October 23, 2010

Bahasa oh Bahasa...

Berapa ramaikah di antara kita yang sesungguhnya menggunakan bahasa melayu standard.. er... bahasa baku.

Semua orang sebenarnya lebih selesa menggunakan bahasa pasar. Sebab? lebih senang faham. kan?

Pastu bila ada orang tulis atau bercakap dengan bahasa baku, kita lagi suka gelak sama diorg.. sebab kelako. haha..

Contohnya kat opis aku ni, ada sorg mamat ni, cakap omputeh slang kemain berabuk lagi.. same goes with his Malay.

haha... Berikut adalah contoh2 percakapannya

'Kapal, mengapa content saya keluar begitu?'

'Saya rasa ada error yang berlaku semasa proses ini.'


Kenapa kelakar, ialah sebab kita selalunya bercakap dalam bahasa pasar. Jadi bila perkataan melayu bombastik seperti begitu, berlaku, memang cam pelik. Tu la kan, rakyat malaysia sendiri, takmau mengagungkan bahasa sendiri. hehe. Apo nak jadik ni.

Anyway, aku pun terpanggil untuk menukar bahasa di Facebook ke Bahasa Malaysia, dan ini lah hasilnya...


Oleh itu, saya boleh menyunting profil saya, tetapi diharap tiada siapa yang menyunting saya, kerana saya sudah mempunyai hubungan dengan Kaka Kaebun... hehe

1 comment:

shay said...

haha.. nice one! atau bahasa bakunya - menarik sekali!