Rasanya ramai je yg tahu, kat opis sekarang, aku mmg dah out. Dan pada kebanyakan masanya, diorg tau sbb cara aku yg manja dgn boo, dan jugak boo mengkonfemkan yg kitorg mmg together.
Sejak tahun 2009, dah beberapa ramai yg tau aku senget. Tapi kebanyakannye mmg setakat tahu, dan buat dek je. Takde pun nak perli2 yg aku ni senget, dan takde pun amik port apa bebenda intim yg aku buat dgn boo.
Nak dijadikan cerita, dlm tahun lepas ada la sorg budak kat opis mula dapat tahu dan dapat mengkonfemkan kesengetan aku dgn boo. Dgn bersangka baiknye aku pun ingatkan dia ni sama la macam yg lelain. Jenis tak amik port.
Walaupun masa memula tau tu, dia ada la dia cam pandai nak bagi2 remark macam perli2 keintiman aku dgn boo. Things like... What we did when we are alone, and those sort of things. Tapi masa tu, aku ingat, sbb minah ni dah kawen, maka dia suka la nak kecoh pasal benda tu. so...aku mengabaikan aje. Oh ye, utk narration purposes, aku gelarkan dia 'pompuan zaman batu'.
Lately, ada sorg staff baru, yg senang aku gelar as budak kecik. Kebetulan la pulak budak kecik ni jenis memanja la plak. Dgn aku dia gegedik manje, dgn boo pun tak kurang gediknye. Tapi sbb boo selalu bz kat opis, maka dia rapat gak la dgn aku.
Yang aku sakit hatinye, si pompuan zaman batu ni, tak abis2 nak perli2 kononnya aku ni menggatal dengan budak tu, siap dok ckp2 kat boo apa yg aku buat dgn budak tu. Aku amik air sama nak repot, borak bedua nak report... Gile kak nam! Kengkonon nak boo tau la yg aku mencurang kat opis. Mmg mcm cilakss...
The best part is, boo tau je apa yg aku dok cite2 kat budak tu. Dan boo pun rapat jugak dgn budak tu. Kira macam, kitorg bedua seronok adopt budak tu dan heret kemana2 sbb dia suka sajes tpt makan yg menarik2. Perut punya pasal...ai suka je.
Berbalik kpd pompuan zaman batu ni... Makin lama makin banyak dia dok perli2 aku. Mengata aku buat maksiat la kalau kitorg gi toilet atau ke surau berdua. Ckp aku dah tak ingat kawan lain la bila aku gi lepak kat pantry dgn budak tu. Yg peliknya, kalau dah nmpk kitorg pegi lepak pantry, apa payah sgt kalau kau join? Motif nakkk jugak perli?
Prkara yang membuatkan aku rasa bengang sangat ialah...aku boleh rasa la, kalau aku ni tak senget, sure dia takde nak perli2 mcamtu. Ramai je bebudak pompuan rapat bedua kat opis tu, kenapa aku gak yg dia nak kecam?!
Honestly, I feel she violates my right to get acquainted with female colleague! Apa ingat sbb aku senget, aku berniat utk masuk dlm seluar semua bebudak pompuan kat opis tu? Pls la, aku sangat sangat happy dgn boo. We have a working relationship, dan aku ni masih pompuan. Tolong jangan samakan aku dgn suami2 gatal di luar sana. I am monogamously comitted.
Sekarang ni, dah kau perli aku luar dalam, tak mengira depan org ke, belakang orang ke.... Boleh kau nak buat muka sedih bila aku dah malas nak layan kau? Hehehe... Silap la buat hal dgn org pendendam macam aku ni. Awal2 tu aku ok...malas nak layan, tapi sekarang ni... Nasik sudah menjadi bubur, ko buat la muka kesian macam mana pun, muka kau tetap kelihatan macam tapai basi di mata ku.
Oh, moral entry kali ni, aku dah serik nak come out kat opis. Ingatkan multinational company yg agak gay friendly ni org2nya agak bijak utk buat bodo je...tapi tidak. Masih ada lagi org2 zaman batu yang kononnya macam boleh terima, tapi hakikatnya, menghakimi kita tanpa disedari.
Bukan senang aku nak menerima diri aku ini tak macam orang lain, tapi tolonglah jangan susahkan lagi hidup aku...
4 comments:
maybe sebab husband die menggatal kot...kurang kasih sayang kat rumah...
Tapai basi??? bestnya..lama tak makan tapai..
Kosong.. kosong.. oh. Cik Kapal.. tolonglah active kan keahlian saya. Jiwa tengah kacau nih..
ke dia tu mengalami masalah jiwa yang ala2 senget jugak..harus jeles agaknya dgn kamu..wakakak
speku
@nne!xor@
word verification..demm!
Post a Comment