December 21, 2010

saya mau kawen...

Harini sehari suntuk memperabih masa kat Tony Roma's Sunway. Dok lelepak dgn ex-boss boo yg akan keluar dari projek kitorg, dan kembali ke projek yg dijalankan pada waktu yang sama dgn waktu masyarakat Malaysia bekerja.



Sbb balik pun dah petang, maka kol 8 mlm baru aku leh tdo sebelum pegi opis. Sblm tido, seperti biasa, selepas mushy2 talk dgn dia.. (gedik sgt bunyiknye kan... haha), tetiba aku terberangan nak kawin. hihi... adeh.. apsal la tetiba tepikir nk kawen. The thing is, I am so ready to marry her!! Mungkin sbb umo aku dah 30 tahun ni. ahaha...



Why i want to marry her... sebab i want to make a vow. A promise of a lifetime, that I would be true to her, in my ups and downs. The vow to always be by her side, at any time of our life. The pledge to be have her as my one and only love. And that I will be a friend, a partner, a saviour, and someone to get kinky with.. huhu...



Ahh.. best jugak kahwin ni. Sekurang-kurangnya, ada la janji dan ikatan dengan dia, bukannya sekadar diikat dengan kata2 janji manis lidah tak bertulang yg boleh ejas ikut kesesukaan hati apabila segalanya tak menjadi kenyataan.



At least, kalau pun jodoh tidak sampai selama-lamanya, aku dan dia pernah berjanji dan pernah mengotakan janji kami, walaupun untuk sebahagian daripada kehidupan kami...

Damn that's cheesy!


You’re the one thing I can’t get enough of
So I’ll tell you something..
This could be love because I’ve had the time of my life
I never felt this way before

December 9, 2010

2 alam?

Hmmm. Apekah muvi melayu skarang ni yg lebih berkualiti dan menarik, selain daripada 2 alam.

Haha... Sarcasm? Tepuk pinggan masing2.

anyway, org keja mlm mmg patut ada 2 alam. satu alam pukul 3.30 ptg, utk mkn tghari. Kemudian tido kembali...

Satu alam lagi... Pukul 7.00 ptg utk mengelak daripada ditindih matahari...

got it? Nvmind...

November 25, 2010

Makan emo, tak makan pun emo... (menjelang hari datang bulan...)

Sekarang ni aku senang sangat emo. Emo dgn opismate, emo dengan diri sendiri, emo dengan makanan... I hope i bleed soon... ha ha.

Anyway, bercerita pasal emo dengan makanan... Haritu, time aku gile lapar seperti boleh makan kuda padi, maka aku pun pi la beli kuetiau goreng kat AEON futkot. Mmg aku dah biasa makan kat situ, kiranye, mknn dia tu walaupun tak sedap tahap pemenang iron chef, tapi kira cam boleh la dimakan tanpa rasa sakit hati.

So, nk dijadikan cerita, maka aku pun orderla. Sampai2 je mknn tu. Bila ku masuk dalam mulut, tetiba aku ada rasa nak melempang semua manusia yg lalu lalang.. terutamanya si tukang masak tu. Yg aku rasa dr makanan itu ialah... tawar dan pedas. Manis, masin, masam langsung tak ada. Lidah aku ni dah la gedik.. kalau boleh nak semua benda boleh dirasa... haih haih.

Aku rasa, ini la padahnya bila org yg jaga kedai kat futkot tu, merupakan all in one staff. Dia la cleaner, dia jugak la tukang masak, dia jaga duit amik order. Semua dia buat. So, kalau masak macam haruan pun, kira boleh blasah je masak.. sbb alang2 mmg dia je yg ada kat situ.

To me this is a disgrace to the food!! Hormatlah sket dengan makanan, jangan buat makanan macam tahpape, dan jangan la buat aku macam organism yg main telan segala benda yg lalu depan mata.

Maka, hasil sakit hati dengan makanan yg tidak dihormati itu, aku terpaksa mengambil langkah utk tidak menghabiskannya... dan berlapar (atau curi mknn org sebelah...) dem sangat. Dan akibat frust tak abiskan makanan, aku hampir membaling pinggan ke dinding... double damn.

Buat tukang masak yang tak reti masak, toksah la jadi tukang masak. Baik korg masak utk org rumah korg je, ataupun tapau je la dari kedai sebelah.

Frust gile ok.. frusttt!!

