Wah, akhirnya tamatlah sudah gathering 2011 yg telah dipikirkan dan diusahakan oleh Payid beserta konco2nya iaitu cik gf payid, rozek dan partner, serta AJK cenderahati sengetians seumur hidup iaitu cik cik Semut. sapa sakit naik atas. atas apa tatau.
Secara keseluruhannya saya sangat gumbira dgn gathering tersebut. Seperti biasa, utk aku, gathering sengetians adalah utk bersua muka dgn kengkawan yg baru dan jugak yang lama, juga yg selalu jumpa time open house, tapi dlm keadaan yang lebih selesa. Lebih selesa kerana tak perlu masak, tak perlu kemas katil lepas tido, dan tak perlu nak kontrol2 kesengetan sesangat.
Utk gathering 2011 ini, first impression, ialah saya sangat impressed dgn cenderahati yg diberikan kepada peserta sebaik sahaja kami melangkah masuk ke resort tersebut. Gudibeg yg gagah, bandana berwarna-warni, coaster berjenama sendirik, dan juga pamphlet event yg menggiurkan. Tapi dlm byk2 tu, pamphlet tu la yg paling impressive. Kerana apabila korg selak bahagian "tokei dan boss berkata-kata" muka ai di situ sepertinya sangat fotogenik okeh! Ada yg tak pecaya kerana ai kelihatan sangat hensem di situ (perasan much?!). haha.. Mekasih kepada sesiapa yg mengphotoshop muka ai. Like byk kali!!!
Kemudian sesi urut2 belakang dan tulis2 pinggan pun jugak menarik. Dan mungkin lebih menarik kalau ada mihun goreng yg leh di makan di pinggan tersebut. (makan aje..).
Walaubagaimanapun the perk of the event sudah semestinya la acara gLee club. haha..persembahan nyanyian lagu2 sekolah rendah. Masa tu la nak celen koreografi masing yang tak kurang hebatnya. Apa2pun, yg penting biru muda mmg best. Sbb bukan sahaja kami ada koreografi dan nyanyian, tetapi juga ada lakonan. Ingat senang ke nak casting makcik eskacang sama adik2 pembeli? Kena ada ujibakat dulu wo! Dan rasanya, kalau lagu ada banyak, konfem kitorg leh bikin cerita ala2 Magika. haha.. perasan itu mesti.
Dan acara bersukaneka di siang hari tu. Ai yg memiliki koordinasi tangan dan mata dan kaki yg fail, mmg sah2 la malas nk bersukan kan. Tunggu masa nk terjun sungai aje katanya. Nasib baik la dapat jejak kaki kat air2. Basah sesikit pun jaadilah, daripada tak basah langsung. haha
Akhir sekali, upacara penyampaian hadiah dan anugerah tu memang sangat mengharukan. Setinggi2 penghargaan kepada para gogonizer dan juga penaja2 hadiah di atas usaha gigih anda memberi pengiktirafan kepada kengkawan yg unik di antara kita. Dan sungguh tak disangka2 adalah anugerah wargamas yg diberikan kepada aku.
Masa dapat mic tu aku dah cam dem, kang leleh kang. Mungkin kalau lagi 30 saat aku berdiri kat situ, mmg insyaAllah hujan. Terharu gitu.. T_T. Dan sekarang plak hikmat tu telah selamat aku simpan kat gobok kaca umah.
Tetiba Boo tanya... "Kang kalau mak datang, mak tanya, u nk jawab apa?"
Jawapannya, kita tunggu bila masa itu tiba. Skang ai malas nak pikior. bleh?
Apa2pun, gathering ni memang berjaya mengekalkan keseronokan dan kebestan Gathering Sengetians yang sebelum ni. Dan rata2 komen yg aku dengar ialah masing2 tak cukup masa untuk berborak dan bersantai dengan lebih lama lagi. Mungkinkah utk tahun depan kita kena bikin selama 3 hari 2 malam? Takpe2, simpan dulu eksaited. Tahun depan kita pikior.
All in all... gathering fun times utk breakaway dan masuk ke dalam kawasan yg majoriti adalah org2 senget. Motif sangat kalau tak like kan?
No comments:
Post a Comment