December 16, 2012

I am so lucky...

Harini, aku dgn boo amik peluang utk bershopping seawal pagi. Timekasih pada big bad wolf yg x reti nak tutup dari jumaat. Maka org yg tdo awal hari sabtu, dn terjaga kebuluran jam 3 pagi boleh pegi mkn, dan bershopping. Tp bukan tu yg aku nk tulis. Aku nak sampaikan betapa beruntungnya aku ada boo. Kami berjaya mencapai keserasian dlm byk perkara; kerja, hobi, family, state of mind, dan toleransi yang tinggi. Maka, selepas 5 thn bersama, cinta itu masih kukuh, and the desire to be with one another is still strong. thank you, baby. u have no idea how lucky i am to have u in my life..

November 21, 2012

Istanbul tu hapa?

OK... aku baru tadi tgk cerita Istanbul Aku Datang. Dan datangnya aku kat TGV dengan sepenuh harapan bahawa cerita tu akan jadi best.. sweet... lain dari yang lain.. bla bla bla... sebagaimana yang diuar2kan oleh orang ramai yg dok sakan puji Lisa Surihani kat twitter.

so... fine.. duduklah aku dgn boo boo kat pawagam.

Keluarlah adegan2 Lisa... dgn monolog2 comelnya. Erm... tetiba terpikir, agaknya lah, bila Rafidah Abdullah menulis cerita ini, adakah dia memang letak Fazura dalam kepalanya? Sebab kalau lah dialog2 itu dikeluarkan oleh Fazura, dengan mimik mukanya dan kening terangkatnya itu, mungkin lebih sesuai. Tapi kang, ada lak yang mengata, terlalu sinonim la pulak gandingan Bernard Chauly-Rafidah Abdullah-Fazura. Tahniah la jugak sebab mereka berani gunakan Lisa sebagai pelakon wanita utama. Cuma bagi aku, tak berapa kick Lisa dgn dialog2 camtu atas sebab2 yg aku pun tak pasti. Tapi bak kata boo.. Lisa cam garang sket, so tak masuk sgt.

Moving on... bila ada muka Tomok keluar, lagi la macam tak masyuk. Mungkin cermin mata besarnya dan mukanya yg tak berapa besar, menjadikan segalanya tak proportionate dan aku lebih byk cringe tgk muka dia. ish...

So, setakat sepertiga cerita, macam tak rasa best lagi. Bila orang2 lain gelak (esp. bebudak perempuan skol-gal yg dtg panggung secara berjemaah), aku takleh paham. Ada masanya boo pun gelak, tapi aku tak. Eh, samting wrong dgn aku ke? Tapi lepas tu memujuk diri, ok takpe, mungkin bila hero abe Beto keluar, maka ceerita akan jadi best. In a way, ok la, Beto kira ok la jugak. Tp aku still tak rasa best.

Oh, oh.. the only scene yg aku tergelak besar2an adalah scene pelangi dan 'orang ria'. yg mana aku rasa suara aku yg paling kuat kot.

Lepas tu baru sedar... OMG, adakah aku tak rasa cerita tu best sbb aku senget???? Hmmm... mungkin jugak la.. tapi ada gak cerita cinta stret sblm ni yg aku suka. Esp. cite omputeh la... Contohnya cite Bridget Jones yg mana ada satu perempuan dgn dua lelaki... aku nak dia pilih Mark Darcy. Seronok je aku tgk cite tu.

Anyway, sesapa yg kata cerita tu sangat best dan mengesankan, aku mintak maaf, mmg tak menjadi kat aku. Tapi kalau aku tetiba berangan nak menulis skrip, mungkin itu yg patut aku pikir.. apa yg org lain suka, bukan apa yg aku suka. hehe.

Dan ini adalah perbualan aku dgn budak opis yg pi tgk cite tu 2 kali, dan mengaku bergenang air mata bila tgk salah satu scene cerita tu...

Aku: Part mana yang sedih cerita tu?

Budak kurus kat opis: Part yg dia kata bila dua jiwa sudah sebati tu.

Aku: Masa diorg duduk tepi laut tu? (pelik.. scene duduk pun sedih)

Budak kurus kat opis: tak, masa lepas bagi barang kat depan rumah tu.

Aku: Kat dalam rumah? Kat depan teksi? (masih takleh tangkap.. gile lembab)

Budak kurus kat opis: Dah lah.. u mmg tak faham perasaan dia masa tu.


haha.. terus ai blah.. dan mengukuhkan pendapat aku, yg aku ni senget sbb tu aku tak dapat perasaannya...
dan kemudiannya..

