March 23, 2011

D-agron Double Dose

Oh my... the concept of Fabray twins (aka Fafaberry) is makin' me dizzeh!! Surreallll! Thank you dear tumblesbians!



tetiba terpikir panjang sampai tak menjawab soalan

Okay... this is another entry inspired by my deeply shallow thoughts...

Smlm sambil menyapu sampah dgn Boo kat opis (eh, korg taktau ke aku keja sebagai janitor di opis? hehe), aku terpikir pasal benda ni.

Sebenarnya, komunikasi adalah satu perkara yang complicated kalau di timbang2 berkali2.

OK, answer this...

Bila seseorang bertanya soalan kepada korg, atas dasar apa korg jawab satu soalan itu:
  • Berdasarkan pengetahuan korg?
  • Berdasarkan emosi?
  • Berdasarkan apa yg korg rasa si penyoal itu mahu dengar?
  • Berdasarkan rasa dendam di atas perkara bitter yg pernah berlaku dgn org itu?
Banyak sebenarnya faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum menjawab sesuatu soalan.

Sebagai contoh, seseorang bertanya soalan ni:

"Kau suka Lady Gaga tak?"

very simple question. Korg sebenarnya boleh jawab samada:
  • Tak
  • Suka!!
  • Aku suka lagu dia je. (ayat org atas pagar...)
Simple!

Tapi kan, sebelum menjawab tu, bagi mereka yang berfikir terlebih2, akan mula menyoal diri sendiri sebelum menjawab... antara soalan2 yg korg mainkan dalam kepala ialah seperti berikut:

Ish.. dia ni gila minat Lady Gaga, kang aku jawab ye, dia bercerita panjang plak. Tapi sebenarnye memang suka pun Gaga... Ntah apa lak extra info pasal Gaga yg dia nk bgtau aku nih...

Dan hasil pemikiran yg panjang itu, jawapan korg kemudian keluar seperti ini
"Ni apsal kau tanya ni? Apa la plak cerita pasal Gaga yang kau ada nk bgtau aku?"

ATAUPUN korg terpikir macamni...
Ha minah ni dah start la nak belagak pasal ilmu Wikipedia dia tentang Lady Gaga. Takleh jadik, aku kena tunjukkan yang aku lebih tahu!

Maka jawapan yang keluar:
"Aku peminat setia dia okay!! Semua video konsert dia aku ada... By the way, ko dah tgk video clip dia yang latest?"

ATAUPUN... benda ni bemain dlm kepala korg...
Aku menyampah dgn dia ni. So semua benda yg dia suka, aku takmau suka. That's it!!!

dan inilah jawapannye...
"Sorry, I, unlike you, am not into Gaga. She nauseates me..." (gigih tetiba ckp omputeh)

Bejela2 kan jawapan korg... diakibatkan oleh memikirkan soalan itu dengan pemikiran yang terlebih dalam...

Itu contoh soklan yg senang. Apa yang aku risaukan ialah, camna plak kalau org tu mengadu kat aku, bagitau yg dia ada masalah dgn kekasih gelapnye. Bercerita tentang masalahnya dan kekasih pertama yang sentiasa jeles, dan kemudian mintak feedback drpd aku.

Aku boleh bagi dia jawapan yang dia nak dengar... iaitu nasihat, kata2 supaya jangan bersedih, jadilah lebih adil dalam perhubungan, cuba lah cari apa masalah yang sebenar, cari penyelesaian.. blablabla...

Ataupun aku boleh jadi jujur dan cakap...
"Ko yg cari pasal cari kekasih gelap sapa yg suruh? Skang padan muka"

...dan aku tak menjawab soalan. Semuanya kerana, prinsip hidup yang tak sama.

Kesimpulannya, patutkah aku bagi jawapan dia nak dengar, atau jawapan jujur yang aku rasakan...?

Boo kata, there has to be a balance. Boleh bagitau apa yang kita rasa, dan pada masa yang sama, tolong la jawab soalan dia juga...

haih... mungkin istilah yang lebih sesuai untuk menggantikan 'honesty' ialah 'selective honesty'...





