, wpun dia dikatakan best e reader. Satu lagi device, Nook, keluaran Barnes & Noble, yg ni katanya not so bad, wpun tak support di Malaysia, maybe bole crack atau guna teknik mcm ipad. Tgk la nnt, kalau ada benda ni, aku leh review lagi.

Oh oh, fanfic reader, boleh ke website https://www.flagfic.com/ kalau nk donlod fanfic kegemaran korg dlm bentuk epub, etc. senang uols, sambil memerut leh baca fanfic, x payah intenet bagai.

Akhir kata, jom la kita membaca! Hehe