Budak kurus kat opis: Kapal kata dia tak jumpa cari scene sedih...

Budak opis berbuipren omputeh: Hah?? Tak jumpa? Dia cari dgn mata ke dengan apa?


ahahah... i rest my case...

Tapi.. all in all.. cerita tu berbaloi la jugak utk ditonton, sbb dialognya tersusun ok je.. takde la menggunakan bahasa pasar dan terjerit2 melampau.

Boleh la nak pegi tengok... dan tolong lah carikan aku scene yg sedih itu. Sekian.






November 8, 2012

Legalization of Same-Sex Marriage...

Selepas US election semalam, ada beberapa state yang memerlukan undi rakyat jelata untuk membikin same-sex marriage menjadi sah. Dan yang aku tahu sekurang-kurangnya ada 2 state yang dah menyokong same-sex marriage disahkan di negeri2 tersebut.

So, sekarang ni dah ada 8 kot state yang membenarkan perkahwinan sesama jantina kat US. Maka, sesapa yang rasa nak kawen tu, boleh la pergi melawat New York bebila, dan berkahwin di sana. Cuma korg agak boleh ke jumpa tok kadi kat sana? haha... Kawin atas kertas je la kengkawan. hehehe..

Dan kalau rasa payah beno nak apply visa masuk US (ye.. memang leceh lagi melecehkan apply visa US, rasa nak tendang2 pintu pagar embassy!!), maka korg pegi la kat Spain ye.. sbb dengar cerita, same-sex marriage kat sana dah masuk dalam perlembagaan. Keluhuran perlembagaan gituu..

Macamana plak kat Malaysia? Walaupun aku rasa aku ni senget tegarrr dan sangat2 suka bermonogami serta komitted dengan pasangan aku yang seorang itu, tapi sekiranya ada orang di Malaysia ni yg bermati-matian nak mengesahkan perkahwinan sesama jantina kat sini, rasanya aku akan tak setuju jugak.

Sebab yang pertama, kerana Malaysia adalah negara yang mengambil Islam sebagai agama rasmi. Dan majoriti bumiputera di Malaysia adalah org yang beragama Islam. Tak kisah la korg praktiskan ke, tak ke ajaran Islam tu, tapi bila mati, tetap nak di tanam kat perkuburan Islam.

Jadi kalau ada sesiapa yang mahu perkahwinan sebegini di anggap sah di sini, dah tentulah semua rakyat di Malaysia ni tau akan kewujudan gay yang melakukan hubungan seks. Rakyat malaysia tu termasuklah mak bapak dan ahli keluarga aku sendiri. Konfem diorg tamau terima aku. Jadi aku akan hilang keluarga. So, biarlah aku berpura2 sahaja di luar, asalkan diterima ramai. Tapi tu, alasan aku secara persendirian la kan.

Kalau nak diikutkan alasan yg lebih menyeluruh, aku amik konsep Justin Bieber. Kalau orang tu ramai yang suka, mesti sebenarnya lebih ramai yang benci. Jadi, sekiranya same-sex marriage menjadi popular di sini, mesti ramai yang gembira, tetapi lebih ramai yang akan menyampah. Kalau dulu lelaki menyampah sbb kita leh ngorat perempuan yg comel2, tapi sekarang, bertambah menyampah sebab kita boleh kawen dengan perempuan yang dia suka. Sejujurnya, aku tak sanggup tengok kengkawan aku menjadi mangsa kebencian yang tak dinafikan boleh menjurus kepada hate-crime. Kalau korg baca Metro sekarang ni, Malaysia tak sunyi daripada hate-crime. Tgk je la berapa ramai manusia yang dah disimbah asid...

Jadi, kalau ada yang kata, sbb aku senget, maka aku sepatutnye menyokong parti politik yang memperjuangkan kesengetan, telahan anda salah ye. Saya tak rasa parti politik tersebut kalau menang pun mampu membawa perubahan terhadap orang2 senget ni. (tapi itu saya, bukan kamu...).

Apa yang aku mahu di Malaysia ni, kita bebas berfikir dan berorientasi seks sesuka kita, tanpa mengganggu ketenteraman orang ramai. dan tanpa orang ramai mengganggu ketenteraman kita. Ini lah yg dikatakan 'ignorance is bliss'. Ambil kesempatan di atas orang yang tidak mahu ambil peduli kat kita. Diorg biarkan kita, kita buat hal sendiri. I tak kacau u, u tak kacau i... syudeh.

