July 22, 2012

Idea dalam Keterbaringan

Aku tgh demam skang. Maka kehidupan hanya di atas katil dan boo bekalkan ipad supaya aku x boring. Sambil dia temankan aku, sambil dia mengapdet blog. Maka aku pun teruja baca blog lelama, dan terbaca entry zaman batu aku pasal perfume.

Kitorg baru je blk dr langkawi, so, sbb langkawi kan byk perfume dgn harga lebih murah daripada biasa, maka booboo mengambil kesempatan tambah koleksi perfume dia. Hihihi.

So, harini aku nk share perfume2 booboo yg ada kat dlm almari kitorg...

Ini daily perfume dia, start dr aku la yg bagi as hadiah besday, sampai la ni dia suka,dan dh pandai beli sendirik. Hehe...



Ralph Lauren blue ni pun patutnye jadi daily perfume, tp sbb gile susah nak cari perfume ni kat sini, maka boo kata harus jimat2. Walaupun ada dua botol kat dlm lemari tuh. Haih.. Sesapa tau mana nk cari perfume ni, sila kontek ai. Huhu..


Perfume magnifique ni pulak, dipakai pada agenda2 tertentu shj, seperti bila dia fefeeling ala2 anne hathaway. Hihihi..



Ini pulak latest addition yg dpt ditapau dr langkawi.


So, kenapa aku sibuk letak perfume boo kat sini? Sbb saya suka buahati saya wangiii! Hehe..


June 26, 2012

Bila pompuan zaman batu buat perangai! Detss it!!

Rasanya ramai je yg tahu, kat opis sekarang, aku mmg dah out. Dan pada kebanyakan masanya, diorg tau sbb cara aku yg manja dgn boo, dan jugak boo mengkonfemkan yg kitorg mmg together.

Sejak tahun 2009, dah beberapa ramai yg tau aku senget. Tapi kebanyakannye mmg setakat tahu, dan buat dek je. Takde pun nak perli2 yg aku ni senget, dan takde pun amik port apa bebenda intim yg aku buat dgn boo.


Nak dijadikan cerita, dlm tahun lepas ada la sorg budak kat opis mula dapat tahu dan dapat mengkonfemkan kesengetan aku dgn boo. Dgn bersangka baiknye aku pun ingatkan dia ni sama la macam yg lelain. Jenis tak amik port.


Walaupun masa memula tau tu, dia ada la dia cam pandai nak bagi2 remark macam perli2 keintiman aku dgn boo. Things like... What we did when we are alone, and those sort of things. Tapi masa tu, aku ingat, sbb minah ni dah kawen, maka dia suka la nak kecoh pasal benda tu. so...aku mengabaikan aje. Oh ye, utk narration purposes, aku gelarkan dia 'pompuan zaman batu'.


Lately, ada sorg staff baru, yg senang aku gelar as budak kecik. Kebetulan la pulak budak kecik ni jenis memanja la plak. Dgn aku dia gegedik manje, dgn boo pun tak kurang gediknye. Tapi sbb boo selalu bz kat opis, maka dia rapat gak la dgn aku.


Yang aku sakit hatinye, si pompuan zaman batu ni, tak abis2 nak perli2 kononnya aku ni menggatal dengan budak tu, siap dok ckp2 kat boo apa yg aku buat dgn budak tu. Aku amik air sama nak repot, borak bedua nak report... Gile kak nam! Kengkonon nak boo tau la yg aku mencurang kat opis. Mmg mcm cilakss...


The best part is, boo tau je apa yg aku dok cite2 kat budak tu. Dan boo pun rapat jugak dgn budak tu. Kira macam, kitorg bedua seronok adopt budak tu dan heret kemana2 sbb dia suka sajes tpt makan yg menarik2. Perut punya pasal...ai suka je.


