April 19, 2011

hujung2 minggu yang meletihkan

Hujung minggu yang lepas memang sibuk. Dengan hal family, dengan hal keja, tu tak kira la barang2 kat rumah yang melintang kedak tak sempat nak dikemas. Tapi dalam pada tu, sempat gak pegi shopping kat ikea. haha... shopping dgn guling2 sokmo sempat.

Alhamdulillah hari Jumaat haritu adik bongsu aku selamat tiba di Jepun, sambung degree kikikiki (tah camne tah sebutnye...) Sekarang ni secara rasminye tinggal bertiga beradik je la kami kat Melesia ni, dgn aku sorg yg bujang (ye ke bujang, tetiap masa hangkut boo balik kg, bujang la sangat. ahaha..)

Pagi tadi baru aku dgn boo balik dr kampung. Dan kitorg terus pi keja. Di sebabkan bz tak abis, kitorg hanya balik kol 7.30 malam. Sementara ada beberapa jam sebelum waktu kerja rasmi, aktiviti biasa, aku dgn boo dok guling2 la.

We talked about our past.

Kelakar sebenarnya bila dipikir2kan masa lampau. Kita mampu marah sebab kita kena tinggal, sebab banyak perkara tidak mengikut perancangan. Tapi sebenarnya, perancangan yang lebih tinggi hanya Tuhan yang tahu.

Kita sakit, sedih sebab masa lampau, sebenarnya menjanjikan yang lebih best lagi dalam hidup. Kiranya, kalau aku tak clash, aku takkan la kapel dgn dia.

Setakat 4 tahun lebih skang ni, Alhamdulillah, semuanya cam ok lagi. Ada time gaduh2 baling talipon, ada time tarik2 rambut (apsal tarik rambut??), ada time gigit2 sampai bengkak... cenggitu la adat berumahtangga katanya. haha.

Kalau diingat2 balik, tak senang aku nak mengaku aku suka kat dia. Macam2 perasaan bercampur baur. Takut dgn pandangan masyarakat/kengkawan yg tak terima, risau sbb hubungan ni tak start dgn elok, dan ada hati2 yang disakiti rentetan daripada perasaan kami berdua.

Tapi sebenarnya, mungkin pertemuan dan perpisahan kami, adalah rezeki yang lebih baik untuk orang lain. Ye la kan, berpisah dgn partner lama, mungkin memberikan kita partner baru yang lebih lebat poketnye, lebih sedap masakannya, lebih besar buah dadanya, lebih panjang kakinye, atau lebih mantap urutannya.. ish... sedap la pulak. haha.. cheh!

Kesimpulan yang aku nak katakan kat sini. Kita semua ada turun naik dalam hidup. Ada yang sampai rasa nak bunuh diri, nak makan racun, maupun nk berhijrah ke luar negara... tapi sentiasa ingat, mungkin sesuatu yang menanti kita itu, adalah lebih baik. Dan perjalanan untuk mendapatkannya bukanlah mudah. Byk masa, air mata, air liur, dan minyak kereta yang perlu dikorbankan mungkin.

So, kalau ada masalah... jgn pikir yg negatif saja yea?

Sekian Sekapal melobi untuk kehidupan yang lebih positif...

1 comment:

Anonymous said...

agree.bile frust je rs nak lari jaoh2 nak g oversea.kunun bila aku jaoh bru org nak kenang.