Tapi kalau aku kat US, mustilah aku sokong same-sex marriage, bukan untuk aku, tapi untuk warga majoriti di sana yang boleh kawen ikut cara sesuka hati diorg... Mungkin juga kalau aku kat sana, aku pun tak kawen, sebab aku masih lagi fikir yang aku orang Islam. Cukup2lah bebenda tapape yang aku lakukan selama ni...


October 28, 2012

oh yeah..

ok, so i got an app to publish from the phone. naisss.

October 25, 2012

Now reading



Tina Fey seorang penulis yang sangat hebat. Sampai sekarang aku rasa Mean Girls yg ditulis oleh Tina Fey adalah sebuah epic tentang Isu remaja. Soo accurate. Aku boleh tgk mean girls tu sepanjang masa! Dan dialog2 cite tu sgt mengesankan seperti:

- four for you Glen Coco, you go Glen Coco!
- and evil takes a human form in Regina George- one time she punched me in the face... It was awesome...
- on october third, he asked me what day it was.

Dan 3 october dinobatkan sebagai Mean Girls day!

So,sesapa x tgk mean girls lagi... Adalah satu kerugian. Haha.. Sesuka hati aku je kan dictate. Hehe

Anyway, apa aku merapu pasal mean girls daaa... Bossypants, penuh dgn ayat2 witty, sarcastic and twisted. You need to have the brain for jokes, barulah x bosan baca buku ni!

October 24, 2012

Obsesi diri...

Dah berzaman rasanya aku x menulis. Mostly disbbkan aku xleh fokus dgn benda lain selain keje kat opis. Kang tulis blog pun pasal bebenda opis gak. Pasal pompuan puaka, lelaki kaki gossip....bla bla bla.

Haritu aku ada berkira2macam nak tuka blog host. Lama sgt dgn blogspot, apa perasaannya agaknya kalau bertuan rumahkan org lain.
Ada terpikir nak buat wordpress, tp pastu masa aku dihabiskan dengan mencari layout yg seswai. Dah malas rasanya nk mempodeh2 layout.
Pastu sbb aku gila tumblr, nak la plak bikin kat tumblr. Tp macam terhad je la plak nak tulis kat situ. Nak tepek gambo, mana la den reti nak buat gif. Haih. Last2, malas punya pasal. Ai bertahan je malas nk tuka host, seterusnya malas jugak nak menulis.

Tu lah kan, punye byk hosting skarang ni, sampai rambang mata. Kalaulah, dgn kecanggihan intenet skrang, umur aku baru nak naik 23 tahun, ntah apa barang yg boleh aku buat. Skrg ni pun aku masih pandai obses, apatah lagi dedolu. Kalau umor aku 23, ntah berapa byk gif Achele yg aku dah buat, dan tah brp byk role playing game yg aku join  Haha

Nk cite sket, even dgn limitasi teknologi  dulu, tp sbb aku sgt obses dgn michiru/haruka, berikut adalah bebenda yg aku buat demi kerana sukenyee pada mereka:
1. Email aku semua nama michiru. Onlymichiru kekdahnya. Gile gedik.
2. Belambak2 wallpaper michiru dan haruka yg aku buat. Tu x termasuk lagi watak2 lain yg aku kapelkan dr dlm sailormoon tuh. Hehe. Kalau skrg agaknya aku dh ada deviantart account.
3. Tulis fanfiction, walaupun byk je yg x siap. Haha. Baca fanfiction toksah kata la. Pendek kata, sepanjang masa terbukak fanfiction.net tuh.
4. Tuka skin yahoo messenger yg mana semua background, icon bagai aku letak muka diorg. Korg ada bebenda ni dolu? Haha. Tu x termasuk tuka skin winamp player. Nasib aku x reti buat sendiri skin winamp. Adehh
5. Buat blog dedicated to sailormoon, yg ada beberapa ketul je apdet
6. Join forum bebudak obersi yg keje diorg cuma diskas pasal haruka dan michiru sahaja. Agak2 boring x? Tak boring ok!! Semorg obsesssss... Forum aku join, yahoogrp pun melambak2 yg aku join. Penuh mailboxx.. Tapi dlm masa yg sama, dpt la kenal butch2 dan aweks2 canada dan germany bagai. Siap leh chatting guna AOL lagi uols. Hahahaha. Gile oldskool aol!!

