August 6, 2010

Pre-Anniversary getaway Pt 1 - cari teh

huih, rasa cam dah lama gile ai tak menulis di blog, maupun di mana2... Tapi sbb kali ni aku eksaited, mari aku tulis di sini.

Alkisahnya aku dgn boo cam pepening sbb anniversary kitorg jatuh dlm bulan pose. Bukan sebab kitorg nak buat kekeja lagha, tapi sbb kitorg nak pi mkn2 di siang hari, yg sah2 takleh dilakukan di time bulan Ramadhan al-mubarak.

Dan setelah Boo berjaya melarikan diri dari tugasan hariannya yang mengalahkan cikgu tadika, maka berjaya lah kami mengambik 2 hari cuti utk beronggeng2 di luar KL. Memula tu cam, mana la nak pi. Takkan balik2 Melaka je (sbb ada hotel murah), ataupun PD. Bosan heh PD. Tak byk spot amik gambo, dan takde pape mknn spesel pun. Pastu genting... huish, ai malas nak main, maklumla.. org tak adventurous. Ada jugak cadangan utk duduk di rumah je, dan buat pape yg patut dan tak patut, seperti melipat baju dan sebagainye.

Last2, memikirkan spot amik gambo yg byk, kitorg pun seawal kol 4 pagi besepakat ke Cameron Highland. Kol 5 pagi book bilik, kol 8.30 dah begerak ke tempat kejadian. Mmg macam cabut lari je kekdahnye. Tapi tu la, bila becinta dgn org yg dah masuk managerial line ni, mmg senang men cabut lari je, kalau di tahan2 kang, ada je masalah yg kena di settlekan... anak buah sakit la, kawen la, malas nak dtg keja la... huhu.

Anyways, time pegi tu aku naik lalu jalan Spg Pulai. Mmg jln cambest gak, tapi mak aih jauh. Dah la hotel kat tanah rata nun. Menggegel jugak la ai menekan2 brek semasa menuruni bukit tu. Bila sampai kat hotel, masuk2 je memang cantik hotel tu. Bersih, katil bersaiz super king, ada shower dan bath tub berasingan. Ada toilet yg ada hose. ahaha...

Tapi, utk price yg perlu di bayar, macam tak berapa berbaloi sbb takde complimentary mineral water, dan yg best sekali, takde air con!! Kipas pun takde.. maka pada waktu petang tu mmg aku agak stress sbb bilik cam stuffy. Tapi, time malam, hamik kau! Menggigil kesejukan. Beselubung bwh selimut jugak...

Ok, meh sini cerita aktiviti aku kat sana... Sesampainye kat sana, lepas check in sume, kitorg kebuluran dan bergerak mencari makan. Cari punye cari tpt makan kat Tanah Rata tu, yg ada byk kedai nasik kandar je. Lapar punye pasal, aku bedal nasik daun pisang, boo mkn beryani. Panas terus dada kat tpt yg dah tak berapa nak sejuk tu.

Lepas dah isi perut, Boo dah seawal2 naik kereta lagi bagitau yg dia nak aku bawak dia pi tpt yg ada byk pokok teh. Turun2 ke bawah tu, nmpk Bharat tea plantation, tapi hati semangat waja nak pi ke Boh plantation, dan gigih le aku mendrive terus turun ke bawah dan ke bawah mencari ladang teh boh...

Boo:
Rendah jugak tempat Boh ni. Biasanya teh rendah ni tak berapa sedap.

Aku:
Tapi i suka teh boh, I rasa macam sedap... Takkan rendah kot?? hmmm

Jalan punye jalan menuruni bukit, akhirnye smpi ke satu jalan kecik utk masuk ke dlm kawasan ladang.

Boo:
Tak nmpk pun ladangnye... Kecik je kot ladang dia.

Aku:
I baca artikel, Boh supply 70% teh di Malaysia... takkan la kecik.

Aku pun jadi curious jugak.. kecik sgt ke ladang boh nih... This cannot be. Ai suka itu teh!!

Pastu bila dah masuk ke jalan kecik tu, kitorg mula menaik. Tinggi, dan tinggi dan tinggi, dgn jln yg sempit, dan kena tekan hon kalau nak membelok.. baru aku dgn Boo tersenyap.. tinggi rupanye!! So mmg takde la alasan teh rendah tak sedap kan. haha.. Nasib baik aku bawak keta auto. Kalau manual... hadoi...

Pastu semakin kitorg menaik.. mula la pemandangan kami dipenuhi dgn pokok teh semata2... teh dan teh dan teh lagi dan lagi.. ha kau..!! Bila melihat keadaan di kiri kanan jalan tu, mmg sah la supplier utk 70%. Ni baru satu ladang... yg BOH tea plantations. Belum ladang2 kat tempat2 lain di Cameron tu. haih haih...

Ladang BOH ni hanya dibuka dr pagi sampai kol 430 petang sahaja. So, nasib baik la kami masih berkesempatan. Dr lorong ke ladang BOH tu, kitorg mendrive 6km utk sampai ke puncak.
Sampai ke puncak, (setelah berjenuh memutar stering) kitorg pegi tour ke dalam kilang selama 3 minit, dan seterusnye apa lagi, makan dan minum la. Aku yg fefeeling omputeh (harus la kan, sbb populasi omputeh kat atas tu lg ramai dr org Mesia...), minum teh dgn Scone. Boo seperti biasa, mesti nak yg perisa stroberi...

Lepas minum, selepas begambo sedikit sebanyak di celah2 pokok teh, sambil kengerian ditakuti kain dimasuki crawling insects, maka kami pun balik.

On the way balik, singgah plak kat kedai minum teh di ladang Bharat. Fuh, yg Bharat tu mmg lebih cantek dan lebih komersil kekdahnya. Dan seperti biasa, aku dgn boo minum jugak la teh kat situ kan. Kali ni kitorg order seteko kecil teh stroberi utk dua org.. Sambil nak bergumbira mengambil gambar, tetiba ujan la pulak.. aiyoh, kensel sesi bergambar di dalam ladang. Di tepian je la jawabnye...

Dah abis sesemua tu... dah petang pun kan, harus la balik ke bilik hotel, sebelum meneruskan sesi seterusnye.. iaitu makan steamboat yg letaknye di sebelah Hotel De la Ferns.
Steamboat kat situ katanya authentic highland steamboat. ntah tang mana authenticnye aku pun tatau. Bukan ke steamboat ada di mana2? ahahha... Tapi yg bestnye dgn RM23 sekepala, kitorg dpt ikan, sotong, ayam, udang, mihun, mi, sayo ijau, salad (bole iceberg tu depa buat steamboat...), cendawan dan bol2 yg belambak2.

Aku:
Byk ni boo.. leh abis ke?

Boo:
Boleh, kita mkn la pelan2.


Setelah makan dan makan bersama sup dia yg mmg maha sedap tu, last2 mmg tak mampu pun kami nak memperabis. Kalau la boleh ditapau, kan best. haih.


Oh ye.. aku cam nak letak gambo kat sini. Tapi tu kena tgk kamera. Sbb org kuat mkn ni, biasanya teringat utk amik gambo, apabila mknn dah tinggal separuh. Sangat tak feel kan? ahaha..


Ok, hari berikutnye, aku pi joourney mencari stroberi pula.. harap2 aku berdaya menyambung entry part 2. caiyok kapal!!!