March 16, 2011

She's cute; and lucky to have someone gediksss like me!

What??! No Glee until April...?

okay... dah2 la tu kan...

Haritu dlm perjalanan ke Alamanda utk brunch, tetiba Boo tanya soklan susah. Dah la lapar, soklan susah plak tu... haih... Dan skang ni rasanya soklan dia semua susah2 sampai aku takleh jadi profesor serba tahu dan terpaksa menjawab... cam... "Ungh.. I don't know.." Rasa tak intelek sebenarnya bila takleh jawab soklan org. haha..

Anyway, her question goes like this (dalam versi rephrase dan summarize sbb aku ingat2 lupa ayat sebenarnye):

Dia: Kapel yg dah duduk sama macam kita ni, tak payah la kawen kan? Sama gak dgn org stret yg tak kahwin tapi dah duduk sama.

Aku: Apsal plak tetiba cakap org tak payah kawen ni?

Dia: Ye la, cuba u fikir, kawen kan banyak pakai duit. Kita pun, kalau nk kawen. Drpd membazir duit nak buat persiapan kawen, beli cincin mahal2, baik kita guna duit tu utk pi vacation. So, kalau dr segi kapel stret pun, sbb tu la diorg rasa tak perlu kawen, sbb takde beza pun kawen dgn tak kawen.

Aku: Tapi i rasa kawen tu kan penting because of the vow you make to one another. Bagi i marriage is about me vowing in front of others to make you mine... (tetiba conservative gedik la plerkkks)

Dia: Iye la, vow tu satu betul la... Tapi kawen byk pakai duit. Macam skang ni pun, u nak spend utk buat majlis kita? Baik guna duit tu buat benda lain...

Aku: (somehow she made sense)... Beli benda lain seperti TV 42", ipad, atau kabinet dapur? heh heh... (tapi aku tetap taknak kalah!) Tapi u... itu sebab kita takleh kawen la. Kalau boleh kawen, sah2 la kita takde nak penuhkan rumah dgn almari baju 5 pintu, meja makan 6 kusi... Yg sedang2 je dah la.. cukup utk memulakan hidup baru.

Dia: Mungkin jugak la...

Aku: Kalau kita boleh kawen u nk kawen dgn i tak? Do you believe in sex before marriage? ... kalau kita boleh kawen la.

Dia: Ye kot. Kawen dulu kot sblm sex...

haha.. yess!! akhirnya kami (sort of) bersetuju tentang satu perkara...

well, nasib baik takleh kawen. hahaha... kalau tak org sengkek mmg takleh dapat sex... tetttt sangat underestimate tuh!! slurpp slurppp, tarik balik.

Anyway, perbualan itu berterusan sampai ke merata2 isu berkaitan kawen. Dan malam tu sebelum tido, kitorg borak tentang apa hantaran kawen yg dia dan aku nak. U mmg comel la Boo...

March 12, 2011

O-M-Q

Dear Quinn,


I adore your messy hair. Can I make it messier? hngghhh...

March 9, 2011

ooo... janet!


Glee original song by Rachel Berry. I like her. Nothing hurts...



What can you do when your good isn’t good enough
When all that you touch tumbles down?
My best intentions keep making a mess of things
I just wanna fix it somehow
But how many it times will it take?
To get it right...

my OTP...

OTP = One True Pairing


Ia boleh dimaksudkan sebagai pasangan kekasih yg korg sangat suka dan berharap mereka akan terus bersama. hehe..


OTP aku sesungguhnya ada kaitan dengan kekasih TV aku. eh. hehe. Because I have three!! 2 fictional character, dan satu lagi orang betul..


First I ship Michiruka... (Michiru + Haruka).
Next I ship Tibette (Tina + Bette)


and I of course ship Achele (Dianna Agron + Lea Michele) -- This is real life OTP!

kalau yg fictional utk Achele ialah Faberry (Fabray + Berry).


