November 8, 2012

Legalization of Same-Sex Marriage...

Selepas US election semalam, ada beberapa state yang memerlukan undi rakyat jelata untuk membikin same-sex marriage menjadi sah. Dan yang aku tahu sekurang-kurangnya ada 2 state yang dah menyokong same-sex marriage disahkan di negeri2 tersebut.

So, sekarang ni dah ada 8 kot state yang membenarkan perkahwinan sesama jantina kat US. Maka, sesapa yang rasa nak kawen tu, boleh la pergi melawat New York bebila, dan berkahwin di sana. Cuma korg agak boleh ke jumpa tok kadi kat sana? haha... Kawin atas kertas je la kengkawan. hehehe..

Dan kalau rasa payah beno nak apply visa masuk US (ye.. memang leceh lagi melecehkan apply visa US, rasa nak tendang2 pintu pagar embassy!!), maka korg pegi la kat Spain ye.. sbb dengar cerita, same-sex marriage kat sana dah masuk dalam perlembagaan. Keluhuran perlembagaan gituu..

Macamana plak kat Malaysia? Walaupun aku rasa aku ni senget tegarrr dan sangat2 suka bermonogami serta komitted dengan pasangan aku yang seorang itu, tapi sekiranya ada orang di Malaysia ni yg bermati-matian nak mengesahkan perkahwinan sesama jantina kat sini, rasanya aku akan tak setuju jugak.

Sebab yang pertama, kerana Malaysia adalah negara yang mengambil Islam sebagai agama rasmi. Dan majoriti bumiputera di Malaysia adalah org yang beragama Islam. Tak kisah la korg praktiskan ke, tak ke ajaran Islam tu, tapi bila mati, tetap nak di tanam kat perkuburan Islam.

Jadi kalau ada sesiapa yang mahu perkahwinan sebegini di anggap sah di sini, dah tentulah semua rakyat di Malaysia ni tau akan kewujudan gay yang melakukan hubungan seks. Rakyat malaysia tu termasuklah mak bapak dan ahli keluarga aku sendiri. Konfem diorg tamau terima aku. Jadi aku akan hilang keluarga. So, biarlah aku berpura2 sahaja di luar, asalkan diterima ramai. Tapi tu, alasan aku secara persendirian la kan.

Kalau nak diikutkan alasan yg lebih menyeluruh, aku amik konsep Justin Bieber. Kalau orang tu ramai yang suka, mesti sebenarnya lebih ramai yang benci. Jadi, sekiranya same-sex marriage menjadi popular di sini, mesti ramai yang gembira, tetapi lebih ramai yang akan menyampah. Kalau dulu lelaki menyampah sbb kita leh ngorat perempuan yg comel2, tapi sekarang, bertambah menyampah sebab kita boleh kawen dengan perempuan yang dia suka. Sejujurnya, aku tak sanggup tengok kengkawan aku menjadi mangsa kebencian yang tak dinafikan boleh menjurus kepada hate-crime. Kalau korg baca Metro sekarang ni, Malaysia tak sunyi daripada hate-crime. Tgk je la berapa ramai manusia yang dah disimbah asid...

Jadi, kalau ada yang kata, sbb aku senget, maka aku sepatutnye menyokong parti politik yang memperjuangkan kesengetan, telahan anda salah ye. Saya tak rasa parti politik tersebut kalau menang pun mampu membawa perubahan terhadap orang2 senget ni. (tapi itu saya, bukan kamu...).

Apa yang aku mahu di Malaysia ni, kita bebas berfikir dan berorientasi seks sesuka kita, tanpa mengganggu ketenteraman orang ramai. dan tanpa orang ramai mengganggu ketenteraman kita. Ini lah yg dikatakan 'ignorance is bliss'. Ambil kesempatan di atas orang yang tidak mahu ambil peduli kat kita. Diorg biarkan kita, kita buat hal sendiri. I tak kacau u, u tak kacau i... syudeh.

Tapi kalau aku kat US, mustilah aku sokong same-sex marriage, bukan untuk aku, tapi untuk warga majoriti di sana yang boleh kawen ikut cara sesuka hati diorg... Mungkin juga kalau aku kat sana, aku pun tak kawen, sebab aku masih lagi fikir yang aku orang Islam. Cukup2lah bebenda tapape yang aku lakukan selama ni...


5 comments:

soren said...

hey

thanks for writing about this. i am a muslim malaysian gay woman too and i support gay marriage. or just marriage i guess. the crux of the matter lies in the fact that i want to be in a halal rship which can only be done by niqah. of course current islamic understanding is not inclusive of that.

Anonymous said...

kapal, well said!! mcm biasa, kita berada dalam track yg sama, tak menyokong same-sex marriage..

copy and paste le kat forum..

.: @nn3!xor@ :.

Anonymous said...

how can i join the sengetians?

sekapal said...

nak join sengetians, kena register dulu, pastu tulis esei bertajuk 'Kenapa Sekapal best' hihi..

Anonymous said...

jangan mengaku islam kalau sokong same sex marriage, jangan jadi umat yg terlaknat membuat maksiat atas bumi ni :D