Nasib baik time besday aku rekues boo utk bwk aku mkn lembu yang sedap. Takmau ai gamble2 mkn fine dining time besday kalau tekakku meronta utk lembu yg satu. ahaha..

cheit! moral... Makanan hanya sepatutnye dibuang apabila ia telah menjadi tinja... sekian.

October 23, 2010

Bahasa oh Bahasa...

Berapa ramaikah di antara kita yang sesungguhnya menggunakan bahasa melayu standard.. er... bahasa baku.

Semua orang sebenarnya lebih selesa menggunakan bahasa pasar. Sebab? lebih senang faham. kan?

Pastu bila ada orang tulis atau bercakap dengan bahasa baku, kita lagi suka gelak sama diorg.. sebab kelako. haha..

Contohnya kat opis aku ni, ada sorg mamat ni, cakap omputeh slang kemain berabuk lagi.. same goes with his Malay.

haha... Berikut adalah contoh2 percakapannya

'Kapal, mengapa content saya keluar begitu?'

'Saya rasa ada error yang berlaku semasa proses ini.'


Kenapa kelakar, ialah sebab kita selalunya bercakap dalam bahasa pasar. Jadi bila perkataan melayu bombastik seperti begitu, berlaku, memang cam pelik. Tu la kan, rakyat malaysia sendiri, takmau mengagungkan bahasa sendiri. hehe. Apo nak jadik ni.

Anyway, aku pun terpanggil untuk menukar bahasa di Facebook ke Bahasa Malaysia, dan ini lah hasilnya...


Oleh itu, saya boleh menyunting profil saya, tetapi diharap tiada siapa yang menyunting saya, kerana saya sudah mempunyai hubungan dengan Kaka Kaebun... hehe

October 20, 2010

kalaulah... mungkinkah... pastikah

Ingatkah satu bait kenangan,
cerita cinta kita,
tak mungkin terlupa
Buang semua angan mulukmu itu,
percaya takdir kita,
aku cinta padamu


Siapa kata senang untuk melakukan satu komitmen.

Secara mudahnya... sanggupkah kita beli beg tangan yang kita tak suka? Ataupun, beli beg tangan yang langsung takde baju matching. (oh, tapi lepas tu leh la beli baju baru pulak kan, supaya matching... taktik shopaholic. hehe).

Juga tidak senang untuk kita keluar dari kepompong keselesaan. Comfort zone, kata omputeh.

Kalau dah best2 duduk dgn mak bapak. Ada org yg masakkan, bayarkan bil api air, basuhkan kain baju... Nak duduk sendiri? Sedangkan yang dah berkahwin pun masih ada duduk serumah dengan mak pak, apatah lagi yang bujang.

Nasib baik kita manusia tak nampak apa yang akan berlaku di masa hadapan. Mungkin sekiranya kita tunggu sekejap. Sekejap sahaja lagi dengan komitmen yang ada itu, hasilnya akan lebih baik, kita akan lebih bahagia.

Ataupun, sekiranya kita pergi sekarang, mungkin kita tak akan sengsara... dan semakin sengsara, terus menanti waktu bila kita harus pergi.

Tapi sebagai manusia, kita tak mampu mengelak dari mengeluh dan berkata... 'kalaulah...'

if only
you were with me
pain would never be
happiness would never flee

closer i am to you
further intrigued i am by you
it is you, i am in to...



September 29, 2010

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta... mengah okey!

Kalau nak dibandingkan di antara dua karya Habiburrahman El Shirazy yang dah di angkat jadi filem, Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (1 & 2), aku lebih suka dengan Ketika Cinta Bertasbih.

Mungkin kerana ceritanya lebih lite. Tapi ini cuma pendapat aku yang hanya menonton filemnya sahaja. Mungkin kalau aku baca novelnya, aku akan berfikiran sebaliknya. Tapi setakat ini.. itu sahaja yang di dalam kepala aku.

Tapi yg feveret aku KCB 2 la... sebab last2 diorg kawen. aakakak... aku mmg suka cite ala2 hindustan kot. Yg penting happy ending. Takyah sakit kepala nak tensen2 mengenangkan objektif yang tak kesampaian. Aku kan mmg jenis yg tak suka susah2 dan pening2. hehe...