Sekarang ni? Mungkin aku dah makin tua ke yg menyebabkan aku jadi xde la obses sgt. Ataupun... Fokus aku x sepenuhnye kat kehidupan online? Maklumlah, sejak partner aku org yg lebih muda... Mungkin lebih obses dgn adultery yg dulu xde la byk sgt. Haha.

August 14, 2012

Happy anniversary!

Yesterday was our anniversary.. Haha.. Bila annie tanya, dah tiga tahun ek... Sebenarnye dah lima tahun. Gilekentang. Macam cepat gile masa berlalu. Dah lima tahun aku dgn booboo...

Lima tahun yang penuh dengan kenangan pahit manis. Lima tahun yg berkali2 tergigit lidah (in both good and bad way.. Haha). Lima tahun yang banyak gelak tawa dan air mata yang melimpah ruah.

But the truth is, walaupun dah lima tahun, dialah yang aku pandang sebelum melelapkan mata. Dialah juga yang aku cari setiap kali terjaga dari tidur. She is one of the best things that ever happened to me! Thank you baby boo, allow me to love you till the day i die...


August 5, 2012

Sekapal, i miss u...

Aku tau memang patutnye bulan puasa ni patut tulis pasal bebenda yang bebaik dan tak tapape, tapi aku terpanggil gak nak tulis.
Semalam aku dok tgk2 tumblr, tertgk la gambo2 siri tv yang aku dah lama gile tak tgk, sbb malas nk donlod (gile bengong speed streamyx macam tupai puasa apabila kawasan ni dah ada unifi.. Ciss)

So, tgk2 punya tgk, tetiba rasa jantung aku cam kosonggg.. Kosongg ongg ongg..
Sbb pe... Sebab secara jujurnya, aku rindu jadi senget.

Haha.. Ini tak le bermaksud skarang ni aku tak senget. Tapi rasa macam rindu dikerumuni kengkawan senget, yang aku boleh cerita pasal macam2 benda. Pasal life biasa, tanpa perlu nak kaver2. Kalau sambil tgk olimpik tu, leh sambil mengusha. Ni kalau tgk dgn opismate, simpan je la segala komen2 yang berbaur kesengetan itu.

Selain daripada itu, aku pun rindu tengok cerita senget. Rindu nak tengok kehidupan yang tak jauh beza dari kehidupan aku. Perasaan tertekan, seronok, sedih, gembira yang boleh aku relate dengan rasa aku sendiri. Ish... Rindu rindu

Dan aku pun rindu jugak nak baca buku senget. Tgk gambo org2 senget lagi dan lagi tanpa segan silu.

Bottom line, aku rasa kerja aku dah byk makan dalam. Macam dah hilang apa yang aku suka buat. Nak tulis blog pun dah malas. Aku perlu cari diri aku yang hilang. I need to be fun, and gay!!

August 4, 2012

Just saying...

So, SpeMily would make a cute couple..



July 22, 2012

Idea dalam Keterbaringan

Aku tgh demam skang. Maka kehidupan hanya di atas katil dan boo bekalkan ipad supaya aku x boring. Sambil dia temankan aku, sambil dia mengapdet blog. Maka aku pun teruja baca blog lelama, dan terbaca entry zaman batu aku pasal perfume.

Kitorg baru je blk dr langkawi, so, sbb langkawi kan byk perfume dgn harga lebih murah daripada biasa, maka booboo mengambil kesempatan tambah koleksi perfume dia. Hihihi.

So, harini aku nk share perfume2 booboo yg ada kat dlm almari kitorg...

Ini daily perfume dia, start dr aku la yg bagi as hadiah besday, sampai la ni dia suka,dan dh pandai beli sendirik. Hehe...



Ralph Lauren blue ni pun patutnye jadi daily perfume, tp sbb gile susah nak cari perfume ni kat sini, maka boo kata harus jimat2. Walaupun ada dua botol kat dlm lemari tuh. Haih.. Sesapa tau mana nk cari perfume ni, sila kontek ai. Huhu..


Perfume magnifique ni pulak, dipakai pada agenda2 tertentu shj, seperti bila dia fefeeling ala2 anne hathaway. Hihihi..



Ini pulak latest addition yg dpt ditapau dr langkawi.


So, kenapa aku sibuk letak perfume boo kat sini? Sbb saya suka buahati saya wangiii! Hehe..