April 18, 2006

Aku yg pegi makang anging dan jugak makanang2 laing

wahaha... lama giler korg kena membaca rapuan cik sri sekapal kat bawah tu ye. Aku ni pun takde la plak masa nak menyempatkan diri mengapdet blog aku nih. huhuhu.. Tapi disebabkan ada evente yg menarik gitu berlaku pada aku, maka dgn ini aku telah terpanggil untuk menceritakan apa yg berlaku pada diri aku dan jugak partner aku.

Alkisah di hujung minggu ini, aku dgn ChefD ku pegi meredakan ketensenan yg melanda dgn memakan angin2 yg ada di pantai timur semenanjung malaysia selama tiga hari dua malam. Utk memudahkan aku menulis menurut kronologi of evente, tanpa menerawang merapu tanpa memikirkan garis masa, ada baiknya aku bercerita ikut tarikh.. huhu..

Sabtu 15 April
Sesudah subuh sepi'ie aku dgn chefD dah kuar rumah. dan seperti biasa dia dah tunggu kat tepi keta aku masih lagi terhegeh2 sikat rambut dan pakai setokin. Mmg kelangkalibut la aku dibuatnya. Kalau lambat karang.. ada yg mengaummm. hehehe... Tapi lepas sedetik menjalankan keta, dia ada tertinggal barang plak (hari ni aku dgn dia sama2 lupa barang apakah itu...), maka dapatlah aku mencapai bbrp barang lain yg aku jugak terlupa. haha.. nasib baik.

Kemudian selepas berenti di satu stop utk mengambik peta bandar Kuala Terengganu, kitorg pun berlepas la menuju ke arah timur semenanjung.. Kami jugak berpeluang utk kali pertamanya melalui lebuhraya heteroseksual (utk sesapa yg tak paham... heteroseksual = straight = lebuhraya pantai timur yg sungguh tegak.. kalau tak paham jugak, samtingrong la tuh.. haha).

Drive punya drive... sampai laaa. Kitorg check in dlm kol 1.30, lepas tu terus pi kat kedai mamak kat hotel tu utk makan tghari. Aku mkn mi goreng mamak dgn ayam goreng, chefD plak mkn nasik kandar buffet.. Selepas tertido kepenatan, partner aku pun cebur dlm swimming pool dan aku bertenggek cuci mata tepi swimming pool. haha.. lagi besh! Mlm tu kitorg tak dinner haibat2 la, cuma mkn bekalan dr KL shj.

Ahad 16 April
pepagi buta aku dah bangun sbb nak pegi breakfast. Mmg setakat ni mana2 hotel yg aku dah pegi, hotel yg ini lah ada breakfast yg paling marbelesss sekalik. Pagi tu je aku makan nasik dagang; bubur dgn ikan bilish; croissant yg kusumbat dgn tiga jenis cheese dan dedaging potong sejuk; sosej; dedaging potong panas; beberapa potong kaki kambing panggang bersama sos black pepper; fruit cocktail+yoghurt; dan guava juice.. Dasattt!! byk giler aku makan patut la gumuk.. haha

Partner aku plak kengkonong diet la nih.. makan buah potong; baked beans dgn scrambled egg dgn sosej; cheese omelette; sebijik half boiled egg; roti canai cicah gulai ikan tongkol; roti berkeping2 dan jugak mango juice..
Macam nak diet, tapi... byknye makan telor?!! Tambah tenaga kot? huhuhu.

Bila masuk tghari, mula lah berpikir2 kat mana laaaa plak nak mkn tghari. Niat di hati nak mencari makanan2 lautan. Kemudian kami pun mengambil la keputusan utk ke area Merang setelah ada info mengatakan ada sotong celup tepung yg mmg best kat situ. Tapi di tengah jalan, kami terjumpa la plak satu kedai mkn yg mmg giler ramai org yg ada jual ikan bakar berempah. Apa lagi, di situ la plak destinasi kami. Makan ikan pari bakar berempah cicah budu. Aisehmen... syedap!

Tapi kami masih jugak nak carik sotong celup tepong nih.. Maka merayau2 lah meraban2 tak jugak jumpa2. Tapi tengah2 jalan tu jumpa la jugak satar dan otak2,pun sedap jugak. Makan lagi!
Pusing punya pusing, last2 kami berpatah ke area lapangan terbang dan kat sana jumpa la sotong dan udang goreng tepung. Apa lagi.. order air sirap sambil mengunyah dua benda tu. krupkrap.. perut makin penuh... takpe, janji tekak puas

Dinner???
Kami dibelanja oleh guest officer hotel tu makan steamboat. Aiyoyo... haibat stimbot diorg. Dua jenis kuah (tomyam dgn sup) dgn ikan, ayam, udang, sotong, ketam, crabstick, bebola perikanan, sayur sawi cinonet, cendawan, kobis yo yo'o, mi beso, mihun. Ada jugak nasik goreng dan sate..
Adeh, rabak perut gue mengabiskan bebenda tuh. Sedap dan dahsyat kitorg berdua makan.
Hasilnya mlm tu kami berdua mengabiskan masa menyapukan minyak angin ke perut masing2... giler kekenyangan..
Alhamdulillah, murah rezeki. hehehe.

Isnin 17 April
Musti breakfast la dulu kan? Aku mkn cam smlm jugak cuma hari ni aku mkn jugak roti canai, penkek, cereal tujuh jenis dan hash brown. Sayangnya hari ni kaki kambing panggang takde daa..
Selepas breakfast dgn ganasnya kitorg pun balik rumah la. Hari selasa dah kena keja. takkan nak melangut kat KT sampai berjanggut kot. hehehe. Sblm balik tu singgah la jugak membeli kopok2 buah tangan utk dibawak balik kepada kucing kesayangan aku kat umah tu..

Sekali lagi melalui highway heteroseksual dgn partner aku memandu, dan aku berdengkur dgn haibatnya di sebelah. Lepas Zuhur, aku plak kena pegang stereng. Malasnyerrr lah hai. Dan kami tiba di KLCC dlm kol 3.30 utk mkn mknn kota (haha) sebelum bergerak balik ke rumah kami di selatan Selangor...

Kesimpulan drpd pengalaman jenjalan cari makan aku nih...
Next time mmg aku akan stay kat hotel yg sama dan aku akan tambah lagi satu hari utk terus berjalan2 dan mencari lebih banyak makanan di bandar Kuala Terengganu.
Selain mknn, satu lagi perkara yg best kat sini ialah awek2nya yg mmg sungguh comei2 belaka... Masuk pasar payang tu.. aiyoyo... mmg best. hehe

Sekian coretan tanpa-arti travel-travel find food drpd aku.. muahahaha