January 28, 2012

Coming out song? More like lagu kawen!

Memutar lagu2 dlm shuffle buruk ni, tetiba terputar la plak lagu Mel C, Never be The Same Again.

Tetiba bila dengar lagu tu, terdetik plak rasa macam masa mula2 come out dan menerima diri sebagai senget, dan jugak mendapat gelpren.

Aku sendiri rasa aku takde pun coming out song. Macam coming out song yg paling glamer ialah 'I will Survive'. Still, taktau la berapa ramai di antara korg yg mengambil lagu tu sebagai coming out song korg kan.

Anyway, lagu Never be the same again ni, bagi aku sesuai utk yg come out dr perasaan keliru. Mungkin sblm menerima kenyataan yg masing2 saling cinta, masing2 hanyalah kawan biasa. Bak kata patah2.. Kawan, kawan, kawan... kawen! (3K + 1!)

Dan setelah diamati2 liriknya, mmg sesuai utk aku nobatkan lagu ini sebagai lagu cinta berputik di antara aku dan boo. eceh!

Meh tgk sket liriknye...



I call you up whenever things go wrong.
You're always there. You are my shoulder to cry on.
I can't believe it took me quite so long.
To take the forbidden step.
Is this something that I might regret?

Tu la kan.. ada masalah je, selalu call.. cerita kat dia. Semua2 lah aku cite kat dia. Sampailah satu hari aku sanggup mengambil 'forbidden' step itu. Yang memula mmg mcm takut menyesal.. tapi, janji berani! Dan 'forbidden'  tu bukan setakat cinta senget, tetapi juga sbb.. er.. its complicated. ngahaha







I thought that we would just be friends.

Things will never be the same again.
It's just the beginning it's not the end.
Things will never be the same again.
It's not a secret anymore.
Now we've opened up the door.
Starting tonight and from now on.
We'll never, never be the same again.
Never be the same again.


Kan... ingatkan nk kawan je, tapi semuanye dah lain. Tak akan sama seperti sebelumnye. Dan apabila semuanya bukan rahsia lagi... Segalanya takkan sama macam dulu.... kiranya..... "AKU DAH ADA GELPRENNNN!!"






Now I know that we were close before.
I'm glad I realised I need you so much more.
And I don't care what everyone will say.
It's about you and me.
And we'll never be the same again.


Honestly baby boo.. i'm glad i realized i need you so much more. Otherwise... i'd never enjoyed the difference being with you.

And finally...

As our energies mix and begin to multiply.
Everyday situations, they start to simplify.
So things will never be the same between you and I.
We intertwined our life forces and now we're unified.


oh yeah!




January 25, 2012

Ada apa dengan Troian?

Sapo Troian Bellisario nih?


Kaki tonton Pretty Little Liars memang sure la kenal dgn minah nih, yg melakonkan watak Spencer Hastings.

Memang dlm PLL kita semua sedia maklum Emily mmg sah2 senget. Tapi yg membuatkan radar aku terlebih bergetar adalah Spencer sebenarnya.Adakah sbb her preppy look, atau topinye kah, atau outfit pemain tennis yg mengimbau kembali kenangan Dana Fairbanks?





pikior pikiaq

Tetiba terpikir.. apsal la aku malas nak update blog. Ataupun, malas nak publish... eh, sebenarnya malas nak tulis sampai abis. Ada idea, tulis pastu save, pastu tak reti nak abihkan.

Ada org kata, kalau buat keja tak abis, sama la macam berak tak basuh. ngahaha... Org tetua ni suka bagi perumpamaan pasal berak la. Cuba la buat perumpamaan, seperti budak pergi sekolah taknak balik, seperti makan tak basuh pinggan, ataupun seperti bukak pintu tak reti2 nak tutup! ke...

Anyway, sekarang aku nak  mengingatkan diri sendiri. Memblog ini bukan satu perkara yang nak kena pikior kuat2, atas alasan kang kalau tulis takbest takde org nak baca. Kekdahnye, ramai ke org yg baca hatta setinggi langit pun kehaibatan kau tulis? ngahaha..

Pokok pangkalnya, aku mmg dah lama tak tengok wayang. (ye, ayat ini takde argument.)

Sekian.


December 3, 2011

gay-gals-goggles on Quinn Fabray

ah.. rupa2nya menonton Glee musim pertama dengan memakai kacamata kesengetan sangat indah dan berbeda rupanya.
Dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal Quinn yg senget. Tapi selalu takde motivasi. Tapi setelah menonton video di bawah.. TING!! idea!!

