Aku ada kenal sokrang budak senget ni. Nak kata budak ni jahat, takde la jugak. Nak kata baik... pun macam tak sangat. Sedangkan aku pun tak baik, maka aku nk kata org lain baik? Jgn hareps. heheh.
Anyway, dia ni selalu gak la cite citi pasal awek dia. Sanggup buat memacam kat awek dia. Itu lah, ini lah. Tapi dalam masa yang sama, bila org lain mula bercerita pasal beristeri dua, berawek dua, berkekasih gelap.. ha... masa tu kuar la angin kus-kus dia.
Masa tu lah start mempertahankan orang yang pasang awek lagi sorang. Dengan senang hati mengaku bahawa takde salahnya pasang dua. Sbb alasannya tak bahagia la, si dia tak memahami la, tak cukup pandai membuat kerja rumah la, bla bla bla.
Eh, baru semalam ko kata sanggup buat apa sahaja untuk dia, harini, dah nak pasang lain sebab alasan2 remeh camtu?
Apa kata, 'apa saja untukmu' tu, digunapakai untuk menerima dia, dan memberi sokongan untuk dia memperbaiki diri sendiri. So, 'apa saja untukmu' itu bukan terhad kepada perkara2 fizikal seperti bagi wang mas, rantai berlian, drive dia ke sana ke mari, bergaduh dgn org2 yang tak baik dgn dia, etc etc etc...
Kesimpulannya, aku tak kisah kalau tak ramai yg boleh beri 'apa saja untukmu' kat pasangan masing2. Setiap org ada had dan limitation sendiri.
Tapiii.. kalau tetiap hari ko asek cakap berdegar2, bagitau semua org apa yg ko buat kat dia. Dan jugak berdegar2 sibuk nak cari lain. Bosan okeh!
Sekian!