June 21, 2011

Apa lagi yang kamu mahu?

Adalah satu fenomena yang mengerikan apabila pasangan yang sudah bersama selama berbelas2 tahun, akhirnya tunduk pada masalah dalam perhubungan, dan mengambil keputusan untuk berpisah.

Ngeri, sebab takut perkara yang sama berlaku jugak pada aku dan pasangan. Eh, bukan ke aku pernah mencecah umur hubungan berbelas tahun yang akhirnya putus?
Huhuh.. Sebenarnya, untuk aku, adalah ketakutan dan kengerian kerana tidah mahu pisang berbuah dua kali. Aku sangat-sangat berharap hubungan aku dengan Boo akan bertahan sampai mati.

Petang tadi aku dengan dia berborak-borak sebelum tidur... Saja nak cari jawapan dan persoalan kenapa pasangan yang dah bersama selama bertahun-tahun lamanya; pasangan yang dah (secara zahirnya) boleh diterima oleh keluarga masing-masing; pasangan yang sudah ada banyak komitmen dan juga hutang di atas nama bersama... boleh mengambil keputusan untuk berpisah.

Secara senangnya, nak je aku simpulkan bahawa salah seorang daripada mereka, mengalami masalah seven(teen) years itch yang merasakan pasangan mereka tidak lagi sesuai untuk mereka. Bak kata celebrity kat Barat tu... 'irreconcilable differences'. Memang kes dah tak ada keserasian bersama. Jadi daripada menyeksa diri sendiri, adalah lebih baik tinggalkan je cinta yang dah tak seberapa itu, berpindah kepada potensi yang lebih memberansangkan.

Tapi itu kalau nak simpulkan secara mudah. Dan emosi manusia tidaklah semudah itu.

Lepas kitorg borak2, ada satu masalah yang kami rasa menyumbang kepada keruntuhan 'perhubungan' kita2 yang senget ni setelah beberapa belas/puluh tahun bersama. Faktornya ialah apabila mereka mula bercinta semasa zaman belajar.

Semua orang boleh faham rasanya, pemikiran semasa study dan juga selepas berkarier, memang tak sama.

Masa belajar dulu stress sebab nak exam. Paling bangang pun, stress sebab sakit hati dengan pensyarah yang kedekut markah, pensyarah yang bagi kow2 masa pembentangan tesis. Ataupun sakit hati dengan budak yang nak mengorat partner kita. Kiranya, tekanan yang takde la teruk ke mana.

Tapi bila dah bekerja, dan makin banyak faktor yang masuk campur. Keinginan untuk dapatkan pekerjaan yang boleh dipanggil 'karier'; nafsu untuk mengumpul harta dunia (nak rumah sendiri, nak kereta besar, nak pakai smartphone, nak baju branded, nak melancong ke luar negara..).

Itu baru bab keinginan di waktu dewasa, tak termasuk lagi tekanan yang melanda orang dewasa. Tekanan dengan politik di tempat kerja, tekanan bila melihat rakan2 yang lebih berjaya, tekanan keluarga yang tak habis-habis tanya bila nak kahwin... tertekan! tertekan!

Dan apabila ada keinginan dan tekanan yang pelbagai ini, mula lah perangai pun dah tak boleh nak sama macam semasa belajar dulu. Dan masa itulah pasangan (ataupun diri kita sendiri) mula merasakan...
"Awak sudah tidak seperti yang saya kenal dahulu."
"Kenapa susah sangat awak nak faham kerja saya?"
"Kenapa awak tak boleh jaga saya macam si polan dan si anu?"
"Saya sepatutnya 'hubby' awak, tapi saya sedih bila gaji awak lagi besar daripada gaji saya."
"Keperluan saya awak tak hirau. Dan rasanya si 'dia' lebih pandai menjaga saya."

Pernah tak anda merasa sebegini dengan pasangan jangka panjang anda? Kalau pernah, macamana yang selesaikan masalah sebegini?