Berbalik kpd pompuan zaman batu ni... Makin lama makin banyak dia dok perli2 aku. Mengata aku buat maksiat la kalau kitorg gi toilet atau ke surau berdua. Ckp aku dah tak ingat kawan lain la bila aku gi lepak kat pantry dgn budak tu. Yg peliknya, kalau dah nmpk kitorg pegi lepak pantry, apa payah sgt kalau kau join? Motif nakkk jugak perli?


Prkara yang membuatkan aku rasa bengang sangat ialah...aku boleh rasa la, kalau aku ni tak senget, sure dia takde nak perli2 mcamtu. Ramai je bebudak pompuan rapat bedua kat opis tu, kenapa aku gak yg dia nak kecam?!

Honestly, I feel she violates my right to get acquainted with female colleague! Apa ingat sbb aku senget, aku berniat utk masuk dlm seluar semua bebudak pompuan kat opis tu? Pls la, aku sangat sangat happy dgn boo. We have a working relationship, dan aku ni masih pompuan. Tolong jangan samakan aku dgn suami2 gatal di luar sana. I am monogamously comitted.


Sekarang ni, dah kau perli aku luar dalam, tak mengira depan org ke, belakang orang ke.... Boleh kau nak buat muka sedih bila aku dah malas nak layan kau? Hehehe... Silap la buat hal dgn org pendendam macam aku ni. Awal2 tu aku ok...malas nak layan, tapi sekarang ni... Nasik sudah menjadi bubur, ko buat la muka kesian macam mana pun, muka kau tetap kelihatan macam tapai basi di mata ku.


Oh, moral entry kali ni, aku dah serik nak come out kat opis. Ingatkan multinational company yg agak gay friendly ni org2nya agak bijak utk buat bodo je...tapi tidak. Masih ada lagi org2 zaman batu yang kononnya macam boleh terima, tapi hakikatnya, menghakimi kita tanpa disedari.


Bukan senang aku nak menerima diri aku ini tak macam orang lain, tapi tolonglah jangan susahkan lagi hidup aku...

June 13, 2012

Mengorat... is not a trick question

Its Monday morning...

Utk aku, perasaan berada dalam isnin pagi sangat indah. Boleh bangun lewat, sbb hari semalam dah kemas rumah ataupun pegi melilau merata kelumpo. So, monday is to enjoy breakfast with my beloved and together dread the coming night, when we again need to go to work... Sighhh... Tapi harini, boo ada team outing plak dengan anak2 buahnya, maen tembak2 lagi.

Dan sbb harini aku rasa sangat antisosial, dan sangat malas nak beriadah, maka aku breakfast la sensorg. Enjoying the view, becoming a second hand smoker...

 Oh yeah, tercerita pasal opis aku, ada sorang mamat kat opis aku ni, berjantina lelaki la kan, yg byk kali aku dengar cerita, dia ni single, tapi gopoh gile nak mengorat. Beberapa bulan lepas ada insiden dia ni nak mengorat, tapi masa tu sbb pompuan yg diingini tu sama kecoh dan gopoh, so, tak jadi, but it is a mess sbb satu opis tau reputasi mamat ni, akibat si pompuan tu gigih bwk mulut bercerita kat semorg.

Ni baru2 ni, ada dengar cerita lagik, ada yg tak selesa lagi dengan dia. Sbb macam cuba mengorat2 dgn tanpa rasa segan silu.

Haih... Kesian mamat ni, haruskah dia belajar macamana nak mengorat daripada pompuan2 senget? Hehe.. Dalam dunia yang mana kebanyakan pompuan mementingkan kecantikan dan wang ringgit, sesapa yang tak hensem dan tak kaya raya, seharusnya ada taktik utk mengorat, dan jangan main terus2 je mengendeng2 mana2pompuan yg disukai. Kena ada perseverance. Sabar dan yakin! Baru boleh dapat pompuan yg diidamkan.

