October 23, 2010

Bahasa oh Bahasa...

Berapa ramaikah di antara kita yang sesungguhnya menggunakan bahasa melayu standard.. er... bahasa baku.

Semua orang sebenarnya lebih selesa menggunakan bahasa pasar. Sebab? lebih senang faham. kan?

Pastu bila ada orang tulis atau bercakap dengan bahasa baku, kita lagi suka gelak sama diorg.. sebab kelako. haha..

Contohnya kat opis aku ni, ada sorg mamat ni, cakap omputeh slang kemain berabuk lagi.. same goes with his Malay.

haha... Berikut adalah contoh2 percakapannya

'Kapal, mengapa content saya keluar begitu?'

'Saya rasa ada error yang berlaku semasa proses ini.'


Kenapa kelakar, ialah sebab kita selalunya bercakap dalam bahasa pasar. Jadi bila perkataan melayu bombastik seperti begitu, berlaku, memang cam pelik. Tu la kan, rakyat malaysia sendiri, takmau mengagungkan bahasa sendiri. hehe. Apo nak jadik ni.

Anyway, aku pun terpanggil untuk menukar bahasa di Facebook ke Bahasa Malaysia, dan ini lah hasilnya...


Oleh itu, saya boleh menyunting profil saya, tetapi diharap tiada siapa yang menyunting saya, kerana saya sudah mempunyai hubungan dengan Kaka Kaebun... hehe

October 20, 2010

kalaulah... mungkinkah... pastikah

Ingatkah satu bait kenangan,
cerita cinta kita,
tak mungkin terlupa
Buang semua angan mulukmu itu,
percaya takdir kita,
aku cinta padamu


Siapa kata senang untuk melakukan satu komitmen.

Secara mudahnya... sanggupkah kita beli beg tangan yang kita tak suka? Ataupun, beli beg tangan yang langsung takde baju matching. (oh, tapi lepas tu leh la beli baju baru pulak kan, supaya matching... taktik shopaholic. hehe).

Juga tidak senang untuk kita keluar dari kepompong keselesaan. Comfort zone, kata omputeh.

Kalau dah best2 duduk dgn mak bapak. Ada org yg masakkan, bayarkan bil api air, basuhkan kain baju... Nak duduk sendiri? Sedangkan yang dah berkahwin pun masih ada duduk serumah dengan mak pak, apatah lagi yang bujang.

Nasib baik kita manusia tak nampak apa yang akan berlaku di masa hadapan. Mungkin sekiranya kita tunggu sekejap. Sekejap sahaja lagi dengan komitmen yang ada itu, hasilnya akan lebih baik, kita akan lebih bahagia.

Ataupun, sekiranya kita pergi sekarang, mungkin kita tak akan sengsara... dan semakin sengsara, terus menanti waktu bila kita harus pergi.

Tapi sebagai manusia, kita tak mampu mengelak dari mengeluh dan berkata... 'kalaulah...'

if only
you were with me
pain would never be
happiness would never flee

closer i am to you
further intrigued i am by you
it is you, i am in to...