Dah berzaman rasanya aku x menulis. Mostly disbbkan aku xleh fokus dgn benda lain selain keje kat opis. Kang tulis blog pun pasal bebenda opis gak. Pasal pompuan puaka, lelaki kaki gossip....bla bla bla.
Haritu aku ada berkira2macam nak tuka blog host. Lama sgt dgn blogspot, apa perasaannya agaknya kalau bertuan rumahkan org lain.
Ada terpikir nak buat wordpress, tp pastu masa aku dihabiskan dengan mencari layout yg seswai. Dah malas rasanya nk mempodeh2 layout.
Pastu sbb aku gila tumblr, nak la plak bikin kat tumblr. Tp macam terhad je la plak nak tulis kat situ. Nak tepek gambo, mana la den reti nak buat gif. Haih. Last2, malas punya pasal. Ai bertahan je malas nk tuka host, seterusnya malas jugak nak menulis.
Tu lah kan, punye byk hosting skarang ni, sampai rambang mata. Kalaulah, dgn kecanggihan intenet skrang, umur aku baru nak naik 23 tahun, ntah apa barang yg boleh aku buat. Skrg ni pun aku masih pandai obses, apatah lagi dedolu. Kalau umor aku 23, ntah berapa byk gif Achele yg aku dah buat, dan tah brp byk role playing game yg aku join Haha
Nk cite sket, even dgn limitasi teknologi dulu, tp sbb aku sgt obses dgn michiru/haruka, berikut adalah bebenda yg aku buat demi kerana sukenyee pada mereka:
1. Email aku semua nama michiru. Onlymichiru kekdahnya. Gile gedik.
2. Belambak2 wallpaper michiru dan haruka yg aku buat. Tu x termasuk lagi watak2 lain yg aku kapelkan dr dlm sailormoon tuh. Hehe. Kalau skrg agaknya aku dh ada deviantart account.
3. Tulis fanfiction, walaupun byk je yg x siap. Haha. Baca fanfiction toksah kata la. Pendek kata, sepanjang masa terbukak fanfiction.net tuh.
4. Tuka skin yahoo messenger yg mana semua background, icon bagai aku letak muka diorg. Korg ada bebenda ni dolu? Haha. Tu x termasuk tuka skin winamp player. Nasib aku x reti buat sendiri skin winamp. Adehh
5. Buat blog dedicated to sailormoon, yg ada beberapa ketul je apdet
6. Join forum bebudak obersi yg keje diorg cuma diskas pasal haruka dan michiru sahaja. Agak2 boring x? Tak boring ok!! Semorg obsesssss... Forum aku join, yahoogrp pun melambak2 yg aku join. Penuh mailboxx.. Tapi dlm masa yg sama, dpt la kenal butch2 dan aweks2 canada dan germany bagai. Siap leh chatting guna AOL lagi uols. Hahahaha. Gile oldskool aol!!
Sekarang ni? Mungkin aku dah makin tua ke yg menyebabkan aku jadi xde la obses sgt. Ataupun... Fokus aku x sepenuhnye kat kehidupan online? Maklumlah, sejak partner aku org yg lebih muda... Mungkin lebih obses dgn adultery yg dulu xde la byk sgt. Haha.
No comments:
Post a Comment