 Tetiba nak tercerita pasal diri sendiri. Aku mmg rupa langsung takde, duit pun jgn la nk harap. Tapi dalam kehidupan senget aku, pernah je aku dapat mengorat pompuan yang sah2 dah ada boyfriend. So, macamana cara nak dapatkan pompuan yg korg suka, walaupun tak hensem, tak kaya dan tak romantik macam aku.

 Tips yg pertama,mestilah pilih perempuan yang rasa2 boleh dipikat. Memang kalau nak diikutkan, nak set2 nasha aziz, set makhluk Tuhan paling seksi, tapi... tinggalkan la diorg tu utk org2 yg kaya dan hensem. Pendek kata, sblm mengorat, ukur baju di badan sendiri. Sbb bila dah dapat, takleh nak lari. Haha

Tips yg kedua, jangan gopoh. Memang niat selepas pertama kali bertentang mata ialah untuk mengorat, tapi... Jangan sampai dia perasan yg kita nak ngorat dia. Nanti dia rasa tak selesa dan tak pasal2 korg kena rejek sebelum bermula. Gelojohss sgtss.

So, di awal2 proses pengoratan tu, apa kata jadi telinga yang baik, dan jadilah pendengar yang rajin. Jgn judge apa2 yg dia decide atau buat. Kalau lagi bagus tu, campak2 la sket lawak2 barang sekeping dua, buat dia tergelak. Supaya, dia akan rasa suka bila bersama dengan kita. Gituu..

 Dan apabila sampai masa dia tetiba suka mengadu kat korg pasal boyfriend dia... Boyfriend tak baik la, tak romantik la, itu la, ini la... Maka, penantian tu tak lama la tu. hehe.. Its just a matter of weeks, before she responds to your touch. Ngahaha

 Dn jugak, apabila sudah berjaya heret ke katil, sila jangan gopoh jugak. Buat la segalanya slow2, supaya ada lebih masa nak sampai ke.. er.. akademi fantasiaaa! Kalau awal2 dah menuju puncak, karang cepat pulak nak turun ke tanah pamah. Best ke? takbest takbest.

Kesimpulannya, mengorat bukan satu anugerah ye, ia adalah satu skill yang boleh digilap. Lagi tua umurnye, lagi terer mungkin skill mengorat. Maka, berhati2lah dgn senget2 yg dah tua2 ni. Yg dan lebih 35 tahun ke.. ish ish.. bahaya! Senang je kang korg kena ngap! Sekian...

May 19, 2012

ungh..

adakah ini hanya tinggal kenangan sahaja? sedih okeh! seperti fairy tale yg retak seribu...

May 18, 2012

My faberry feelings... where art thou?!

Rasanya aku sekarang ni hanya akan menulis bila ada perkara yg berkaitan dgn tv... tv... tv... dan movie. Nampak sangat hubungan aku dengan dunia ni terhad kepada apa yang aku download dan juga apa yg tertepek di dashboard tumblr aku setiap hari. Sesungguhnya aku dah agak terputus hubungan dengan dunia luar, iaitu dunia realiti. Ha ha.. nasib lah. Yang penting aku masih hidup dan bernapas, walaupun ber bff dgn gajet, teknologi dan internet.

Anyway... seperti biasa, aku obses dgn Glee... Bukan dengan cerita tu sangat. Ada je episod yg aku malas nk tgk, banyak je scene yang aku skip2. Dan ada jugak masanya aku rasa nak baling kasut kat pc ataupun kat tv. Tapi mengenangkan aku dan barang2 electronic ni juga bff, so.. tak jadi...

Sesiapa yang mengikuti episod terrr baru Glee... Kalau yg folow kat Star World pun tak jauh sgt larinya. Dlm kurang 4-5 episod je dari yg ditayangkan kat US.

Sekarang ni kebanyakan glee club members dah nak habis senior year. Kiranya, kalau kat melesia ni, dah tingkatan 5 dah la. Dan masing2 nak graduate sekolah menengah. Korang ada masa sekolah menengah dulu graduate? Tak semua sekolah menengah kat malaysia ni ada konsep graduate dan CGPA, tapi ada sekolah yang ada. kan kan?