Aku rasa Faberry cam tak sure la akan jadi ke tak, tapi kalau at least dpt diorg berkawan2 baik atau bergaduh berlawan kata2 sinis, pun aku happy. What i need is Faberry interaction. Good enough.


Malam ni episod bertajuk Sexy akan ditayangkan. Semua peminat Brittana (Brittany + Santana) akan bergumbira kerana it is happening tonight. Dan Faberry pun ada ura2 akan berlaku, semuanya kerana gambar promo ini, yg diambil dr episod Sexy...



aah... so shweet. haha.. mabuk dah ni.

Anyway, bersempena dgn kegairahan utk malam ni (i.e. esok la kan..) maka aku menjadi semakin gumbira sbb tetiba tgh makan tadi, boo belikan CLEO magazine... OK, aku bukan pembaca tetap CLEO... tapi sbb covernyee.. i love u boo. hehehe

siapa di cover CLEO? heh heh heh



March 8, 2011

Hujung minggu ini...

Hujung minggu ni, hari sabtu menghabiskan masa beriadah dgn bermain game di rumah sahaja. Seronok sebenarnya kalau main Taboo sampai 8 org. kan kan? Kalau setakat aku dgn boo je, balik2 main Monopoly Deal je.. busannn. Kalau bukan dia menang, aku menang. Kalau tak aku yg kena strip, dia yg kena. Walaupun ada masanya dedua terpaksa strip.. eh, tetiba..

Anyway, hari Ahad pulak, ada kenduri kahwen di Melaka. Di waktu org N27 sibuk mengundi, time tu jugak la kitorg sibuk nak menuju ke sana. Journey yg dijangkakan akan bermula pada jam 10 pagi, akhirnya bermula jam 12 tghari. haha... semua org lmbat bangun akibat terlebih main di malam hari.

Dan sbb bergerak jam itu, sampai2 di umah pengantin, mmg kitorg leh agak la yg sesi besanding dgn potong kek bagai dah abis... so, salam2 je dgn mak pengantin... ini greeting dia...

"Ni kawan **** ke? Pegi la ke belakang tu, dia tengah begambauu."

haha.. Melaka sangat kan?

Maka kami pun bejumpa dengan pengantin perempuan dan begambauu besame. Lepas begambau, maka makan la nasik beryani dgn lauk beryani bagai... aku mmg suka mkn nasik kenduri. hehe

Anyway, lama gile okeh tak jumpa itu pengantin perempuan. Lebih dua tahun rasanya kot. Last jumpa... ntah, aku tak berapa ingat bila. What's interesting is, ini kali pertama aku ke kenduri kawen budak yg aku kenal thru sengetians circle. Tapi kalau korg cari budak ni kat dlm forum tu, sampai korg kawen la korg takkan jumpa...

Aku cam nak tulis lelebih, tapi aku cam tak tau apa yg patut aku tulis. hehe.. mmg hampeh kan? biar kan je...

Selepas itu, kitorg ke Melaka sekejap, pusing2, balik KL, dan terpaksa menempuh jem di tengah jalan, hanya kerana ada lori berhenti di tepi jalan. Tabiat org malaysia katanye..

Harini dan minggu ni, aku dan boo akan bz menguruskan perihal adik aku yg nak grad, dan jugak tgh sesibuk nak terbang ke Jepun ujung minggu depan. uhuhuh...

bz bz.. tapi masih terasa nak bercuti berdua dgn boo... bila ni boo?

March 5, 2011

Tido, sambung tido, tak bangun2 dr tido...

Kisahnya semalam dgn harini aku berpuasa. Dan stended aku berpuasa, mmg la tak dapat pahala sunat berbuka seawal mungkin. Bila tersado je dah pukul 8.30 malam. Semua solat tuang, dan bukak2 mata je, tuang air dalam mulut, pastu sambung tido... eh, boleh ek? haha.


Anyway, smlm dah tuang waktu berbuka, ingatkan harini nak gigih la bebuka kat luar. Punya la eksaited sampaikan aku rasa tekak dan perut aku memiliki otak sendiri. Siap leh pikir2 dan senaraikan tpt2 yg best utk bebuka puasa. Setelah ditimbang tara, maka tekak dan perut kata nak buka pose kat Papa John's pizza. Semangat nih, semangat!!


