November 21, 2012

Istanbul tu hapa?

OK... aku baru tadi tgk cerita Istanbul Aku Datang. Dan datangnya aku kat TGV dengan sepenuh harapan bahawa cerita tu akan jadi best.. sweet... lain dari yang lain.. bla bla bla... sebagaimana yang diuar2kan oleh orang ramai yg dok sakan puji Lisa Surihani kat twitter.

so... fine.. duduklah aku dgn boo boo kat pawagam.

Keluarlah adegan2 Lisa... dgn monolog2 comelnya. Erm... tetiba terpikir, agaknya lah, bila Rafidah Abdullah menulis cerita ini, adakah dia memang letak Fazura dalam kepalanya? Sebab kalau lah dialog2 itu dikeluarkan oleh Fazura, dengan mimik mukanya dan kening terangkatnya itu, mungkin lebih sesuai. Tapi kang, ada lak yang mengata, terlalu sinonim la pulak gandingan Bernard Chauly-Rafidah Abdullah-Fazura. Tahniah la jugak sebab mereka berani gunakan Lisa sebagai pelakon wanita utama. Cuma bagi aku, tak berapa kick Lisa dgn dialog2 camtu atas sebab2 yg aku pun tak pasti. Tapi bak kata boo.. Lisa cam garang sket, so tak masuk sgt.

Moving on... bila ada muka Tomok keluar, lagi la macam tak masyuk. Mungkin cermin mata besarnya dan mukanya yg tak berapa besar, menjadikan segalanya tak proportionate dan aku lebih byk cringe tgk muka dia. ish...

So, setakat sepertiga cerita, macam tak rasa best lagi. Bila orang2 lain gelak (esp. bebudak perempuan skol-gal yg dtg panggung secara berjemaah), aku takleh paham. Ada masanya boo pun gelak, tapi aku tak. Eh, samting wrong dgn aku ke? Tapi lepas tu memujuk diri, ok takpe, mungkin bila hero abe Beto keluar, maka ceerita akan jadi best. In a way, ok la, Beto kira ok la jugak. Tp aku still tak rasa best.

Oh, oh.. the only scene yg aku tergelak besar2an adalah scene pelangi dan 'orang ria'. yg mana aku rasa suara aku yg paling kuat kot.

Lepas tu baru sedar... OMG, adakah aku tak rasa cerita tu best sbb aku senget???? Hmmm... mungkin jugak la.. tapi ada gak cerita cinta stret sblm ni yg aku suka. Esp. cite omputeh la... Contohnya cite Bridget Jones yg mana ada satu perempuan dgn dua lelaki... aku nak dia pilih Mark Darcy. Seronok je aku tgk cite tu.

Anyway, sesapa yg kata cerita tu sangat best dan mengesankan, aku mintak maaf, mmg tak menjadi kat aku. Tapi kalau aku tetiba berangan nak menulis skrip, mungkin itu yg patut aku pikir.. apa yg org lain suka, bukan apa yg aku suka. hehe.

Dan ini adalah perbualan aku dgn budak opis yg pi tgk cite tu 2 kali, dan mengaku bergenang air mata bila tgk salah satu scene cerita tu...

Aku: Part mana yang sedih cerita tu?

Budak kurus kat opis: Part yg dia kata bila dua jiwa sudah sebati tu.

Aku: Masa diorg duduk tepi laut tu? (pelik.. scene duduk pun sedih)

Budak kurus kat opis: tak, masa lepas bagi barang kat depan rumah tu.

Aku: Kat dalam rumah? Kat depan teksi? (masih takleh tangkap.. gile lembab)

Budak kurus kat opis: Dah lah.. u mmg tak faham perasaan dia masa tu.


haha.. terus ai blah.. dan mengukuhkan pendapat aku, yg aku ni senget sbb tu aku tak dapat perasaannya...
dan kemudiannya..

Budak kurus kat opis: Kapal kata dia tak jumpa cari scene sedih...

Budak opis berbuipren omputeh: Hah?? Tak jumpa? Dia cari dgn mata ke dengan apa?


ahahah... i rest my case...

Tapi.. all in all.. cerita tu berbaloi la jugak utk ditonton, sbb dialognya tersusun ok je.. takde la menggunakan bahasa pasar dan terjerit2 melampau.

Boleh la nak pegi tengok... dan tolong lah carikan aku scene yg sedih itu. Sekian.






1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.