My oh my... sudah 2013 rupanya. Sudah semakin tua jugak aku. haha
Sempena 2013 ni, aku takde azam utk lebih byk update blog. Sbb azam aku ialah untuk menghabiskan apa yg aku mulakan dalam tahun yg sama, dan juga untuk menepati janji dengan diri sendiri dahulu sblm orang lain.
So, aku tamau berjanji pape yg berkaitan dgn blog ni. Mungkin masih jugak jarang diupdate sebagaimana sekarang ini.
Anyway, tahun 2013 yg baru ni, dimulakan dgn aku dan boo melarikan diri ke dalam hutan2 yg berdekatan sahaja. Getaway. Amik peluang jauhkan diri dari kesibukan kelumpo dan konsert2 di sekelilingnya. Malam tahun baru tu, cita2 aku nak kiss her pada waktu midnite on the dot. Memang la dapat, walaupun salah seorang daripada kami tgh ttido waktu tu. haha.. Janji dapat.
Dan pada siang hari 1.1.2013, aku pegi picnic dgn kengkawan terdekat. Walaupun aku ni sangat2 bukan outdoor person, tapi enjoyable la jugak picnic tu sbb dapat makan (obviously), buat luahan rasa yang rasanya setiap kali ada event bersama ada je luahan rasa yg tak pernah nak habis, dan juga buat video klip. hahaha...Yea yea, saya sungguh bersyukur ada kengkawan yg masih boleh dipanggil kawan2 rapat, walaupun kami tak selalu berjumpa berkumpul beramai2.
I mean, bezanya family dgn friend... walaupun jauh, lama tak jumpa, tak selalu berborak mesra, tapi ikatan tu masih ada. So guys, note that u guys are like family to me. Ikatan tu tetap ada walaupun aku dan booboo tak berapa mampu spend masa beramai2 bersama2 berselalu2...
haih.. kan dah tersentimental, tak reti nak merapu apa dah.
Akhir kata, selamat mengundi kepada sesiapa yang boleh mengundi. Undilah dengan bijak. Pilihlah berdasarkan prestasi dan bukannya kontroversi.
Till next time! Toodles!