Beberapa hari lepas, seperti biasalah, dalam kereta aku berborak dengan Boo dan tanya soalan pepelik. Aku tanya dia, "Adakah kita ni mencintai idea tentang orang yang kita suka, atau mencintai diri orang itu yang sebenar?"
Satu benda la yang aku suka sangat dgn dak Boo ni sebab walau sebangang mana pun soalan yang aku tanya, dia tetap akan layan. Memula dia kata memang la kita bercinta dengan orang, tak mungkin la nak bercinta dengan idea, kan? Dia jugak kata, bercinta dengan idea ni biasa berlaku kalau kenal secara online, dan selepas jumpa kita akan mencintai la orang yang sebenar. Tapi lepas tu aku terang2kan balik apa bahawa idea tu boleh terbawa2 dalam kehidupan dan menjejaskan hubungan sebenar. Bila aku bercakap berbelit2, dia akui la perkara ini rumit dan kesimpulan yang kami berdua buat, memang kami ada idea tentang pasangan kami, tapi kami dah sampai tahap mencintai pasangan kami walaupun tak selari dengan idea yang kami letak tentang pasangan ideal. Okey, selesai. Maka entry blog ni patutnya habis kat sini je la kan? ahahah. Takkan la kot. Aku nak jugak belitkan kepala otak korang. hahaha
So, apa sebenarnya yang aku maksudkan dengan mencintai idea tentang orang yang kita suka? Bagi aku, idea tentang orang ni merujuk kepada ciri-ciri ideal yang kita letak dalam pemikiran kita tentang orang yang kita suka. Contohnya, kalau ada orang tanya, "Kau suka pompuan yang macam mana?" Jadi kita pun senaraikan la, kita suka pompuan yang...
- Comel dan sedap mata memandang. Tak cantik pun takpeee...
- Berdikari, semua benda pandai buat sendiri dan tak clingy
- Baik hati, penyayang dan romantik
- Pandai memasak, sebab kita suka makan
- Berkongsi minat yang sama dengan kita
Kemudian nak dijadikan cerita, kita pun jumpa la seorang perempuan yang menambat hati dari segi fizikal dan juga daripada cara dia berkomunikasi secara online atau melalui telefon. Masa mula kenal takleh nak komen sangat tentang ciri lain yang lebih mendalam sebab kita baru nampak muka dan cuma pernah berborak kat telefon dan berbalas mesej aje. So perangai dia kita tak tahu lagi. Tapi berdasarkan perkenalan singkat ini mmg konfem la kita suka dia dan nampaknya dia pun suka kita. Sebab dah suka sama suka, maka bolehlah kompang. Kelepak kelepuk kelepung! Kita pun declare lah yang kita dah kapel dengan dia dan kenalkan dia dengan kengkawan kita. Kiranya dah jadi gelpren secara official lah gituu.
Bila dah lelama bersama, dah tinggal bersama, tetiba baru kita sedar dia sebenarnya tak begitu menepati idea kita tentang perempuan yang kita suka, sebab...
- Dia comel, tapi hanya jika dia tak buka mulut. (hahaha.. mcm keji plak contoh ni...)
- Dia berdikari, tapi semua benda nak buat sendiri sampai apa je benda yang kita buat untuk dia tak pernahnya cukup baik.
- Dia baik hati, penyayang dan romantik, tapi terlalu menyesakkan kepala sampai nak diskas hal serius pun payah.
- Dia pandai memasak, tapi pandai sangat sampai time dating makan kat luar ada je benda yang tak kena pada makanan yang orang lain masak. Eh, ko dah kenapa?
- Dia juga berkongsi minat dengan kita, tapi ada dua tiga je yg sama. Banyak je minat lain yang satu ke laut dan satu ke langit sampai boleh bawak gaduh.
Basically, idea kita tentang dia memang betul, tapi idea itu tak selari dengan perkara yang kita bayangkan. Jadi kalau dah jadi macamni la, apa kita nak buat?
- Adakah kita akan terus berpegang pada idea kita tentang orang itu dan mengabaikan sifat sebenar dia sebab kita dah jatuh cinta dengan idea yang kita letak tentang dia? Dalam keadaan macamni, kita akan abaikan perangai dia yang kita rasa tak ideal, dan hanya layan perangai dia yang dirasakan selari dengan idea kita tentang dia.
- Atau adakah kita sanggup lupakan idea yang kita letak tentang dia, dan akui orang yang kita suka itu sebenarnya berbeza dengan idea kita tentang dia, dan kita perlu menerima segala kekurangan dan kelebihan dia?
- Atau cari lain? (Ni melampau la kan. Baru berapa bulan korang kapel??)
Aku sendiri tak tahu mana satu jawapan yang betul. Sebab relationship semua orang berbeza. Masing-masing tahu perkara yang membuat diri masing-masing meneruskan hubungan itu. Sbb orang macam kita takde ikatan nikah kahwin. So, bebila masa je boleh putuskan hubungan tanpa perlu fikir tentang undang-undang.
Dan macam yang aku selalu cakap, semua orang berhak rasa bahagia. Jadi kalau manfaat yang kita dapat lebih besar daripada pengorbanan kita dalam perhubungan itu, memang ofkos la berbaloi kita teruskan hubungan itu. Tapi kalau semua benda nak berkorban je, payah la jugak. "Aku pun ingin bahagia" bak kata Judika...
Okey, sekarang korang dah kompius ke belum? hahahaha