Dan lepas ni, takde la lagi org2 yg sama menari2 di dalam choir room itu. Sbb masing2 dah abis sekolah. Quinn Fabray gelpren aku plak dah nk masuk Yale. yeah... dan nnt kat sana dia sure akan terima kenyataan yang dia sebenarnya sukakan perempuan. haha.. yess.. Masa tu, dia sure berani mengaku perasaannya kat Rachel Berry. Tapi Rachel yg bengong tu tetap pilih Finn utk menjadi pasangan hidupnya. Bosan! Macamana ada org yg boleh suka kat Finneptitude itu? Ye, ini adalah sebab2 kenapa setiap kali lepas tgk Glee... ada rasa sedih, rasa marah dan rasa cam dets it! Ini kali terakhir aku tgk Glee..

Tapi kenapa aku tetap tengok jugak. Sbb harapan.. harapan yg akan ada Faberry interaction dalam episod tu. Dan setiap kali tu lah... tetap tak ada. Pelik gak kan, dengan adanya harapan, manusia sanggup meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran, halangan, dan juga penuh dengan manusia lain yang menjengkelkan.. euw euw!!

Skang ni, lagi la bila bukak2 tumblr, kuar plak gambo Lea Michele yg berdating dgn Cory Monteith. Oh my.. lagi menjengkelkan!! Mungkin aku perlu take a break. Jgn terlalu obses dgn Lea Michele lagi... at least not until she is single again.. haih.

Nasib baik aku masih ada Dianna Agron. Kang kalau dia ada buipren, aku akan sakit ati balik ke? Mungkin. hahaha.


March 15, 2012

Apa saja untukmu.. konon katanye...

Aku ada kenal sokrang budak senget ni. Nak kata budak ni jahat, takde la jugak. Nak kata baik... pun macam tak sangat. Sedangkan aku pun tak baik, maka aku nk kata org lain baik? Jgn hareps. heheh.

Anyway, dia ni selalu gak la cite citi pasal awek dia. Sanggup buat memacam kat awek dia. Itu lah, ini lah. Tapi dalam masa yang sama, bila org lain mula bercerita pasal beristeri dua, berawek dua, berkekasih gelap.. ha... masa tu kuar la angin kus-kus dia.

Masa tu lah start mempertahankan orang yang pasang awek lagi sorang. Dengan senang hati mengaku bahawa takde salahnya pasang dua. Sbb alasannya tak bahagia la, si dia tak memahami la, tak cukup pandai membuat kerja rumah la, bla bla bla.

Eh, baru semalam ko kata sanggup buat apa sahaja untuk dia, harini, dah nak pasang lain sebab alasan2 remeh camtu?

Apa kata, 'apa saja untukmu' tu, digunapakai untuk menerima dia, dan memberi sokongan untuk dia memperbaiki diri sendiri. So, 'apa saja untukmu' itu bukan terhad kepada perkara2 fizikal seperti bagi wang mas, rantai berlian, drive dia ke sana ke mari, bergaduh dgn org2 yang tak baik dgn dia, etc etc etc...

Kesimpulannya, aku tak kisah kalau tak ramai yg boleh beri 'apa saja untukmu' kat pasangan masing2. Setiap org ada had dan limitation sendiri.

Tapiii.. kalau tetiap hari ko asek cakap berdegar2, bagitau semua org apa yg ko buat kat dia. Dan jugak berdegar2 sibuk nak cari lain. Bosan okeh!

Sekian!

February 28, 2012

1 more spoon of Cough Syrup now...



If I could find a way to see this straight I'd run away 
To some fortune that I should have found by now

January 28, 2012

Coming out song? More like lagu kawen!

Memutar lagu2 dlm shuffle buruk ni, tetiba terputar la plak lagu Mel C, Never be The Same Again.

Tetiba bila dengar lagu tu, terdetik plak rasa macam masa mula2 come out dan menerima diri sebagai senget, dan jugak mendapat gelpren.