Ini adalah salah satu lagu (drpd tak berapa byk lagu) yg dinyanyikan oleh Quinn Fabray... Cuba korg tgk ni dan kemudian baca hujah2 aku kat bawah tu yang membuktikan Quinnn sebenarnya ada hati kat Rachel!!!


ok, ini hujah2 aku mengatakan.. OMG Quinnie, you are so gay for Berry!!

  1. Korg nmpk awal2 permulaan video tu? Quinn tengah borak dengan Rachel kat tangga, pastu dia cam geram dan terus blah dan terus menyanyi. Makanya, lagu ini sebenarnya adalah perasaan marahnya terhadap Rachel. Sbb dia berselisih paham dgn Rachel ok.. bukan dgn Finn atau Puck... NEXT!
  2. Quinn kalau nyanyi, memang tak agak2 kan.. mesti nak dikelilingi oleh para2 perempuan2 berskirt pendek dan berbaju seksi... Tu mmg fetish kamu kan Quinn kan? Dikelilingi pompuan, di sentuh2...cuci2 mata sket. senget taw!
  3. Pastu, apa motifnye dia nyanyi2 sambil tgk Santana dgn Brittany kat opis Sue Sylvester? Sbb sebenarnya kau jeles kan? Quinn sure cam sakit ati sbb diorg bedua cam bebas je boleh berlagak ala2 bespren yg ala2 kapel jugak. Pengpegang tangan, borak2 besama, menari besama. Sedangkan dia dengan Rachel... sendiri takut nak approach Rachel. eleh.. malu2 ayam
  4. Pastu plak, dalam kelas... Muka kerut2 Quinn sakit hati tgk Finn dengan Rachel. Sebenarnya, dia jeles kat sapa? Aku rasa dia sebenarnya sakit hati kat Finn sbb Rachel suka kat Finn, dan bukan kat dia. Sebab tu masa line lagunya yg berbunyi... "Set me free why don't you baby!" dia pandang kat Finn. Macam.. tolong la Finn... tolong la aku yg dah terperangkap sukakan Rachel ni. Lepaskanlah Rachel supaya Faberry bisa bersama. aahh...
  5. (oooh... the sight of Santana dan Brittany tercangkung2 tu.. terkedu kejap.. ahahha).. ok next!
  6. Ha.. pastu balik kat padang semula.. eh, apa motip ko Quinn lalu bawah skirt pompuan lain.. ish ishh!!! aku pun tak pernah buat camtu weh!
  7. And then.. woo hoooo... the skirt twirling... terkedu lagi
  8. Penghujung lagu tu, memang lah.. Quinn disentuh2 dan dikelilingi oleh para perempuan yg lain2. Heaven okeh!
Dan laasst sekali, "Alright everybody take 5!", dalam keadaan termengah sbb penat menari dan jugak penat menahan godaan pompuan2 di sekelilingnya.Dan lepas dia ckp take 5 je tu, Santana pandang Brittany.. diorg mmg tau dah, lepas tu Quinn akan pegi jumpa Rachel, make-out kat bawah bleachers.. bluergh.. 

Sesapa yang tak percaya lagi.. tgklah gamba yg Quinn lukis pasal Rachel Berry. Walaupun perkataan tu 'Loser' tapi cer tgk kemain banyak love love di sekeliling Rachel... Loser ke.. Lover? nguahahaha..

I rest my case! Faberry is on!!



November 29, 2011

Jangan kau keluarkan aku dari almariku!

Sebenarnya aku dah lama macam nk tulis pasal Santana dan orientasi seksnya dan juga konflik dalaman yang dialami olehnya. Utk sesapa yg tak tgk Glee season 3, dan tak berniat nak tau pasal spoiler, boleh la beredar sekarang...

Anyway, berbalik pada kes Santana. Sesapa yg menonton Glee, episod ke-6, yang ditayangkan pada minggu lepas, Santana ditunjukkan sangat bitchy dan mmg dia selalunya macamtu la kan. Tapi mulut tak insuransnya mengutuk Finn macam2. Tapi knowing Santana, mulut dia memang macamtu pun.

Finn yang sakit hati plak, dengan selambanya cakap kat tengah2 hallway  kat sekolah diorg suruh Santana come out of the closet.  Dan ini sesungguhnya memalukan dan menyakitkan hati Santana sebab dia memang tak bersedia untuk mengaku dia seorang "Lebanese".


Aku baca2 forum, tumblr, dan merata2 tempat lagi, ada banyak pendapat berbeza tentang kes ini. Ada yang kata, memang patut pun Santana kena macamtu dengan Finn sebab dia sesenang je kutuk2 orang lain.
Manakala, rata2 para2 lesbian berpendapat adalah tak patut Finn outkan Santana macamtu, sebab hal2 berkaitan orientasi seks ni sangat2 peribadi.

