June 21, 2011

Apa lagi yang kamu mahu?

Adalah satu fenomena yang mengerikan apabila pasangan yang sudah bersama selama berbelas2 tahun, akhirnya tunduk pada masalah dalam perhubungan, dan mengambil keputusan untuk berpisah.

Ngeri, sebab takut perkara yang sama berlaku jugak pada aku dan pasangan. Eh, bukan ke aku pernah mencecah umur hubungan berbelas tahun yang akhirnya putus?
Huhuh.. Sebenarnya, untuk aku, adalah ketakutan dan kengerian kerana tidah mahu pisang berbuah dua kali. Aku sangat-sangat berharap hubungan aku dengan Boo akan bertahan sampai mati.

Petang tadi aku dengan dia berborak-borak sebelum tidur... Saja nak cari jawapan dan persoalan kenapa pasangan yang dah bersama selama bertahun-tahun lamanya; pasangan yang dah (secara zahirnya) boleh diterima oleh keluarga masing-masing; pasangan yang sudah ada banyak komitmen dan juga hutang di atas nama bersama... boleh mengambil keputusan untuk berpisah.

Secara senangnya, nak je aku simpulkan bahawa salah seorang daripada mereka, mengalami masalah seven(teen) years itch yang merasakan pasangan mereka tidak lagi sesuai untuk mereka. Bak kata celebrity kat Barat tu... 'irreconcilable differences'. Memang kes dah tak ada keserasian bersama. Jadi daripada menyeksa diri sendiri, adalah lebih baik tinggalkan je cinta yang dah tak seberapa itu, berpindah kepada potensi yang lebih memberansangkan.

Tapi itu kalau nak simpulkan secara mudah. Dan emosi manusia tidaklah semudah itu.

Lepas kitorg borak2, ada satu masalah yang kami rasa menyumbang kepada keruntuhan 'perhubungan' kita2 yang senget ni setelah beberapa belas/puluh tahun bersama. Faktornya ialah apabila mereka mula bercinta semasa zaman belajar.

Semua orang boleh faham rasanya, pemikiran semasa study dan juga selepas berkarier, memang tak sama.

Masa belajar dulu stress sebab nak exam. Paling bangang pun, stress sebab sakit hati dengan pensyarah yang kedekut markah, pensyarah yang bagi kow2 masa pembentangan tesis. Ataupun sakit hati dengan budak yang nak mengorat partner kita. Kiranya, tekanan yang takde la teruk ke mana.

Tapi bila dah bekerja, dan makin banyak faktor yang masuk campur. Keinginan untuk dapatkan pekerjaan yang boleh dipanggil 'karier'; nafsu untuk mengumpul harta dunia (nak rumah sendiri, nak kereta besar, nak pakai smartphone, nak baju branded, nak melancong ke luar negara..).

Itu baru bab keinginan di waktu dewasa, tak termasuk lagi tekanan yang melanda orang dewasa. Tekanan dengan politik di tempat kerja, tekanan bila melihat rakan2 yang lebih berjaya, tekanan keluarga yang tak habis-habis tanya bila nak kahwin... tertekan! tertekan!

Dan apabila ada keinginan dan tekanan yang pelbagai ini, mula lah perangai pun dah tak boleh nak sama macam semasa belajar dulu. Dan masa itulah pasangan (ataupun diri kita sendiri) mula merasakan...
"Awak sudah tidak seperti yang saya kenal dahulu."
"Kenapa susah sangat awak nak faham kerja saya?"
"Kenapa awak tak boleh jaga saya macam si polan dan si anu?"
"Saya sepatutnya 'hubby' awak, tapi saya sedih bila gaji awak lagi besar daripada gaji saya."
"Keperluan saya awak tak hirau. Dan rasanya si 'dia' lebih pandai menjaga saya."

Pernah tak anda merasa sebegini dengan pasangan jangka panjang anda? Kalau pernah, macamana yang selesaikan masalah sebegini?

Yang penting kerjasama dan komunikasi, serta toleransi, itu yang kita perluuuu (macam lagu daaa). Masalah akan jadi lebih buruk, kalau masing-masing memendam perasaan masing-masing. Atas alasan, kesian kat dia. Dah lama bersama, jadi tak sampai hati. Ataupun kesian dia sebab kerjaya dia tak sehebat kita, kesian dia.. kesian dia.

Lama-lama, masing-masing asyik menyimpan perasaan, dan terjurus lah kepada kes mengadu masalah kepada orang lain. Dan kebetulan orang lain pula menyimpan perasaan terhadap si pengadu, dan terjadilah perhubungan sulit.

Semakin lama, luka semakin bernanah. Isu semakin melambak. Masalah tidak di tangani. Perhubungan semakin renggang. Masing-masing melayan perasaan masing-masing, tanpa ada rasa untuk berkongsi. Komitmen semakin bertambah, komunikasi semakin berkurang.

Akhirnya, apabila tidak dapat ditahan lagi, akan ada yang akan ingin memutuskan hubungan. Alasan paling mudah ialah kerana orang ketiga, yang lebih memahami dan lebih mampu memuaskan nafsu duniawi. Yang mana, kalau difikirkan, kenapa dia sanggup nak membuang segala keselesaan dan kehidupan yang dah dibina bersama? Kenapa selama ini sanggup hidup dengan tanpa komunikasi, tapi sampai satu tahap tak mampu juga bertahan?