Terlintas aku tentang novel ini, apabila mendengar Hot Chat pagi semalam. Kisah seorang perempuan yang bertunang dengan seorang penagih dadah tegar. Yang mana, selepas bertunang bagai, baru la si perempuan ni tau kisah sebenar. Dan kisah sebenar ni pun dah diketahui oleh keluarga perempuan, tapi semua org sorok, sbb nak bolehkan lelaki tu jadi baik selepas perkahwinan... cit!

Dilema si perempuan ialah samada nak teruskan atau tidak dengan perkahwinan. Pelbagai pendapat pendengar ada. cam biasa la.. ada yg menyuruh meneruskan, ada yg suruh tinggal, tak kurang juga yg di atas pagar, suruh empunye diri buat keputusan sendiri.

Kalau pendapat aku... seharusnya si lelaki penagih ni tolong jangan 'jual ikan' boleh? Kenapa la selfish sangat ek. Kau perguna dan perjudikan masa depan seorang perempuan, atas alasan 'mana la tau, kot2 lepas kawen boleh berubah...' Dan perempuan tu pun, kalau tak kawen dgn lelaki tu, apa masalahnya plak kan.. Bukannya lelaki tu dah jadi suami. Tunang je kot...

So, sebenarnya instead perempuan tu yg patut kompius bagai, lelaki tu sendiri kena pikir2 balik. Kenapa taknak betulkan diri dulu sebelum beristeri? Takut perempuan tu lari? Takut kang tak dapat kawen? So.. nak tangkap dulu, yg lain kita ejas kemudian.. citpodah. Kalau dah takde jodoh tu, ko kepit pompuan tu celah ketiak pun tercabut jugak dia bersama bulu2 ketiak... Tapi kalau ada jodoh (macam Khaerul Azzam dan Anna-atopon-Nisa), terpusing ke ceruk mana pun.. akan ketemu jugak!!

Kes lelaki penagih dadah ni tak byk beza la pun dgn kes Furqon dgn Anna-atopon-Nisa dlm KCB. Ko dah tau ada kemungkinan HIV (haa--ee--veh), lagi mau kawen. Dgn alasan, takmau malukan keluarga, sbb dah terbertunang. Bila dah cerai, apa tak malu?

Lagi ngengnye, si Furqon ni takmau la plak verify ha ee veh dia tu samada konfem atau palsu. Bengong je.. Ini lah kekdahnya manusia yg susah nak menerima kenyataan.... Kalau kenyataan itu memusnahkan diri sendiri, takpe gak... Tapi kalau kenyataan tu membunuh mereka dan keluarga mereka....? haih.

Kesimpulannya?
Kalau dah cinta, kita akan sanggup menerima kebaikan dan keburukan pasangan kita. Tapi adakah cinta perlu dibalas dengan satu penipuan?

September 27, 2010

Harga sebuah (sebiji, sekeping?) orgasm

Bila aku letak perkataan orgasm. Apa je bezanya dengan kepuasan? Kita mungkin berfikir secara seksual... almaklum lesbian merupakan makhluk penuh seksual. Tetapi sekiranya diletak pemikiran itu bukan pada aras yang cetek... apakah bezanya orgasm dan kepuasan. Dan apakah tiada kaitannya hidup, seks dan makanan?

Secara seksualnya...

Ada orang yang berkat usaha dan ketentuan takdir yang menyebelahi, dia diberi kelebihan untuk memperolehi orgasm secara halal. Dapat pasangan yang direstui, dan pasangan mampu memberikan orgasm.

Ada yang pasrah dengan ketentuan. Ada pasangan yang halal, tetapi orgasm bukan satu perkara yang mudah untuk diperolehi. Namun mereka mampu hidup dengan pasrah.

Itu kes pasangan halal... bagaimana kita yang sah2 tak dihalalkan perhubungan kita ni?

Ada yang bernasib baik juga kerana mereka memiliki pasangan setia... yang mana pasangannya mampu memberikan orgasm. Seronok rasanya bila kita memperolehi orgasm daripada insan yang kita cintai, yang pada masa yang sama mencintai kita kembali.

Ada yang membeli orgasm. Menggunakan kelebihan dalam diri, untuk mendapatkan orgasm dari berbilang pasangan, maupun pasangan orang lain. So, tak kisah la tentang cinta. Yang penting puas!

Tak kurang pula yang tersalah beli orgasm. Dah habiskan masa tenaga dan wang untuk mendapatkan perempuan yang disangka boleh memberikan orgasm, tetapi sayangnya, tempoh sah orgasm itu kurang daripada setahun. Tapi apa boleh buat? mahukah di sia-siakan usaha untuk mendapatkan objek orgasm tersebut.