Tambahan pulak lepas Finn buat macamtu, Santana kena panggil dengan cikgu2 yang offer bantuan la, kaunseling, etc etc. Scene Santana sedih dlm bilik Sue Sylvester memang benar2 membuat aku tersentap, sebab aku pernah melalui pengalaman macamtu masa aku sekolah dulu... Kena panggil dengan cikgu sebab ada org lain mengadu yang kita ni senget.

Bukan satu dua cikgu yang jumpa aku dulu.. warden, ustaz, ustazah, homeroom teacher, semua ada. Masa jumpa dgn ustazah2 tu, aku rasa marah dan sakit. Sebab mereka tak berniat pun nak faham kita. Yang diorg nak sampaikan, ialah apa yang aku buat tu berdosa, salah, dan aku kena berhenti.

Tapi bila jumpa dgn cikgu homeroom aku, pendekatan dia berbeza sikit. Dan masa jumpa dengan dia, aku rasa sedih, rasa bersalah... pada diri sendiri dan pada mak bapak. Masa tu la rasa macam aku ni pelajar yang tapape. Siap boleh beromen2 dgn rakan sejenis lagik. ish ish isshhhh!!

Org yang senget mesti boleh bayangkan betapa sakitnya rasa hati, kalau di out kan oleh orang lain, di saat kita sendiri tak bersedia utk meng-out-kan diri sendiri. Bukan nak kata out, masa tu nak menerima diri ni senget pun bukan main susah lagi. Bergaduh2 pemikiran dengan perasaan.

Jadi kalau ada org yang kata Santana saja emo melampau sebab Finn cakap macamtu, memang aku rasa nak lempang. Sama macamana Santana lempang Finn.

Tetiba aku teringat pulak budak muka selipar yang mengadu pasal aku kat warden pasal aku berkelakuan sumbang kat sekolah dulu. Bahagia hidup kau sekarang kan? Kau tak tau macamana sakitnya jiwa aku masa kau bawak cerita pasal aku dulu. Dan jangan risau, walaupun aku mmg tergolong dalam orang yang tidak baik, dan melakukan perkara yang dilarang oleh agama, aku tetap takmau maafkan kau. Ingat tu Bedah!

Bila dah bebesar ni, dah boleh buat apa yang aku suka, dah boleh menerima diri sendiri, dan menentukan akidah serta pegangan hidup aku.. semua pengalaman lampau tu, jadikan memori indah dan tak indah yang hanyalah sebagai asam garam kehidupan.

Okay.. sesiapa yang berminat menonton perkara yang berlaku kat Santana's sexual orientation setakat minggu lepas, boleh la tgk video di bawah. Dan lihat la juga kehebatan Adele mash-up oleh The Troubletones... yeah!



 
"Not just the school you idiot... Everyone!"
Naya memang best!!!


November 28, 2011

Cinta pertama

"First love is the most memorable, but it might not be the greatest..."

hah! itu ayat yg boo boo ckp masa dalam kereta tadi. Tak sangka kome skang ek boo boo.. pandai bermain kata2. eceh. hehe

anyway, ada benarnya jugak kata2 dak boo tu. Memang sampai skarang ni, ramai je di antara korg yang tak dapat melupakan cinta pertama. Ye lah kan, orang pertama yang sanggup membalas rasa cinta yang membuak2 di dalam diri ini. Orang pertama yang membenarkan tangannya kita pegang dengan penuh rasa kasih sayang.. Dan juga mungkin ciuman pertama.

Lebih2 lagi kalau set2 senget macam aku ni. Ingat senang ke nak lupa orang pertama yang memberikan kita keyakinan yang macam.. 'Yes! Ada juga perempuan yang membalas perasaan ini.'

Tapi bagi aku, memori itu hanyalah setakat itu sahaja. Kalau jodoh tak kesampaian, segalanya tinggal kenangan. Dan katalah kalau kita move on dan memilih untuk bersama dengan orang lain, yang pertama takkan di lupa, tapi takkan lah sampai kita terlalu taksub dengan yang pertama sampai sendiri menganggap pasangan sekarang ni sebagai melepaskan batuk di tangga. (batuk? hehe)

Sebagai contoh la, ni ada sorg budak senget ala2 butch yg aku kenal, (yg bukan ahlul sengetians pun, so korg takyah la nak speku2..)