Yang penting kerjasama dan komunikasi, serta toleransi, itu yang kita perluuuu (macam lagu daaa). Masalah akan jadi lebih buruk, kalau masing-masing memendam perasaan masing-masing. Atas alasan, kesian kat dia. Dah lama bersama, jadi tak sampai hati. Ataupun kesian dia sebab kerjaya dia tak sehebat kita, kesian dia.. kesian dia.

Lama-lama, masing-masing asyik menyimpan perasaan, dan terjurus lah kepada kes mengadu masalah kepada orang lain. Dan kebetulan orang lain pula menyimpan perasaan terhadap si pengadu, dan terjadilah perhubungan sulit.

Semakin lama, luka semakin bernanah. Isu semakin melambak. Masalah tidak di tangani. Perhubungan semakin renggang. Masing-masing melayan perasaan masing-masing, tanpa ada rasa untuk berkongsi. Komitmen semakin bertambah, komunikasi semakin berkurang.

Akhirnya, apabila tidak dapat ditahan lagi, akan ada yang akan ingin memutuskan hubungan. Alasan paling mudah ialah kerana orang ketiga, yang lebih memahami dan lebih mampu memuaskan nafsu duniawi. Yang mana, kalau difikirkan, kenapa dia sanggup nak membuang segala keselesaan dan kehidupan yang dah dibina bersama? Kenapa selama ini sanggup hidup dengan tanpa komunikasi, tapi sampai satu tahap tak mampu juga bertahan?

Ataupun, adakah sebenarnya alasan memutuskan hubungan ialah.. "Sebenarnya aku takde la suka sangat kat dia tu. Masa sekolah dulu, test2 power, sekali tu lekat, kapel je la." My oh my, can you be more selfish?

Dan akhir kata, siapalah aku nak menasihatkan supaya seseorang itu mempertahankan hubungan yang semakin meruntuh. Cuma pada pendapat aku, dengan adanya ketelusan dan kejujuran dalam perhubungan, banyak isu yang boleh diselesaikan.

Jangan sampai nasi menjadi bubur, nanah menjadi barah, ulat menjadi rama-rama... baru nak di selesaikan masalah itu. Bila sudah terlambat, sedarkah anda bahawa anda juga telah sedikit sebanyak mengubah kestabilan rakan-rakan dan keluarga anda juga?

7 comments:

Jouhaiichi said...

wuwuwu .. sedih dan takut wuwuwu

apa pun enjoy each day as it comes, itu je

Unknown said...

sekapal wat sha nangis lor....
xbek...
takuik sha...
sha study lg....
bercinta dgn org berkerjaya...
ti sha akn gtu jgk ker...?
pilu n sebak nye sha...
sha xnk jd gtu....
sha ikhlas cintakan dier......

Anonymous said...

dia memang utamakan karier dia. saya masih boleh faham kalau pasal karier. even bila dia start bagi ayat "you are being pushy" atau "i am not the kind of person who's into long term kind of relationship"; saya masih bertahan. dan terus bertahan dan cuba berubah mengikut rentak dia.

tapi akhirnya, dia jugak call it off. dan saya tak tahu kenapa, saya still sakit sampai skarang although dia dah moved on dengan life dia.

paling best, bila saya dah embrace my sexuality, she dumps me. she mingle around with heterosexual girls.

and left me puzzled.

Merah said...

Dh hampir 3thun, our relationship dh mcm spark"less"..bnyk sgt dugaan.ex-gf that always be besides her, oldmates(use to be someone yg i suke,but i move in cz she loves other women)yg crite bkn2 bout me to her,and i yg suke kept everything inside my heart.. I love her,but does she feel the same bout me...scary when u think how ur relationship will end, like thinking how r we goin to die.

Anonymous said...