Ataupun, adakah sebenarnya alasan memutuskan hubungan ialah.. "Sebenarnya aku takde la suka sangat kat dia tu. Masa sekolah dulu, test2 power, sekali tu lekat, kapel je la." My oh my, can you be more selfish?

Dan akhir kata, siapalah aku nak menasihatkan supaya seseorang itu mempertahankan hubungan yang semakin meruntuh. Cuma pada pendapat aku, dengan adanya ketelusan dan kejujuran dalam perhubungan, banyak isu yang boleh diselesaikan.

Jangan sampai nasi menjadi bubur, nanah menjadi barah, ulat menjadi rama-rama... baru nak di selesaikan masalah itu. Bila sudah terlambat, sedarkah anda bahawa anda juga telah sedikit sebanyak mengubah kestabilan rakan-rakan dan keluarga anda juga?

June 16, 2011

This shht has taken its toll...

Argh... skang ni waktu bersedih. haha... tetiba sbb aku sakit ati dgn Dianna Agron beberapa hari yg lepas, tetiba baru cam tersedar diri dan sedar yg dia ada PR.

PR yg mungkin memaksanya menafikan segala kabar2 yg berbunyi2 tentang orientasi seks dia.

In a way, I believe it wasn't easy for her.

Dianna's tweet:



Betul ke dia sakit, atau tak dibenarkan join concert malam tu? speku speku.

#toomuchloveforAchele

June 14, 2011

Showing support vs. coming out

My oh my... aku mmg terkesan sebenarnya apabila bangun tidur di pagi ahad yg lepas, bukak2 tumblr, dan dapat tahu Dianna Agron pakai t-shirt 'LIKES GIRLS' semasa menyampaikan lagu Born This Way. Punye la happy tidak terkira, ai terus masuk dlm facebook dan link ke gambar tu.

Memang memula rasa macam.. ke.. ada org photoshop gambo ni? Tapi setelah di lihat beberapa byk gambo. I am convinced! Gile la kan org nak photoshop gambo yg blurr yaamats. I was flailing the entire day. And watching Glee seems to be the only way to fangirl over her. Yipes!

Takyah tunggu esok, malam tu jugak Dianna Agron buat entry kat tumblr dia. Yang panjang lebar. Sepanjang 3000++ patah perkataan. Mengatakan yang dia pakai t-shirt tu utk support LGBT (or she writes it as GLBT -- and i think she purposely letak G kat depan). Dia juga tulis yg dia bukan lesbian, tapi kalau ye pun, dia harap org terima dia.

Aku tak expect pun yg dia akan come out selepas pakai baju tu. Gile la kan. walaupun ada dlm 5% dlm hati aku nak benda tu berlaku. Tapi aku juga tak expect dia akan bikin esei utk menerangkan tentang pilihan dia.

I love Dianna Agron for all her work. Dia SANGAT kreatif. But at some point of time, I think she worked too hard to confirm that she is not a lesbian. Kalau sesapa tau, masa dia di interview dgn Marie Claire dulu, bila ditanya apakah khabar angin yang paling tapape (absurd rumours) sekali yg pernah melanda dia. Dia jawab, ramai yg kata dia dgn Lea Michele kapel.

Dan kata2nya (menurut magazine tersebut)... "Everybody is convinced that Lea and I are in a relationship." First of all, Dianna... not everybody knows. Second of all... you call that absurd rumours? haih.

Sesungguhnya aku cam sedikit frust apabila dia byk sgt menidakkan kesengetan dia.

Kalau nak dibandingkan dengan Lea... Lea macam tak kisah pun. Dia takde pun ckp pape pasal gossip dia dgn Dianna. Mungkin ke sbb Lea ada boyfriend? Atau dia mmg jenis tak kisah pun. Dalam konsert, sapa yg sibuk2 nak pegang tangan, Lea jugak (ada satu konsert tu, takleh pegang tangan, dia letak tangan dia kat bahu Dianna). Dan gambo Lea kissed a girl pun ada. Apa komen Lea? tak pernah nmpk plak.

Maka boleh la korg tgk link bawah ni utk tgk t-shirt yg sesuai dengan Lea. huhu.

Apa2pun, don't get me wrong. I love Dianna... love love love her. Love the causes she support. Love the gay-ish haircut, love her cryptic tattoo... love those. Cuma sedikit frustrated bila dia byk sgt buat penafian. itu je.

Ye la kan.. sedangkan lidah lagi tergigit... apatah pula lidah Dianna Agron. weehu!

Then again, its showbiz. Anggap je la dia amik konsep Ricky Martin... straight until (almost) retired.



June 8, 2011

Faberry -- the sinking ship!



Snapshot di atas di ambil daripada AfterEllen.com. wee hu!

Aku bergembira jugak sbb aku jugak salah seorang shipper Faberry. ngahaha.. Dan kenapa the sinking ship? Sbb aku rasa Faberry takkan berlaku dlm glee, dan jugak, mcm yg ditulis oleh Heather Hogan dlm afterellen, sbb terlalu ramai dlm ship ni, maka Faberry akan tenggelam. huhuhu...

The thing is, Lea dgn Dianna ada chemistry yg sangat2 kuat. Sbb tu la dlm glee pun, walaupun diorg sepatutnye begaduh, cam still takleh nak buang eye-sex yg dicampakkan dengan cemerkapnye oleh mereka berdua. ngehehe...

Dan ini sebenarnya prequel kepada entry aku yg akan ditulis sebentar lagi, tentang artis dan closet. sekian.