Skang ni dia ada gf lah kiranya. Selalu la cite2 pasal gf dia ni dengan tanpa segan silu.. seperti bercerita pergi membelikan lingerie Victoria's Secret kat gf nya.. dan lain2 cerita lagi lah.

Tapi kalau tetiba terbukak kes pasal nak cari lain, dia pun sama naik jugak lah bercerita itu dan ini. Sepertinya tak berpuas hati dengan pasangan yg sekarang. Dan macam teringin lah sangat nak mencari lain

Setelah aku intai2 dari wartawan Melodi, kenapa dia ni cam pepelik sebegini, akhirnya aku diberitahu, cinta pertama dia, terpisah kerana si ex itu kena berkahwin. Aku pun macam.. ooo.. patut la ko jadik ala2 angry bird yg takde bird. haha...

In a way... aku rasa dia ni cam sedih gile la takde gelpren yang boleh menyamai kualiti ex dia yg pertama tu. Tapi, kalau dipikirkan macam tak adil la kan.. kau masih lagi nak ada gelpren skang ni, dan dlm masa yg sama.. komplen2 itu dan ini, dan menjadikan kekurangan awek tu sebagai alasan nak cari lain. haih...

Kesimpulannya, kalau kita dah pilih org tu, mesti ada kualiti pada dia yang menambat hati kita (and vice versa...). Jadi, jgn la tumpukan perhatian kepada kekurangannya, sebaliknya, cuba dalami kualiti yang ada pada dirinya.

Akhir kata... yes, I might not be your first, but let me be your greatest...



November 7, 2011

"For Good"... for you





I'm limited
Just look at me - I'm limited
And just look at you
You can do all I couldn't do, Glinda
So now it's up to you
For both of us - now it's up to you...

I've heard it said that people come into our lives for a reason
Bringing something we must learn
Well, I don't know if I believe that's true
But I know I'm who I am today
Because I knew you

Like a ship blown from its mooring
By a wind off the sea
Like a seed dropped by a skybird
In a distant wood
Who can say if I've been changed for the better?
But because I knew you

Because I knew you
I have been changed for good

And just to clear the air
I ask forgiveness
For the thing I've done you blame me for

But then, I guess we know
There's blame to share
And none of it seems to matter anymore

Like a comet pulled from orbit
As it passes a sun
Like a stream that meets a boulder
Halfway through the wood

Like a ship blown from its mooring
By a wind off the sea
Like a seed dropped by a bird in the wood

Who can say if I've been
Changed for the better?
I do believe I have been
Changed for the better

And because I knew you...
Because I knew you...

Because I knew you...
I have been changed for good. 


October 26, 2011

A glimpse of you
Reminded me what air is supposed to do

I'm breathless, yet so calm

October 13, 2011

Gathering 2011

Wah, akhirnya tamatlah sudah gathering 2011 yg telah dipikirkan dan diusahakan oleh Payid beserta konco2nya iaitu cik gf payid, rozek dan partner, serta AJK cenderahati sengetians seumur hidup iaitu cik cik Semut. sapa sakit naik atas. atas apa tatau.

Secara keseluruhannya saya sangat gumbira dgn gathering tersebut. Seperti biasa, utk aku, gathering sengetians adalah utk bersua muka dgn kengkawan yg baru dan jugak yang lama, juga yg selalu jumpa time open house, tapi dlm keadaan yang lebih selesa. Lebih selesa kerana tak perlu masak, tak perlu kemas katil lepas tido, dan tak perlu nak kontrol2 kesengetan sesangat.

Utk gathering 2011 ini, first impression, ialah saya sangat impressed dgn cenderahati yg diberikan kepada peserta sebaik sahaja kami melangkah masuk ke resort tersebut. Gudibeg yg gagah, bandana berwarna-warni, coaster berjenama sendirik, dan juga pamphlet event yg menggiurkan. Tapi dlm byk2 tu, pamphlet tu la yg paling impressive. Kerana apabila korg selak bahagian "tokei dan boss berkata-kata" muka ai di situ sepertinya sangat fotogenik okeh! Ada yg tak pecaya kerana ai kelihatan sangat hensem di situ (perasan much?!). haha.. Mekasih kepada sesiapa yg mengphotoshop muka ai. Like byk kali!!!

Kemudian sesi urut2 belakang dan tulis2 pinggan pun jugak menarik. Dan mungkin lebih menarik kalau ada mihun goreng yg leh di makan di pinggan tersebut. (makan aje..).