Maka, oleh itu... ramailah sebenarnya di antara kaum wanita yang pasrah hidup tanpa orgasm.


"Saya cintakan dia. Apa pentingnya orgasm? Kami saling mencintai... Itu semua sudah cukup! CUKUPPP!!!"


So, penting ke orgasm? Dan ramai juga yang akan berkata, shopping pun boleh orgasm. Jadi, berkapel dgn org yang berduit, pasti puass! (ye ke?)

Dalam keadaan konkusi...
Kepuasan dalam kehidupan tidak akan datang dengan sendiri. Kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Cuma intensiti usaha yang di laburkan untuk memperolehi satu kepuasan itu tidak sama pada setiap individu. Dan perkara itu berlandaskan rezeki dan ketentuan. Kalau pun pada usaha yang berbeza, intensiti tahap kepuasan individu sendiri juga berbeza, membuatkan ada manusia itu lebih cepat mencapai kepuasan, berbanding individu yang lain.

Semoga kita semua berbahagia...

September 23, 2010

Nama kedai makan harus classy lagi sassy utk menarik pelanggan

Aku memang selalu makan luar. Sbb makan kat dalam umah memerlukan semangat utk memasak yang tinggi dan jitu, yang jarang2 ada kekdahnye. Dan sbb mak aku terer masak, harus la makan di kedai yang makanannya sedap.

Tapi sebenarnye, selain mknn sedap, faktor pertama utk mengunjungi sesebuah kedai makan ialah nama kedai yg juga menarik minat. Jadi, tak perlu la kot letak nama restoran tu seperti Restoran Ayam Tergolek, maupun Kedai Makan Balacan Bacin. Memang tak sesuai.

Kebanyakan kedai makan menggunakan nama taukei seperti uncle McDonald, uncle Tony Roma, Haji Tapah, Mali, dan sebagainya. Kalau nama org, memang takde bias sangat la dengan maksud makanan. Cuma kalau letak nama orang, tak perlu lah bubuh adjective seperti Restoran Ali Malasmandi contohnye...

Anywhoo... haritu masa pulang ke kampung, aku nmpk satu kedai jual ayam yang diberi nama Warung Tawakkal, which I find funny... dan boleh dijadikan sumber lawak bodoh.

Seperti berikut.

Pada satu hari, mak saya suruh membeli ayam di Warung Tawakkal. Disebabkan basikal saya rosak akibat dibedil meriam buluh jiran, maka saya pun pergi berjalan kaki ke Warung Tawakkal. Jalan punya jalan, akhirnya sampai ke warung tersebut setelah singgah di beberapa kedai lain untuk membeli aiskrim, dan juga bermain tikam.

Sampai sahaja di warung tersebut, satu ekor ayam pun saya tak nampak. Yang ada hanyalah barang-barang yang dibungkus dengan suratkhabar. Semuanya kelihatan se-fesyen... Pakcik pekedai pula sedang sibuk membersihkan perkakasannya...

Maka saya pun bertanya...
"
Pakcik, saya nak beli ayam. Ni semua yang dah berbungkus ni ayam la ek?"
(saya akan menggunakan 'ek', kerana saya kan orang Johor...)

Pakcik pun menjawab...
"
Tu semua cecampur tu. Ada bungkusan ayam, ikan, daging dengan sotong. Kamu pilih la mana-mana."

Saya pun pelik...
"
Tapi saya nak ayam. Yang lain saya takmau."

Pakcik pun menjawab...
"
Ala kau pilih aje. Kalau dapat ayam alhamdulillah... Kalau tak, maksudnye takde rezeki la tu. Tawakkal je la..."

Maka saya pun bertawakkal memilih beberapa bungkusan. Semoga saya tak tersalah pilih dan tidak dibelasah oleh mak sekiranya tersalah pilih...

Patutla nama kedai ni Warung Tawakkal...




-the end-

September 22, 2010

ke'glee'an...



Oh yeah.. Glee season 2 sudahpun bermula (ho yeah ho yeah jai hoo!!)

Sudah tengok? Kalau belum, silalah cari di mana2. Streaming, maupun donlod ya. Sepertinya ada byk bau2 kesengetan yg bakal diteruskan adanya. hehe.. Tambahan pula, ada watak2 baru yg cambest juga.