Mcm kena pada diri aku je kami bersama hampir 12 thn.Dlm hati aku x pernah terlintas satu hari nanti kami akan berpisah...kerana mengenangkan hubungan yg terlalu lamalah aku beri berulang2 x peluang utk dia berubah walaupun satu waktu dulu berkali2 dia sakiti aku tapi ku masih memaafkan setiap kesilapannya. Yg rasanya org lain x akan mampu memaafkanya.Aku terima dia seadanya tapi kerana cinta dan syg aku mampu bertahan hampir 12 thn.Aku fikir segalanya akan berubah setelah aku berubah mengikuti kemahuannya ( tinggal gurl yg baru aku kenali ) tapi sebaliknya dia kenali org lain (org dlm forum ni)mereka bermain sms dan pernah keluar bersama.Dari sms itu aku tahu ia bkn kwn biasa i bunga2 kearah sebuah relationship...Sebelum cerita lama berulang lg aku bg kata 2 aku atau budak tu hampir 2 minggu dia x bertegur sapa dgn aku dan tidak ingin membuat pilihan alasanya cuma kwn kenapa perlu buat pilihan..Kesal dgn sikapnya aku berpaling kembali pd gurl yg asyik mengejar aku dan sanggup berkongsi aku dgn org lain.Pada gurl ini berkali2 aku ingatkan dia aku x akan sesekali meninggalkan yg no.1 sbb kami dah lama bersama dan dia fahami aku dan terima aku seadanya.Aku dgn no.2 jarang berjumpa atau berbual di telefon kerana menghormati yg no.1.Bermula dari itu beberapa kali aku kena tangkap keluar dgn yg no.2 dan setiap kali itulah dia akan pukul aku..tapi aku x pernah pukul dia sbb aku masih syg dan cintakan dia kemuncaknya bila dia pukul aku dan cekik aku sampai pembuluh darah dlm mata aku pecah dan dia kurung aku kat rumah akhirnya membunuh rasa cinta dlm hati ku utk dia.Lalu hubungan kami berakhir kerana aku trauma utk hidup bersama dgnnya.Mungkin pd org lain itu salah ku.Hakikatnya aku mencari cinta yg aku x temui semasa bersama dgnnya dan setelah hubungan ini berakhir dia berterus terang 3 thn pertama dia x pernah cintakan aku...dan aku tertanya baki 7 tahun itu juga tiada cinta utk ku kerana 3 tahun sebelum itu dan 7 thn selepas itu sikapnya tetap sama terhadap aku kaku dan dingin.Hari ini aku gembira dia temui cintanya sesuatu yg x mampu dia lakukan utk aku dulu kini dia sanggup lakukan apa saja utk org baru dlm hidupnya.Aku doakan kebahagian mereka berdua..

Anonymous said...

sekapal.. kenapa lately ni asyik cite ex aje..

Abg XX said...

sebagai seorang yg macho, i agree.
haha.

aku pun pernah ader relationship sampai 7 tahun. so mmg 7 yrs itch(es), cuma aku sorang je yg paham amende 7 yrs itch tu, partner aku agak dumb blonde walaupun tak blonde.

so, aku dengan rela hati brave all the crapshit yg terkantung dlm dunia seorang abg2 yg taste kpd abg2. dan akhirnya aku give up, i did one thing i promised myself aku takkan buat. Married man.

itula solusi terbaik utk org mcm aku yg agak tidak tipikal sbg sorg abg2 yg tidak lurus.

aku mungkin x paham sgt situasi korang, walaupun aku pun khatam L word jugak, tp aku notis dr segi commitment korang beruntung. no one akan mengkelawarkan mata kalau dok berdua betaun2. tp dlm tenang2 tu pun dua kawan blogger yg in da almari n sgt muslimah pun tgh bergegar2 istana diorang. what i can say, bukak mata, tukar angin, mungkin kadang2 apa yg kita nak tu tak semestinya kulit sawo matang, rambut2 ala La Roux n reti baca alfatihah. Aku nyer taste 180 deg berubah, tp aku happy ngan decision aku n im all the better for it. aku takkan rosakkan relationship org, so im fine with my current situation. all the best to sekapal n friends, dah betaun gak aku baca blog ko neh, dr zaman giler anime tu, tp skrg occasional visitor je. selamat hari raya.