Walaubagaimanapun the perk of the event sudah semestinya la acara gLee club. haha..persembahan nyanyian lagu2 sekolah rendah. Masa tu la nak celen koreografi masing yang tak kurang hebatnya. Apa2pun, yg penting biru muda mmg best. Sbb bukan sahaja kami ada koreografi dan nyanyian, tetapi juga ada lakonan. Ingat senang ke nak casting makcik eskacang sama adik2 pembeli? Kena ada ujibakat dulu wo! Dan rasanya, kalau lagu ada banyak, konfem kitorg leh bikin cerita ala2 Magika. haha.. perasan itu mesti.

Dan acara bersukaneka di siang hari tu. Ai yg memiliki koordinasi tangan dan mata dan kaki yg fail, mmg sah2 la malas nk bersukan kan. Tunggu masa nk terjun sungai aje katanya. Nasib baik la dapat jejak kaki kat air2. Basah sesikit pun jaadilah, daripada tak basah langsung. haha

Akhir sekali, upacara penyampaian hadiah dan anugerah tu memang sangat mengharukan. Setinggi2 penghargaan kepada para gogonizer dan juga penaja2 hadiah di atas usaha gigih anda memberi pengiktirafan kepada kengkawan yg unik di antara kita. Dan sungguh tak disangka2 adalah anugerah wargamas yg diberikan kepada aku.

Masa dapat mic tu aku dah cam dem, kang leleh kang. Mungkin kalau lagi 30 saat aku berdiri kat situ, mmg insyaAllah hujan. Terharu gitu.. T_T. Dan sekarang plak hikmat tu telah selamat aku simpan kat gobok kaca umah.

Tetiba Boo tanya... "Kang kalau mak datang, mak tanya, u nk jawab apa?"
Jawapannya, kita tunggu bila masa itu tiba. Skang ai malas nak pikior. bleh?

Apa2pun, gathering ni memang berjaya mengekalkan keseronokan dan kebestan Gathering Sengetians yang sebelum ni. Dan rata2 komen yg aku dengar ialah masing2 tak cukup masa untuk berborak dan bersantai dengan lebih lama lagi. Mungkinkah utk tahun depan kita kena bikin selama 3 hari 2 malam? Takpe2, simpan dulu eksaited. Tahun depan kita pikior.

All in all... gathering fun times utk breakaway dan masuk ke dalam kawasan yg majoriti adalah org2 senget. Motif sangat kalau tak like kan?

October 5, 2011

I dont wanna be lonely katanya

Aku memang manusia yg takleh tak berkapel. Rasa cam kalau sensorg macam kosong gile, dan takde sesapa yg bagi second opinion. Sbb aku ni tak berapa reti nak buat decision. So kalau takde partner, nak makan kat mana pun jadi isu utk diri sendiri.. sbb aku takleh decide nk mkn kat mana. Hampeh sgt kan.

So, sememang2nya aku tabik spring kat org yg boleh kekal single. I'm not saying being single is not a good thing. Its great actually. Sbb org single pandai berdikari. Kalau aku ni, aku berkapel bukan sbb aku nak jaga orang, tapi hakikatnya aku nak ada org yg jaga aku, dan tolong buat keputusan bagi pihak aku.

Kenapa tetiba teringat nak tulis pasal single mingle ni... Aku tetiba teringat, gathering bakal nk tiba ujung mggu ni. Teringat masa buat gathering yg ke-2. Masa tu aku baru je clash dgn gelpren lama. Gila jadi bodoh tak reti dan tak tau nak buat apa. Nak bajet makanan byk mana, dan macam2 hal miscellaneous yg aku tak reti nak decide. Nasib baik la masa tu ada kawan2 yg menolong. Kalau nk harapkan aku sorg, mmg konfem lah gathering tak jadi. Sbb aku akan terus2an muram dan merundum seperti awan yg nak ujan tapi tak ujan2. huhu

Dan sementelah terpikir pasal kes menyingle ni, punya la hopeless aku ni, setelah dikira2 balik, berapa bulan je aku pernah menyingle dlm sela selepas clash.

Lepas clash dgn first ex, aku takde masa single. Sbb aku mencurang. haha...
Lepas clash dgn yg ke-2, menyingle ada la dlm dua tiga minggu... sbb lepas tu ada fling2. kes ala2 rebound gitu.
Pastu bosan dgn fling2 yg tak ke mana, single la dlm sebulan lebih, sblm mengambil keputusan utk memasukkan diri dlm relationship seterusnya.

Kengkadang rasa mmg tapape, takleh ke aku dok berdikari dan mengambil kesempatan utk flirt sebanyak2nya sementara masih single. haish...

Tapi ini takde la bermaksud aku nak menjadi single kembali. Gile nk lepaskan yg skang ni? Hidup ai lengkap zahir batin kekdahnya. Aaamin!