March 25, 2010

17 reasons why...

Perkembangan terbaru tentang diri aku...
Aku makin kembang.
Poket makin pokai. Tahun lepas satu sen takde pendapatan pasif.
Adik aku sorg lagi tak sesabar nak kawen.
Batuk dah nak masuk 3 minggu tak reti nak bebaik lagi.
Setiap hari aku spend 20 minit semata2 utk melarikan diri dr org yg aku tak suka kat opis.

eh, macam negatif je semua kan. hahaha.. Ada org suka tulis bebenda yg best2 yg belaku dlm hidupnye. Aku cam suka je tulis yg negatif. Ataupun aku sebenarnye yg psycho suka main reverse saikoloji. Korg paham? Kalau tak paham, anggap saja le korg tak mengalami masalah sisdeklia macam aku. Tak paham jugak? hahahaha..

Anyway, sebab aku skang ni suka pikir negatif. Byk negatif aura... maka aku sedang cuba untuk mengamalkan terapi '17 reasons why'

OK, sblm tu, meh aku citer dulu mana aku dpt teori tu. Korg tgk cite The L Word tak??? Tak tengok, takpe. Yg tengok, bagus. Alkisahnye kan Bette dgn Alice & Shane pernah mencuri signboard 17 reasons why ni dr bumbung sebuah kedai, untuk dihadiahkan kepada Jodi pada episod terakhir season 4. So, dr situ la aku dapat idea utk terapi ni.

Basically, apa yg diperlukan dalam 'Terapi 17 reasons why' ni ialah...

Setiap kali kita bertanggapan buruk, atau terasa ingin mengutuk serta menyampah dengan seseorang, sesehaiwan, sesetumbuhan hatta sesebenda sekalipun. Maka sila lah senaraikan 17 sebab kenapa korang menyampah dgn mereka dan keluarga mereka.

Sekiranya dapat cari 17 sebab yg membuatkan diorg tu mmg patut dimenyampahkan, maka... boleh la terus2an menyampah dan kutuk org tu dengan sesuka hati.

Akan tetapi, sekiranya tak dapat cari 17 sebab kenapa kita benci kat org tu. Maka, perasaan kita tu seharusnye dianggap sebagai 'null and void' dan sila lah berbaik2 dengan org itu, dan tolong berhenti kutuk dia. Korg tak diselubungi aura negatif, dalam masa yg sama, takde la korg tambah dosa mengumpat org lain.

Trust me, setakat ni aku try list kan 17 sebab kenapa aku bengkek dgn seduaorang bebudak kat opis ni, tapi masih tak mampu. So, aku kena bebaik gak dgn diorg. Sabo je la.

Kata2kejung di hujung entry...

Carilah 17 sebab untuk membenci,
Namun 1 sudah cukup untuk mencintai...

3 comments:

Anonymous said...

Thanks! A gud advice to make our heart become 'clean' again! :)

miss perahu said...

cik kapal...
kalo xde sebab utk mencintai how?
heeee....

"i love you"
"why do u luv me?"
"dunno y"

but there must a reason to luv someone.. ;)

darasunti said...

gosh!kena list smp 17...ermm...