Ah.. apsal org leh suka cerita ni kan? Sbb ada nyanyi2 ke? Ataupun sbb ada Brittany dgn Santana yang menunjukkan ciri2 kesengetan di dalam siri tersebut? Ahhh... apa2pun, kalau korg mmg dah suka, takde reason pun kita boleh suka kot. hehe.


Kenapa glee ni jadi hit? Adakah sebab byk nyanyi2? hehe.. utk org yg suka muzikal dan jugak suka karoke, mungkin akan suka cite muzikal (macam aku la..), sebab bagi aku, dengar lagu lama yg dinyanyikan kembali, macam teruja plak nak cari lagu tu kat karoke utk kita pulak nyanyikan. Pastu leh la fefeeling nyanyi ala2 Rachel atau Mercedes maupun Quinn Fabray

Tapi kan, kalau setakat nyanyi2 je, tapi kalau cerita tah pape, takbest jugak kan. Especially kalau macam out of context je cerita dan lagu yg dinyanyikan. Sebestnye, lagu2 adalah utk membantu enhance cerita. Kalau buat jalan citer tah pape, supaya cerita boleh conform dengan lagu2, apakah maknanye.

Kesimpulannya, ingat muzikal ni semudah meletakkan lagu pada cerita? I don't think so. Jadi, fikirkanlah berapa byk effort yang telah dilakukan oleh cerita industan utk memberi lagu yang bersesuaian dengan cerita. Bagaimana pula memberi lagu sedia ada pada satu cerita? Pun tak senang jugak.

Kepada yg tak suka musical.. jgn la kutuk cerita yg banyak nyanyian dgn statement.. "asyik nyanyiiii je" (self reminder juga ya.. ahaha). Fikirkanlah effort utk buat satu cerita tu.

Oleh itu... sekiranya tak suka, jangan tengok, jangan tegur, dan jangan pandang belakang. Jalan daaa! ciao!

September 17, 2010

hapee bee day boo

Wah, harini besday boo. Dah makin tua dia ek. hehe... Umur aku gak yang masih tak meningkat naik. ahaha.. Namun dengan sedihnya, malam nak selebret 12 tgh malam of september 18th, kitorg tak besama la pulak. Dia kat rumah terbaring kedemaman, aku plak kena standby kat opis. Kan sebenarnya lagi best kot kalau aku standby kat umah je. Tetiba congress ni nak pass bill la plak harini. Timing baek sungguh.

Anywehoo... pejam celik2, dah 3 tahun lebih ropenye aku dgn dia besama. Masa memula bekapel dulu cam tak caya la jugak nak jadi lama sampai camni. Ye lah.. benda yang tak bermula dengan kaki kanan la katakan. Time aku memula nak kapel dgn dia dulu, ada la jugak naik bunyi2 kontroversi yang mana aku dan dia mengambil keputusan untuk buat dek je, dan lebih memikirkan tentang kedegilan hati masing-masing yang nekad untuk mencuba memulakan satu kehidupan bersama. Nekad je ni, taktau la akan menjadi atau tak...

Baru2 ni (dlm tahun ni la), ada jugak kawan kami yg tanya.. camna korg boleh start. haha...
Susah nk jawab soklan ni sebenarnya. Susah sebab cam... hmm... where do i begin...

Bila masa aku suka kat dia? Kalaulah aku boleh jawab soklan ni, memang semuanya senang nak diceritakan.

So, bila?
Adakah masa kali pertama aku nmpk muka dia? Ataupun pada hari di mana kami ditinggalkan berdua oleh ex-partner masing2 yg bikin hal sendrik, dan dia makan nasik lauk sadin yg aku masak? Ataupun selepas kitorg terpisah selama 2 bulan baru masing2 dapat sedar perasaan masing2?

Tengok, soalan aku sendiri aku tak dapat jawab. But whatever it is. She is a great friend, and I cannot help but to fall for her kindness and charm... over time.

hmmm... pikir punya pikir, to sum it up... kami berdua merupakan dua orang kawan yang sepi dari rasa cinta, dan mengambil keputusan untuk mencuba hidup bersama. Following sex, laughter, happiness, lies, betrayal, and hurt.... love ensues. Dan nampaknya, keputusan nekad kami adalah yang terbaik.

Tiga tahun lebih dah, dan hati masih berbunga ria..!