Maka selepas balik dr opis kol 8 pagi semalam, aku dgn boo terus tdo. Bajet2 bangun kol 4, sempat la lagi zuhur dan terus la berjaga saampai waktu buka kan. pejam2 mata, dengan di selang seli dengan kes sakit telinga akibat terlipat, maka aku pun tertdo lah..


Tetiba tgh panas terik dlm kol 2 petang tu, bunyi hon yg maha kuat kat luar rumah. Mata suruh ignore, tapi tetiba aku terpikir, ntah2 DHL dah sampai nganto barang yg kitorg order utk ipod boo.


Bingkas aku bangun, jenguk kat tingkap... sah. Mmg DHL.


Aku pun yg berpakaian minimal meraba2 mencari pakaian yg agak menutupi aurat malu2. Yg bestnye, memula aku boleh capai tshirt kolar dgn jeans. Bangang tak? Apa ingat dah lmbt nk pi opis kah? Selepas mengambil napas selama beberapa saat, baru aku boleh bepikir waras sket, capai bermuda dan biarkan je tshirt kolar tu.


Sebenarnya kan, kalau aku pakai je jeans dgn tshirt kolar, patutnye ok je kot. Ada org DHL tu kesah?


Tapi bila aku turun, aku rasa mamat despatch tu perasan aku baru bgn tdo kot. Dia siap tanya..
"Tak mengganggu ke?"


Jawapan aku profesyenel (of course!)
"Tak lah, mmg tgh tunggu benda ni."


Mamat tu cakap lagi...
"Ha.. ni barang dari Apple ni"


Aku cam...
Bila masa aku order barang dari Apple?


Rupanya org ngantuk ni terlupa ipod tu keluaran Apple, walaupun barang tu di keluarkan oleh kampeni lain dan bukannya Apple.


Anyway, setelah mamat tu blah, dan barang itu dipasangkan di tpt yg sepatutnye (eh, apsal bunyiknye macam strap-on?? aiyoh), maka kami sambung tidor.


So, harini, aku tak buka on time sbb DHL tu la. kan kan?



BTW, inilah casing ipod yg baru sampai dan saiznye sungguh ngam, beserta stand lagik. (ok i lied, ini bukan ipod boo.. ipod dia dah lunyai aku kejakan, tak larat masuk dlm gambo dah...)

Dan apsal gedik sangat sampai casing ipod ni kena beli online bagai? Alkisahnya ipod Boo ni generasi lama yg casingnye langsung dah takde kat melesia ni kecuali kat Low Yat (katanye...), dan aku malas nk travel ke loyat tu sbb jemmm jemmm jemmmmm!!

March 3, 2011

Lanun punye cerita

Harini angin aku utk mendengar lagu2 lama Ziana Zain. Mmg sebenarnya aku cam semakin sedar umur aku mmg sesungguhnya dah meningkat, dan aku dah jadi taraf2 Sinar FM (tetapi masih belum tahap Klasik FM lagi lah...).

Aku rasa lagu2 yg menjuarai carta di radio skarang ni semua cam tapape. Kalau aku nk dengar ballad... i need a good one. Mellow kind of ballad ala2 Madah Berhelah, Jerat Percintaan gitu. Dan sebenarnya cam bosan jugak bila dengar lagu2 melayu yg liriknya langsung tak puitis. Stretforward gile. Walaupun aku tak romantik, aku nk la dengar lagu yg bermadah2 gitu kan. Boleh belajar katanya.

Anyway, masa zaman aku gile dengar radio, dan gile minat sama artis (read as 'belasan tahun'!!), the only way utk dapat mendengar lagu yg aku suka berkali2 ialah dengan membeli kaset (oldskol ok, zaman tu CD belum ada, kalau ada pun mencecah RM40-50.. budak form 5 mana mampu beli weh!). Dan sbb duit tak banyak, dan byk komitmen lain (i.e. sapa soh ada gelpren time muda2 kan..), maka mmg jarang2 la dapat beli kaset. Takde budget gitu.

