November 29, 2011

Jangan kau keluarkan aku dari almariku!

Sebenarnya aku dah lama macam nk tulis pasal Santana dan orientasi seksnya dan juga konflik dalaman yang dialami olehnya. Utk sesapa yg tak tgk Glee season 3, dan tak berniat nak tau pasal spoiler, boleh la beredar sekarang...

Anyway, berbalik pada kes Santana. Sesapa yg menonton Glee, episod ke-6, yang ditayangkan pada minggu lepas, Santana ditunjukkan sangat bitchy dan mmg dia selalunya macamtu la kan. Tapi mulut tak insuransnya mengutuk Finn macam2. Tapi knowing Santana, mulut dia memang macamtu pun.

Finn yang sakit hati plak, dengan selambanya cakap kat tengah2 hallway  kat sekolah diorg suruh Santana come out of the closet.  Dan ini sesungguhnya memalukan dan menyakitkan hati Santana sebab dia memang tak bersedia untuk mengaku dia seorang "Lebanese".


Aku baca2 forum, tumblr, dan merata2 tempat lagi, ada banyak pendapat berbeza tentang kes ini. Ada yang kata, memang patut pun Santana kena macamtu dengan Finn sebab dia sesenang je kutuk2 orang lain.
Manakala, rata2 para2 lesbian berpendapat adalah tak patut Finn outkan Santana macamtu, sebab hal2 berkaitan orientasi seks ni sangat2 peribadi.

Tambahan pulak lepas Finn buat macamtu, Santana kena panggil dengan cikgu2 yang offer bantuan la, kaunseling, etc etc. Scene Santana sedih dlm bilik Sue Sylvester memang benar2 membuat aku tersentap, sebab aku pernah melalui pengalaman macamtu masa aku sekolah dulu... Kena panggil dengan cikgu sebab ada org lain mengadu yang kita ni senget.

Bukan satu dua cikgu yang jumpa aku dulu.. warden, ustaz, ustazah, homeroom teacher, semua ada. Masa jumpa dgn ustazah2 tu, aku rasa marah dan sakit. Sebab mereka tak berniat pun nak faham kita. Yang diorg nak sampaikan, ialah apa yang aku buat tu berdosa, salah, dan aku kena berhenti.

Tapi bila jumpa dgn cikgu homeroom aku, pendekatan dia berbeza sikit. Dan masa jumpa dengan dia, aku rasa sedih, rasa bersalah... pada diri sendiri dan pada mak bapak. Masa tu la rasa macam aku ni pelajar yang tapape. Siap boleh beromen2 dgn rakan sejenis lagik. ish ish isshhhh!!

Org yang senget mesti boleh bayangkan betapa sakitnya rasa hati, kalau di out kan oleh orang lain, di saat kita sendiri tak bersedia utk meng-out-kan diri sendiri. Bukan nak kata out, masa tu nak menerima diri ni senget pun bukan main susah lagi. Bergaduh2 pemikiran dengan perasaan.

Jadi kalau ada org yang kata Santana saja emo melampau sebab Finn cakap macamtu, memang aku rasa nak lempang. Sama macamana Santana lempang Finn.

Tetiba aku teringat pulak budak muka selipar yang mengadu pasal aku kat warden pasal aku berkelakuan sumbang kat sekolah dulu. Bahagia hidup kau sekarang kan? Kau tak tau macamana sakitnya jiwa aku masa kau bawak cerita pasal aku dulu. Dan jangan risau, walaupun aku mmg tergolong dalam orang yang tidak baik, dan melakukan perkara yang dilarang oleh agama, aku tetap takmau maafkan kau. Ingat tu Bedah!

Bila dah bebesar ni, dah boleh buat apa yang aku suka, dah boleh menerima diri sendiri, dan menentukan akidah serta pegangan hidup aku.. semua pengalaman lampau tu, jadikan memori indah dan tak indah yang hanyalah sebagai asam garam kehidupan.

Okay.. sesiapa yang berminat menonton perkara yang berlaku kat Santana's sexual orientation setakat minggu lepas, boleh la tgk video di bawah. Dan lihat la juga kehebatan Adele mash-up oleh The Troubletones... yeah!



 
"Not just the school you idiot... Everyone!"
Naya memang best!!!


1 comment:

nn said...

adele's mash up tu best

and santana kejam tapi finn memang tak patut buat macam tu

and bila teringat zaman sekolah kena panggil dengan cikgu semua tapi achievement is the best revenge.