April 21, 2011

gleeking in dreamland...

*facepalm*


adeh.. mlm tadi menambah satu lagi mimpi aku terhadap Glee. Mungkin sebab terlalu eksaited sbb akhirnya setelah hiatus selama lebih sebulan, akhirnya Glee bersiaran kembali. Atau mungkin jugak sebab aku terlalu obses membaca fanfiction Quinn/Rachel sampai semuanya bergomol2 masuk dalam mimpi aku. Lagi haru, fanfic yg aku baca tu dan sampai bebelas2 chapter, masing2 dah touchy2feely2... tapi tak sampai ke tahap berkoitus bersama. Hangin ok, hangin... DO IT ALREADY!!! tensen tensen. haha..

OK, meh aku cite pengalaman glee-dream aku.

Mimpi pertama yg aku alami, adalah scene nyanyi2 bersama mereka.
Masa ni memori aku takde la vivid sangat pasal mimpi tu. Yg aku ingat, cuma aku macam messenger yg cakap kat Rachel Berry bahawasanya Quinn ada hati kat dia, dan aku mahu mereka bersama gitu... sungguh Achele. ahaha.

tgk la Lea&Dianna.. pengpegang tangan lagi.. ai laikkk!


Mimpi aku yang kedua, yg ni cam lebih clear.
Masih lagi scene nyanyi2, tapi masa ni aku menyanyi bersama mereka. Dan aku dok kat sebelah Quinn la kiranya. sambil nyanyi tu aku pun jugak jadi messenger cam menyampaikan perasaan Rachel terhadap dia. adeh... yg tableh blah tu, scene terakhir dalam mimpi tu adalah seperti berikut...
"Utk bait2 terakhir dalam lagu tersebut. Aku rasa seperti harus menyampaikan perasaan Rachel kepada Quinn. Tanpa segan silu aku memegang lutut Quinn yang terdedah (i.e. Quinn's bare knee...), dan memandang tepat ke dalam matanya, seraya menuturkan ayat-ayat yang sesungguhnya sepatutnye datang daripada Rachel. Sebaik sahaja dia memandang ke dalam mataku..."

Pufff!!! Aku terbangun tdo... ampeh gilee!!


eyesex!Gron... warghhh

Akhir sekali, mimpi siang tadi (ye, aku tak mimpi malam, sbb aku keja malam dan bermimpi di siang hari... nuff said!). Siang tadi mmg panjang mimpinya. Siap aku rasa macam ada 2 episod lagik... Tapi semuanya berkisarkan aku bersama2 tgh shooting Glee.

Episod pertama mimpi tu, ialah aku dok berjalan sekeliling studio tpt diorg shooting tu bersama2 Naya Rivera... ish... Santana Lopez okay! Hotz gilak! Kiranya sempat la berbual mesra, berpegangan tangan, berbaring bersama.. tapiii!! tak buat pape yg terlebih mesra. Kami setakat kawan semata2. heheh


tapi kalau dia nk jadik nurse peribadi aku, apa salahnye kan...

Episod kedua dalam mimpi tu, kesah aku mengejar Quinn. Mesti ada je dia ni dlm mimpi aku. Kiranya, lepas dah abis pusing2 dengan Santana, aku ckp kat dia, aku nak cari Quinn plak.

So dalam mencari dan mencari ni, mmg la terjumpa. Tapi memula nak bercakap... tetiba ada cam satu gerombolan pelakon2 tambahan ni menyerbu. So, kitorg berpandangan dari jauh je. Bila dah reda sket, ada plak sorang pakcik ni mintak aku amikkan gambo Quinn dgn dia. eh, aku cuba nak dapatkan gamba diorg, tapi Quinn dah tertolak ke merata tempat plak. Miss lagi.