Dan pada masa tu, apa itu mp3?? So, mmg takde peluang la nk mendonlod2 lagu secara percuma maupun berbayar. Salah satu cara utk menjadi lanun cetak rompak, ialah dengan cara membeli kaset kosong kat supermarket. Pastu boleh memilih samada nak melanun sendiri, atau suruh org lain lanunkan.

Kalau melanun sendiri, camni tekniknye...
  1. Check kat sokkabo, lagu apa yg akan didendangkan kat rancangan Pilihan Bersama. Ha.. dulu ada senarai lagu kat sokkabo ok. Dan masa tu mana ada radio swasta2 ni, semua gamen. Idop radio muzik (yg juga dikenali sebagai Radio 2 masa aku sekolah rendah dan lower secondary)

  2. Pas tgk lagu apa yg ada, bajet2 la lagu tu kuar kol berapa, dan melanguk la tepi radio. Sesiap letak kaset kosong dlm radio.

  3. Bila kuar je lagu tu, harus sepantas kilat tekan butang 'Record' okay. Kalau lmbt lagu akan terpotong, kalau tercepat, kang termasuk plak suara DJ. Kadang2 tu, dah baek2 tgh record. Lagu tak abeh lagi, DJ dah menceceh.. hangen okay. haha...

Kalau nak mintak cina kedai kaset lanunkan pulak, camni...
  1. Bagi dia kaset kosong (tapi biasanya kena beli kat kedai dia la kan...)

  2. Listkan lagu yg korg nak bubuh sesiap. List bebanyak sket, sbb kang membazir plak kat kaset tu

  3. Bayar la satu lagu beberapa posen, dan dia akan copy lagu2 ke dalam kaset kosong korg, menggunakan kaset ori yg ada kat kedai dia.

  4. Yg best sekali, kita boleh suruh dia tulis senarai lagu kat kaset tu dgn tulisan cecantik, dan suruh dia tambah mesej2 yg jiwang, so that korg boleh pass kaset tu kat gelpren/buipren korg. Kira cam dedikasi lagu la kan.

ha.. kemain susah sebenarnya nk melanun zaman dulu. Korg sekarang generasi X ni mana ada kesusahan macamtu. Masuk website.. donlod, beli cd kosong.. lanunkan terus. Lagi ampeh, masuk dlm thumb drive, play terus kat hi fi ataupun longgok dalam mp3 player/ipod. Takyah kuar duit nk beli kaset kosong.

Melanun memang mudah di zaman cyber ni. Sbb tu la ramai penyanyi takmau buat full album dah. Masing2 buat single je. At least ada la peminat setia yg nak beli. Peminat tak berapa setia? Donlod je kan? kan? haha. Setakat satu lagu je, apehal aku nk kena kuar duit plak...

Kesian Mawi, bayangkan kalau dia jadi penyanyi di zaman dahulu.. sure dah ada helikopter sendiri.

Kesimpulannya, skang ni, kalau nk penyanyi malaysia jadi kaya, seeloknya diadakan itunes utk malaysia. Jual satu lagu singgit. Nescaya org tak rasa cam rugi kalau nk donlod.

Kan? Ko pikir camne Lady Gaga tu leh dpt byk duit buat baju merapu2 tu? itunes lerrr....

March 1, 2011

Take Me or Leave Me: Rent vs. Glee

Take me or leave me, lagu senget yg dinyanyikan oleh Rachel dan Mercedes; dipetik daripada musical Rent. Yg dinyanyikan oleh Idina Menzel (i.e. Rachel Shelby in Glee, i.e. mak kandung Rachel) dan Tracie Thoms.

The think about Idina is, dia tak perlu bersusah payah untuk melaungkan not tinggi. Semua cam natural je. Jeles ku lihat.

Lebih jeles apabila dah bebulan2 aku batuk/sakit tekak, dan takleh berkaroke.. ampeh sgt...