December 20, 2022

of Pertabi and Alpha Female.

Oh my, aku tetiba takleh tahan kena menulis jugak. hahaha.

Kisahnya sekarang aku dah join satu persatuan yang diberi nama Pertabi atau nama panjangnya Persatuan Takut Bini. Bukan setakat join, aku terus jadi Naib Presiden. Sbb bini aku tak cukup menakutkan, maka aku tak layak jadi presiden. Ko tak jumpa bini Presiden! hahahah

Okey, sejujurnya takde sesapa lagi yg sudi nak join persatuan ni walaupun aku dan presiden dah uar-uarkan dalam banyak acara perkumpulan wanita sesenget. Taktau la sebab apa, mungkin sbb memang diorg tak takut bini atau takut bini tu menunjukkan seseorang itu lemah. Ha ha ha. Idok le teman tau. Tapi walaupun aku ahli Pertabi aku tak rasa la aku lemah. Kalau lemah pun takpe, bini ada.

Sebenarnya Boo takde la menakutkan sangat sampai aku patut rasa takut pada dia. Malahan rasa takut aku pada dia jauh berkurangan jika dibandingkan dengan rasa takut dia pada lipas! keh keh. I guess the thing that made me so comfortable in acknowledging "aku takut bini" is because I am always, always attracted to the dominant female. 

Masa memula kapel dengan Boo umur dia baru 25 tahun jagung (bapak muda!) dan dia masih lagi junior kat kampeni tpt dia keja. Mungkin secara separa sedar aku nak dia jadi dominan, so tanpa disedari aku banyak support dan groom dia (ini groom bukan amang seksual ya...).

Lama-kelamaan, selepas lapan tawun keja kat sana, dia berhenti dengan title menejar. So lepas tu bila dia tuka2 keje kat tpt lain ofkos la dia pun menejar jugak. Jadi misi aku untuk jadikan dia pompuan yang berkerjaya atau dalam kata lainnya Alpha Female sudah tercapai. Suksess!! Bila dah tercapai, aku pun takde masalah untuk berundur dan dengan penuh bangga melihat sifat dominan dia bertambah. Ai laik! Aumm!

Jadi kenapa sebenarnya aku suka pompuan dominan ni? Bagi aku ada banyak tarikan sensualiti pada Alpha Female. Bila buat decision nampak seksi, bila berfikir nampak seksi, bila gigit tudung pen pun nampak seksi gila uuiii!!! Termasuklah bila dia mengarah-arahkan orang (ataupun aku) untuk buat itu ini,  pun nampak seksi. Walaupun kengkadang seksa nak buat benda yang dia arahkan, demi cinta, ku turutkan jebat!

Selain itu, cuba fikir, ko tak rasa gila hebat ke bila di "tempat itu" kau pulak berpeluang mendominasi wanita dominan ini sampai dia boleh nampak bulan bintang?? Jadi kesimpulan yang aku dapat simpul biawakkan, sbb aku nak rasa syok mendominasi di "tempat itu", aku mahu perempuan yang didominasi oleh aku adalah orang yang berkuasa di luar.

Jadi sebenarnya, siapa lebih dominan? ahahahaha...