Dari jauh aku nampak dia... Aku pun perlahan2 berjalan menuju ke arah dia dengan muka konfiden. Dan bila dah nampak dia berhenti dan senyum kat aku...

ye... aku terbangun dr tidur. Mmg timing perfect sangat kan?! Maka, selepas ni, aku pasti akan ada mimpi bahagian ke4. Cuma tatau la bila akan tiba masanya.

Yang tak menariknye, masa tu langsung aku tak jumpa Rachel... adakah mungkin aku adalah Rachel dlm mimpi itu? Ada kemungkinan la kot. ahah.. perasannnn!! Lea oh Lea...

oh lea, oh lea...

April 19, 2011

hujung2 minggu yang meletihkan

Hujung minggu yang lepas memang sibuk. Dengan hal family, dengan hal keja, tu tak kira la barang2 kat rumah yang melintang kedak tak sempat nak dikemas. Tapi dalam pada tu, sempat gak pegi shopping kat ikea. haha... shopping dgn guling2 sokmo sempat.

Alhamdulillah hari Jumaat haritu adik bongsu aku selamat tiba di Jepun, sambung degree kikikiki (tah camne tah sebutnye...) Sekarang ni secara rasminye tinggal bertiga beradik je la kami kat Melesia ni, dgn aku sorg yg bujang (ye ke bujang, tetiap masa hangkut boo balik kg, bujang la sangat. ahaha..)

Pagi tadi baru aku dgn boo balik dr kampung. Dan kitorg terus pi keja. Di sebabkan bz tak abis, kitorg hanya balik kol 7.30 malam. Sementara ada beberapa jam sebelum waktu kerja rasmi, aktiviti biasa, aku dgn boo dok guling2 la.

We talked about our past.

Kelakar sebenarnya bila dipikir2kan masa lampau. Kita mampu marah sebab kita kena tinggal, sebab banyak perkara tidak mengikut perancangan. Tapi sebenarnya, perancangan yang lebih tinggi hanya Tuhan yang tahu.

Kita sakit, sedih sebab masa lampau, sebenarnya menjanjikan yang lebih best lagi dalam hidup. Kiranya, kalau aku tak clash, aku takkan la kapel dgn dia.

Setakat 4 tahun lebih skang ni, Alhamdulillah, semuanya cam ok lagi. Ada time gaduh2 baling talipon, ada time tarik2 rambut (apsal tarik rambut??), ada time gigit2 sampai bengkak... cenggitu la adat berumahtangga katanya. haha.

Kalau diingat2 balik, tak senang aku nak mengaku aku suka kat dia. Macam2 perasaan bercampur baur. Takut dgn pandangan masyarakat/kengkawan yg tak terima, risau sbb hubungan ni tak start dgn elok, dan ada hati2 yang disakiti rentetan daripada perasaan kami berdua.

Tapi sebenarnya, mungkin pertemuan dan perpisahan kami, adalah rezeki yang lebih baik untuk orang lain. Ye la kan, berpisah dgn partner lama, mungkin memberikan kita partner baru yang lebih lebat poketnye, lebih sedap masakannya, lebih besar buah dadanya, lebih panjang kakinye, atau lebih mantap urutannya.. ish... sedap la pulak. haha.. cheh!

Kesimpulan yang aku nak katakan kat sini. Kita semua ada turun naik dalam hidup. Ada yang sampai rasa nak bunuh diri, nak makan racun, maupun nk berhijrah ke luar negara... tapi sentiasa ingat, mungkin sesuatu yang menanti kita itu, adalah lebih baik. Dan perjalanan untuk mendapatkannya bukanlah mudah. Byk masa, air mata, air liur, dan minyak kereta yang perlu dikorbankan mungkin.

So, kalau ada masalah... jgn pikir yg negatif saja yea?

Sekian Sekapal melobi untuk kehidupan yang lebih positif...

April 8, 2011

...asleep...

Sing me to sleep, sing me to sleep
I don't want to wake up on my own anymore
Sing to me, sing to me
I don't want to wake up on my own anymore






Deep in the cell of my heart, I really want to go