Aku sendiri rasa aku takde pun coming out song. Macam coming out song yg paling glamer ialah 'I will Survive'. Still, taktau la berapa ramai di antara korg yg mengambil lagu tu sebagai coming out song korg kan.

Anyway, lagu Never be the same again ni, bagi aku sesuai utk yg come out dr perasaan keliru. Mungkin sblm menerima kenyataan yg masing2 saling cinta, masing2 hanyalah kawan biasa. Bak kata patah2.. Kawan, kawan, kawan... kawen! (3K + 1!)

Dan setelah diamati2 liriknya, mmg sesuai utk aku nobatkan lagu ini sebagai lagu cinta berputik di antara aku dan boo. eceh!

Meh tgk sket liriknye...



I call you up whenever things go wrong.
You're always there. You are my shoulder to cry on.
I can't believe it took me quite so long.
To take the forbidden step.
Is this something that I might regret?

Tu la kan.. ada masalah je, selalu call.. cerita kat dia. Semua2 lah aku cite kat dia. Sampailah satu hari aku sanggup mengambil 'forbidden' step itu. Yang memula mmg mcm takut menyesal.. tapi, janji berani! Dan 'forbidden'  tu bukan setakat cinta senget, tetapi juga sbb.. er.. its complicated. ngahaha







I thought that we would just be friends.

Things will never be the same again.
It's just the beginning it's not the end.
Things will never be the same again.
It's not a secret anymore.
Now we've opened up the door.
Starting tonight and from now on.
We'll never, never be the same again.
Never be the same again.


Kan... ingatkan nk kawan je, tapi semuanye dah lain. Tak akan sama seperti sebelumnye. Dan apabila semuanya bukan rahsia lagi... Segalanya takkan sama macam dulu.... kiranya..... "AKU DAH ADA GELPRENNNN!!"






Now I know that we were close before.
I'm glad I realised I need you so much more.
And I don't care what everyone will say.
It's about you and me.
And we'll never be the same again.


Honestly baby boo.. i'm glad i realized i need you so much more. Otherwise... i'd never enjoyed the difference being with you.

And finally...

As our energies mix and begin to multiply.
Everyday situations, they start to simplify.
So things will never be the same between you and I.
We intertwined our life forces and now we're unified.


oh yeah!




January 25, 2012

Ada apa dengan Troian?

Sapo Troian Bellisario nih?


Kaki tonton Pretty Little Liars memang sure la kenal dgn minah nih, yg melakonkan watak Spencer Hastings.

Memang dlm PLL kita semua sedia maklum Emily mmg sah2 senget. Tapi yg membuatkan radar aku terlebih bergetar adalah Spencer sebenarnya.Adakah sbb her preppy look, atau topinye kah, atau outfit pemain tennis yg mengimbau kembali kenangan Dana Fairbanks?





pikior pikiaq

Tetiba terpikir.. apsal la aku malas nak update blog. Ataupun, malas nak publish... eh, sebenarnya malas nak tulis sampai abis. Ada idea, tulis pastu save, pastu tak reti nak abihkan.

Ada org kata, kalau buat keja tak abis, sama la macam berak tak basuh. ngahaha... Org tetua ni suka bagi perumpamaan pasal berak la. Cuba la buat perumpamaan, seperti budak pergi sekolah taknak balik, seperti makan tak basuh pinggan, ataupun seperti bukak pintu tak reti2 nak tutup! ke...

Anyway, sekarang aku nak  mengingatkan diri sendiri. Memblog ini bukan satu perkara yang nak kena pikior kuat2, atas alasan kang kalau tulis takbest takde org nak baca. Kekdahnye, ramai ke org yg baca hatta setinggi langit pun kehaibatan kau tulis? ngahaha..

Pokok pangkalnya, aku mmg dah lama tak tengok wayang. (ye, ayat ini takde argument.)

Sekian.