November 28, 2011

Cinta pertama

"First love is the most memorable, but it might not be the greatest..."

hah! itu ayat yg boo boo ckp masa dalam kereta tadi. Tak sangka kome skang ek boo boo.. pandai bermain kata2. eceh. hehe

anyway, ada benarnya jugak kata2 dak boo tu. Memang sampai skarang ni, ramai je di antara korg yang tak dapat melupakan cinta pertama. Ye lah kan, orang pertama yang sanggup membalas rasa cinta yang membuak2 di dalam diri ini. Orang pertama yang membenarkan tangannya kita pegang dengan penuh rasa kasih sayang.. Dan juga mungkin ciuman pertama.

Lebih2 lagi kalau set2 senget macam aku ni. Ingat senang ke nak lupa orang pertama yang memberikan kita keyakinan yang macam.. 'Yes! Ada juga perempuan yang membalas perasaan ini.'

Tapi bagi aku, memori itu hanyalah setakat itu sahaja. Kalau jodoh tak kesampaian, segalanya tinggal kenangan. Dan katalah kalau kita move on dan memilih untuk bersama dengan orang lain, yang pertama takkan di lupa, tapi takkan lah sampai kita terlalu taksub dengan yang pertama sampai sendiri menganggap pasangan sekarang ni sebagai melepaskan batuk di tangga. (batuk? hehe)

Sebagai contoh la, ni ada sorg budak senget ala2 butch yg aku kenal, (yg bukan ahlul sengetians pun, so korg takyah la nak speku2..)

Skang ni dia ada gf lah kiranya. Selalu la cite2 pasal gf dia ni dengan tanpa segan silu.. seperti bercerita pergi membelikan lingerie Victoria's Secret kat gf nya.. dan lain2 cerita lagi lah.

Tapi kalau tetiba terbukak kes pasal nak cari lain, dia pun sama naik jugak lah bercerita itu dan ini. Sepertinya tak berpuas hati dengan pasangan yg sekarang. Dan macam teringin lah sangat nak mencari lain

Setelah aku intai2 dari wartawan Melodi, kenapa dia ni cam pepelik sebegini, akhirnya aku diberitahu, cinta pertama dia, terpisah kerana si ex itu kena berkahwin. Aku pun macam.. ooo.. patut la ko jadik ala2 angry bird yg takde bird. haha...

In a way... aku rasa dia ni cam sedih gile la takde gelpren yang boleh menyamai kualiti ex dia yg pertama tu. Tapi, kalau dipikirkan macam tak adil la kan.. kau masih lagi nak ada gelpren skang ni, dan dlm masa yg sama.. komplen2 itu dan ini, dan menjadikan kekurangan awek tu sebagai alasan nak cari lain. haih...

Kesimpulannya, kalau kita dah pilih org tu, mesti ada kualiti pada dia yang menambat hati kita (and vice versa...). Jadi, jgn la tumpukan perhatian kepada kekurangannya, sebaliknya, cuba dalami kualiti yang ada pada dirinya.

Akhir kata... yes, I might not be your first, but let me be your greatest...



6 comments:

Dil said...

i might not be the first, but let me be your last and forever.

Kahkahah..hehehhe bagus entry ko.Mak sukak

Anonymous said...

so schweettt...

sekapal said...

eceh.. ayat tu power gak tu Dil. hehe

Anonymous said...

angry bird yang tak de bird?? hahahahahaha..sumpah lawak! :D

isma said...

seriously, i believe in first but i dun believe about last and forever..no one knows what lies ahead..kan?

iHEARTandro said...

Kesian kat gf yg jd mangsa rebound relationship ni :(